Masyuk

Jumaat, 30 September 2011

Hot Tiket Memang Hot




Salam semua,
Hot tiket memang hot kalau korang nak tau member aku dok sibuk dok menjual hot tiket terpakai sebab sekarang hot tiket yang terpakai ni boleh ditukar dengan ayam kepsi member aku ni jual RM1.50 sekeping ramai yang beli dekat dia hot tiket terpakai ni aku pun ada beli juga kat dia save sikit nak makan kepsi kalau korang nak boleh roger aku ke nanti aku dealkan



Apam Polkadot - Member Kerja Order







Salam semua,
Hari Selasa lepas aku ada post pasal apam polkadot hari ini ada pulak member tempat kerja aku order rezeki jangan ditolak bala jangan dicari...eheheheh
Kalau korang berminat nak tau harga korang pergi ke link ini http://www.daydeck86.com/2011/09/apam-polkadot-jom-tempah-sekarang.html


100 biji je pun tapi oklah bertambah rezeki IbuSiti kan




3 Buffered Earnings - Nuffnang




Salam semua,
Semalam aku update 2 BE tapi pagi ni dah bertambah lagi 1 BE yang singgah kat sini, TQ Nuffnang, bak kata Kak Ina KL kalau ada BE maknanya Nuffnang masih sayang kat kita. ahahaa




2 Buffered Earnings - Nuffnang




Salam semua,
Blogger's picisan macam aku pun dapat gak BE kalau korang tengok. Memanglah income aku dari Nuffnang tak selebat macam Eyriqaz, Kak Ina KL, Cik Lily Putih, Jejai dan ramai lagi tapi aku tetap setia ngan Nuffnang ok tak pernah berpaling tadah sejak aku mula join Nuffnang dari 10/06/2009 tapi bagi aku memang berbaloi jugalah apa yang aku dapat dengan apa yang aku buat kat blog picisan aku ni tak macam blogger's lain yang aku sebutkan tadi mereka memang gila berblog cam aku ni cuma ikut kata hati jer biasalah hati muda banyak benda lain yang aku buatkan. Itu pasal nama blog aku pun "Aku Dengan Duniaku" time aku rajin aku update blog kalau aku malas sampai bersawang blog aku ni. Anyway terima kasih Nuffnang sebab sudi kasi aku BE di blog picisan aku ni. I LOVE NUFFNANG




Khamis, 29 September 2011

Makan-Makan DiRumahKu



Salam semua,
Alhamdulillah hari Ahad lepas aku buat makan-makan sikit kat rumah Mak Cik Jenab sebab ada orang suruh tolong masakkan lemang, Alang-alang dah bakor lemang tu aku pun bakar sekalilah lemang untuk aku sekaligus ajak kawan-kawan tapi tak dapat jemput ramai sebab buat makan-makan ni pun last minit yang tak dijemput tu jangan kecik hati yer. Sejak dari hari Jumaat malam aku sibuk pergi ke Pasar Chow Kit untuk membeli barang untuk memasak sebabnya kami masak sendiri balik dari pasar pun dekat jam 1 pagi. Hari Sabtu pulak pagi-pagi semua kesibukkan kebetulan Mak Cik Jenab ada orang order karipap 400 biji tu yang memasing kelam kabut tu. Hari Sabtu kami cuma masak Lemang dengan rendang daging campur kentang kecil malamnya pula tumis segala macam lauk yang hendak disediakan.


Bakar lemang dekat 35 batang itupun tak cukup untuk dihidangkan.


Rendang daging 8kg + kentang kecil 10kg.


Jering 10kg dah dikopek tinggal ni jer. Mak Cik aku ni pulak sibuk nak tumbuk jering yang telah direbus untuk digulai.


Keluarga dan kawan-kawan kakak aku dari Seremban juga turut hadir.


Keluarga Atan Tuya serta kawan-kawan dari Wangsa Maju juga datang untuk memeriahkan majlis.


Kawan-kawan ditempat aku kerja juga aku jemput.


Cik Lily Putih, Kak Ina KL, Amy Sw33tdarling & Bean Moreno antara bloggers yang hadir itupun aku tak ajak semua sebab tak sempat nak ajak family pun yang aku teringgat jer aku jemput sebab tak sempat.


Alang-alang dah buat makan-makan tu jemput jugak orang surau adakan tahlil untuk arwah-arwah yang telah pergi terlebih dahulu dari kita.




Sorry bukan saja tak nak jemput korang yer.




Majlis Rumah Terbuka Kampung Puah Lembah, Jln Gombak, KL







Salam semua,
Sabtu dua minggu lepas aku pergi ke Kampung Puah Lembah (KPL), Jln Gombak, Kuala Lumpur sebab disana ada mengadakan Majlis Rumah Terbuka Kampung Puah Lembah. Kalau dah memang asal dari sana setiap aktiviti yang diadakan di KPL aku sekeluarga pasti dijemput dan tak dilupakan. Majlis diadakan secara gotong-royong penduduk Kampung Puah Lembah sendiri tanpa menggunakan khidmat katering yang memang menjadi kebiasaan penduduk di "hutan batu" ini. Semua hidangan yang disajikan adalah hasil "air tangan" penduduk di KPL sendiri dari Lemang, Rendang senang cerita semuanyalah. Ramai juga tetamu yang hadir tidak mengira pangkat, agama, bangsa dan status bak kata PM 1Malaysia la ni.


Antara hidangan dan suasana sewaktu di Majlis Rumah Terbuka Kampung Puah Lembah.


Ketua kampung bergambar bersama penduduk dan tetamu yang hadir.


Semua saling bantu membantu tanpa mengira usia dan jantina.


Mak long kesayanganku juga turut hadir walaupun bertongkat.


Tetamu VIP juga turut hadir di majlis tersebut.


Suasana dan tetamu yang hadir memang sungguh meriah pada hari tersebut.


Sesi berkaraoke lagu raya juga turut diadakan pada hari tersebut.



Banyak pondok-pondok di tepi sungai yang disediakan kepada tetamu.



Untuk pengetahuan semua KPL juga telah dipilih oleh Farawahida untuk membuat klip video lagu Hayati Raya Sejati dan ramai penduduk KPL yang terlibat dengan pembikinan klip video ini.




p/s - Semoga semua aktiviti yang berfaedah seperti ini dapat dikekalkan di KPL.



Selasa, 27 September 2011

Apam Polkadot - Jom Tempah Sekarang



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة





Apam Polka Dot WITHOUT Filling
50 biji : RM 15.00
100 biji : RM 28.00
(Dibungkus dalam bekas plastik transparent)



Apam Polka Dot WITH Filling
50 biji : RM 20.00
100 biji : RM 33.00
(3 penis filling : boleh pilih dan dibungkus didalam bekas plastik transperent)



Fillings
Blueberry
Strawberry
Chocolate
Chocolate Chips
Red Beans
Peanut Butter
Orange
Lime
Kaya

Warna
Boleh pilih 2 kombinasi untuk sebiji sebab kalau 3 warna sebiji, dah carca marba gamaknya... (^_^)

Kalau tambah filling menjadi lebih dari 3 jenis,
kena add 50 sen untuk setiap filling yang ditambah bagi setiap 50 biji ye...

*****************************************************************************************

SPECIAL ORDER

Untuk tempahan istimewa, sila hubungi saya terus sebab boleh saya quote ikut apa yang anda mahu. Kalau order lebih 500biji, harga boleh KAUTIM..
terima kasih kerana sudi membaca...


untuk maklumat lanjut http://blogibusiti.blogspot.com/

Selasa, 20 September 2011

Apam Balik Pulut Hitam - SEDAP





Salam semua,
Korang pernah tak makan Apam Balik Pulut Hitam? Sedap wey Apam Balik Pulut Hitam ni. Boleh dikatakan setiap minggu aku makan Apam Balik Pulut Hitam ni. Malam ini insyaAllah aku nak berbuka dengan Apam Balik Pulut Hitam ni. Kalau korang teringin nak rasa Apam Balik Pulut Hitam ni boleh lah ke pasar malam Taman Dato Senu, Sentul setiap hari Selasa malam Rabu korang cari kat area 7-eleven pasti jumpa punya.


Apam Balik Pulut Hitam ni dia letak kelapa, jagung rasanya memang terbaik lah. Malam ni aku nak makan ni lagi.


AwayDay





Salam semua,
Minggu lepas tempat aku kerja ada sesi awayday maksudnya tak perlu masuk ke pejabat cuma berjalan disekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Sebenarnya ada 2 pilihan sama ada hendak pergi explorace sekitar Bandaraya Kuala Lumpur atau pun ke Janda Baik menikmati alam yang bersih dan aman. Aku pilih Explorace sebab pergi cuma 1 hari sahaja kalau pergi jauh2 nanti penat sebab keesokkan harinya kena kerja macam biasa. Bermula dari Pavillion dan berakhir di Saloma Bistro penat memanglah penat tapi seronok dapat buat semua itu walaupun kumpulan kami menang tapi tak ada special gift untuk kami pun.

Bermulanya task dari Pavillion kena pergi ke Herb Market kat depan Plaza Low Yat jalan kaki jer bukan jauh sangat pun.


Pastu kena pergi ke Plaza Low Yat beli Donat ni comparekan dengan depa nyer sama ke tak.


Kalau tak joint explorace ni aku pun tak tau yang ada outlet National Geograpic kat Lot 10 ni. Lepas tu macam macam lagi la kena buat pergi cari topi, kena buat minyak wangilah dan macam-macam lagi lah.


Dari area Bukit Bintang kena pergi ke Brickfields buat bulu mata tu lah pastu kena pergi Central Market & ChinaTown bagai .


Antara yang aku dapat beli dengan duit yang diberikan best dapat masuk Taman Burung percuma kalau tak jangan harap aku nak bayar mahal-mahal sekadar nak tengok burung-burung tu.








Bila Cinta Bertasbih



Salam semua,
Malam tadi aku berkesempatan pergi ke "Monday Night Talk" dengan tajuk "Bila Cinta Bertasbih" di Dewan Gemilang, BMI, UIA. Panel jemputan adalah Ustaz Kamal, Ustaz Zulkifli, Sham Kamikaze, Wardina Safiyah dan juga Irma Hasmi. Monday night talk ini adalah anjuran Ikatan Studi Islam, BMI. Aku pergi ngan Adham naik motor jer sebab dekat ngan rumah kitaorangkan. Itupun selepas member kami Aisyah mendapat jemputan dari Ustaz Zulkifli Ahmad melalui facebooknya. Memandangkan UIA tu dekat dekat dengan rumah kami lagipun member-member aku ni memang follower Ustaz Zulkifli ni sebab cara beliau menyampai ceramah tidak bosan dan tak kering gusi dibuatnya.



Cinta ibarat kurap, makin digaru makin sedap dan ianya akan menjadi lebih parah itu adalah antara kata-kata dari salah seorang ahli panel pada malam tadi.


video
Ustaz Zulkifli dengan lagu Cinta Kristal



video
Ustaz Zul dengan lagu Luhur dari kumpulam Kamikaze diakhir program tersebut.


Antara lagu-lagu yang mempunyai makna yang tersirat dengan cara tersendiri untuk menarik minat anak muda untuk menyertai program keagamaan yang dianjurkan.


Ahad, 18 September 2011

Berwajah Baru



Salam semua,
Selamat hari Isnin yang segar lagi menyegarkan...ehehehehhee, Korang mesti perasan kan blog picisan aku ni sudah berwajah baru dari sebelum-sebelum ni. Rumah lama tu memang dah lama gila aku nak tukar tak sempat + tak pandai nak "bertukang" nasib baik skandal Fasha Sendat si Jejai bermurah hati nak "bertukang" diteratak aku ni nak harapkan aku tahun bila pun aku tak tau ler aku leh "bertukang" kat teratak aku ni. Kalau korang nak suruh Jejai tolong "bertukang" kat teratak korang buat baiklah dengan dia. Ramai yang dapat teratak baru dari Jejai ni antaranya adalah Cik Lily Putih, Hazman, Nik Mashitoh dan ramai lagi.


Teratak lama yang sudah usang dimamah usia.


Teratak baru yang lebih fresh hasil sentuhan tangan Jejai.


Inilah tuan tanah yang rajin "bertukang" dirumah baru aku.


Terima kasih http://www.teratakarmo.com/ sebab sudi "bertukang" di teratak aku ini.