Masyuk

Rabu, 30 November 2011

Filem Ombak Rindu Memang Terbaek - Nak Pergi Tonton Lagi Ni










Kredit kepada Cahaya Hatiku

Salam semua,
Malam semalam aku pergi menonton wayang Filem Ombak Rindu adaptasi dari Novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashary. Pada pandangan aku Filem Ombak Rindu memang terbaek terutamanya kalau korang kaki jiwang aku yang tak berapa nak jiwang pun boleh layan cerita ini. Sungguh pun aku tak pernah baca novel Ombak Rindu ini tapi aku boleh faham jalan ceritanya yang straight to the point bagi aku tak da nak "konar-konar" filem ini. Lakonan mantap barisan pelakon juga menjadi penarik kepada filem Ombak Rindu ini. Kalau tak silap aku ada peminat dari Singapura juga sanggup datang ke sini untuk sama menyaksikan filem Ombak Rindu ini. Oklah nanti aku update lagi pasal Filem ini sebab gambar yang disnap semalam tak sempat diupload lagi.  Jangan lupa pergi menonton filem ini dipawagam bermula dari 1 December 2011 ini. Rating aku bagi 9/10 rasanya aku nak pergi tengok filem ini lagi lah.













Contest Gadget Impian - Tugasan








Salam semua,
Terima kasih diucapkan kepada Denaihati kerana telah memberi peluang kepada aku untuk menyertai Contest Gadget Impian yang beliau anjurkan baru-baru ini. Seperti yang korang sedia maklum aku memang "tergila-gilakan" untuk mendapatkan sebuah Ipad 2 tak kira berapa kapasitinya tapi kalau dapat yang lagi besar saiz kapasitinya lagi bagus. Kalau nak beli tu memanglah boleh beli tapi rasanya lebih baik aku beli atau selesaikan keperluan dahulu daripada kehendak yang kalau diikutkan memang tak tercapai dek akal aku ni kalau nak kejarkan kehendak yang aku inginkan.


Untuk pengetahuan korang semua Denaihati telah memberi peluang kepada aku dan lagi 103 blogger's diluar sana untuk mendapatkan Gadget Impian kami dengan menyertai Contest Impian Kami semoga impian aku dan para blogger's lain akan tercapai hendak-Nya. Amin. Tuah ayam memang nampak dikaki tuah blogger's tak siapa yang tahukan. 


Ipad 2 adalah antara gadget impian aku kalau diikutkan memang tak cukup kertas kajang kalau nak tulis semua gadget impian aku ni. Zaman serba moden ni memang banyak gadget terbaru keluar di pasaran luar sana memang rambang mata kalau tengok semua itu. Tujuan utama untuk aku mendapatkan Ipad 2 adalah kerana reka bentuk Ipad 2 yang menarik selain nipis ianya mudah untuk dibawa kemana-mana dan memudahkan aku untuk mengupdate blog dan berinteraksi bersama di laman web seperti Facebook, Yahoo Mesengger, Gmail dan macam-macam lagi.  Selain itu dengan adanya Ipad 2 ini mungkin aku boleh menjadi blogger yang aktif kerana sekarang ini aku memang jarang update blog kerana kesibukkan di tempat kerja dan sering ke luar untuk memenuhi jemputan majlis kenduri dan sebagainya.






Oleh yang demikian aku meminta jasa baik korang untuk memberi sedikit kerja yang ringan kepada korang semua untuk melakukannya dan sekaligus membantu aku untuk menjadi 10 peserta gadget impian yang aku idamkan. Jika aku menang contest ini insyaallah aku akan mengadakan contest pulak untuk korang semua. 






Retweet, FB like, Google +1 dan komen untuk entry ini sebanyak mungkin


 

“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.net, eQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak“.



 

Ahad, 27 November 2011

Majlis Pelancaran Filem KL Gangster 2




Salam semua,
Hari Jumaat yang lepas aku dan Mr. Manager Kak Ina KL telah berpeluang untuk untuk menghadiri majlis pelancaran dan doa selamat untuk filem KL Gangster 2 bertempat di FINAS, Kuala Lumpur. Filem arahan Syamsul Yusof ini bakal memulakan pengambaran 1 December 2011 dan mengambil masa dalam 45 hari untuk menyiapkannya manakala lokasinya pengambarannya akan diadakan disekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Batu Gajah, Perak. Penerbitnya adalah SKOP Production telah melabur RM3 Juta untuk menjayakan filem yang bakal box office ini.  Dijangkakan Filem KL Gangster 2 ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam awal tahun 2012 akan datang. Filem KL Gangster 2 ini menggunakan konsep PREKUEL ataupun Flashback untuk menerangkan cerita sebenar yang berlaku sebelum Filem KL Gangster 1 kerana menurut Dato Yusof Haslam pihak mereka mendapat banyak komen Filem KL Gangster 1 dimana ramai yang kurang faham dengan jalan cerita filem tersebut didalam Filem KL Gangster 2 ini penonton akan mendapat jawapan untuk Filem KL Gangster 1. 




Barisan Pelakon Filem KL Gangster ini adalah :- 



 Aaron Aziz sebagai Malek (Hero zaman sekarang pengganti Rosyam Nor)


 
 Pengarah dan penulis skrip filem ini memegang watak sebagai Shark.



Sheera Iskandar memegang watak Zati. 



Adam Corrie sebagai Dragon antara taiko-taiko di KL Gangster.



Kasi sengat Saufi Jikan sebagai Ajib.


 
 Barisan pelakon yang hadir pada majlis pelancaran KL Gangster 2.


Zizan sebagai Fadil
Rosyam Noor sebagai Don
Adi Putra sebagai Malek
Ridzuan Hashim sebagai King
Ku Faridah (Mak Engku) sebagai Ibu kepada Malek, Jai dan Zati



 
 2 Hero yang hangat menaik nama mereka berdua sekarang.


Sinopsis Filem KL Gangster 2:-
Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.
Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.
Sementara itu, Don(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tanduk Don tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Don.
Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof)
merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkan Don dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.
King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Don berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Don menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Don namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Don dan pembunuh ayahnya.
Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Don. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Don untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?



 
 Mr. Manager Kak Ina KL dengan Malek aka Aaron Aziz.



 
 Aku pun tak nak ketinggalan bergambar bersama Aaron Aziz. 




 Nantikan Filem KL Gangster 2 yang bakal menggegarkan pawagam berhampiran anda.


Terima Kasih kepada GTBC terutamanya Sharoll yang telah mendapatkan tempat untuk GTBC turut serta dalam Majlis Pelancaran Filem KL Gangster 2 ini. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Saling bantu membantu.

Sabtu, 26 November 2011

Suatu Malam Kubur Berasap



Salam semua,
Salam Maal Hijrah kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati. Suatu Malam Kubur Berasap adalah sebuah filem baru yang bakal mengegarkan pawagam pada 22 December 2011 nanti. Filem ini adalah filem pertama yang diarahkan oleh Ernie Chen dari syarikat outLOUD Entertainment & Media Group. Antara pelakon-pelakon yang bakal menjayakan filem ini adalah Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Zac Diamond (X-Factor), Azrul Raja Lawak, Ruminah Sidek, Allahyarham Pak Zami Ismail dan ramai lagi. Filem Suatu Malam Kubur Berasap ini bergenre komedi seram yang pasti menjadikan penonton tak senang diam dengan aksi-aksi pelakon di pawagam nanti. 


Sinopsis Filem Suatu Malam Kubur Berasap:-

Filem Suatu Malam Kubur Berasap ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakkan dan tersangkut di kampung mereka.
Sejak kedatangan Mie, berlakuya perkara-perkara yang suspens dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap.
Satu hari, mereka berempat setelah besama-sama berkongsi cerita berkenaan dengan Hantu Cempaka, dimana mereka diusik. Apakah yang sebenarnya berlaku? Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Apakah sebabnya mereka diusik? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah? 
Saksikan filem ini di pawagam yang akan berasap pada 22 December!



Antara babak didalam filem Suatu Malam Kubur Berasap














p/s

 - amboi panjang nyer kopek dia......

 - tak popular pun dapat gak jemputan g event tak lah sampai nak tikam kawan-kawan dari belakang kutuk GTB plak ko ekk.....

- Tak da dapat tiket free kerk

- Kredit kepada Zuriey86 untuk gambar dan sinopsis tersebut.





Aku Ada Kembar





Salam semua,
Selamat hari Sabtu dan bercuti semua, Akhirnya semalam dapat juga aku berjumpa dengan kembar aku yang selama ini aku cari. Sudah merata tempat aku mencarinya akhirnya dapat juga aku bertemu dengannya sewaktu dia datang ke tempat aku bekerja.
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


Korang ada... ada aku kesah.... ahahhhaa








Rabu, 23 November 2011

Rezeki Mendatang Lagi







Salam semua, 
Korang ingat lagi tak pasal AwayDay tempat aku kerja selepas raya puasa lepas. Kumpulan aku menang tempat pertama semalam baru dapat hadiah kemenangan memang lambat dapat tapi setelah semua awayday yang depa buat baru abis baru baru ni. Alhamdulillah rezeki mendatang lagi hari tu aku dapat kupon KFC RM30 kali ini aku dapat Starbuck card yang dalam nya bernilai RM40 apa lagi orang dah kasi rembat jer lah. lepas ni leh minum kat starbuck cafe layan cam orang kaya2 plak..... ahhahahahha



p/s - jangan lupa like contest yang aku joint tu ekk 













Selasa, 22 November 2011

Penang, Krabi or Bali - Time to hit the beach!






Salam semua,
Selamat hari Selasa, Kengkawan semua Airasia sekarang ada buat promotion untuk tahun depan apa lagi jangan terlambat booking ke destinasi yang korang idamkan.... 


p/s - rasa macam nak ke KRABI plak

Isnin, 21 November 2011

Majlis Cukur Jambul 20112011 - KPL






Salam semua,
Selamat hari Isnin yang indah buat kalian semua. Semoga semua dalam keadaan sihat walafiat hendak-Nya. Apa aktiviti korang hujung minggu hari tu? Aku macam biasalah melepak dirumah cuma hari Ahad pagi bersamaan 20112011 aku diminta untuk mengambil gambar Majlis Cukur Jambul dan Aqiqah Ayra Qalilah iaitu cucu kepada pemangku ketua Kampung Puah Lembah sementara ketua kampung pergi menunaikan fardhu haji di Mekah dan insyaallah akan pulang pada 24 November ini, Insyaallah semoga mendapat haji yang mabrur. 

Berbalik kepada cerita Majlis Cukur Jambul dan Aqiqah Ayra Qalilah, aku gerak ke rumahnya pada jam 9.45pagi kerana Majlis Marhaban bermula pada jam 10pagi yang disampaikan oleh Kumpulan Marhaban dari penduduk Kampung Puah Lembah sendiri dan diketuai oleh Pn. Rahamah Binti Tamu. Kumpulan marhaban ini juga memang telah wujud sejak dulu lagi ini menunjukkan bahawa Kampung Puah Lembah masih mengekalkan adat budaya yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang kita lagi.  Dimulakan dengan Bismillah disudahi alhamdulillah itulah antara bait Dendang Siti Fatimah.




 Bacaan doa keatas Ayra Qalilah oleh Pn. Zaimah saudara kepada ibu Ayra Qalilah yang diam diatas pangkuan ibunya.



Bunga Telur dan alunan bacaan berzanji menyerikan majlis cukur jambul dan aqiqah tersebut.



Bunga rampai, beras kunyit, tepung tawar dan kelapa muda sebagai pelengkap majlis cukur jambul.




Rambut dipotong oleh ahli marhaban, kaum kerabat dan sahabat handai sebelum dicukur.




Al-Jannah antara yang terkandung didalam kitab berzanji yang sering didendangkan apabila majlis marhaban dan berzanji diadakan.




Mak Long kesayangan dan juga guru mengaji aku turut serta dalam kumpulan marhaban tersebut.





- Semoga Ayra Qalilah menjadi seorang anak yang dapat membanggakan keluarganya satu hari nanti dan terpelihara didunia dan diakhirat kelak.

- Mintak jasa baik korang untuk komen gambar-gambar yang aku ambil sewaktu Majlis Cukur Jambul dan Aqiqah ini bagi memperbaiki teknik mengambil gambar aku yang sememangnya tak pernah pergi ke kelas photography ini.





Ahad, 20 November 2011

Resipi Apam Yis





Den tak ado nak buat cantik-cantik do gelimang dongan kelapo macam ni jo.



Salam semua,
Malam semalam tetiba nak makan kuih apam pulak aku dengan segera buat kuih apam ni sebab senang dan barang memang semua dah ada dan tak banyak bahan yang perlu digunakan untuk membuat kuih apam yis ni.



Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula + gula merah (dimasak pekat)
1 cawan air Yis (yis direndam dengan air)




 
Kalau nak berbuih-buih cam ni pun boleh gak nanti macam bersarang kuih korang tu. aku suka padat-pada cam aku.



Cara-caranya
Campurkan semua bahan-bahan diatas sehingga rata jangan berketul kalau ada blender yang bersih (tak pedas) blender kan bahan-bahan tersebut sehingga rata. Biarkan adunan tadi lebih kurang 1 jam - 2 jam sehingga kembang pastikan ianya bekas yang bertutup supaya gas yang dikeluarkan oleh yis tadi tak keluar. Kukus sampai masak cuba cucuk dengan lidi kalau dah tak melekat kasi angkat la.


Agak-agak kuih dah gebu macam ni try cucuk dengan lidi










Rabu, 16 November 2011

Disebalik Tabir Sepah The Movie






Salam semua,
Sepah The Movie bakal muncul di layar perak tidak lama lagi. Mesti korang tertanya-tanya masih wujud lagi ke kumpulan Sepah? Jawapannya adalah demi komitmen mereka kepada Filem Sepah The Movie ini sahaja Kumpulan Sepah bergabung kerana mereka telah menandatangani perjanjian untuk pembikinan filem ini sebelum kumpulan itu berpecah menjadi kumpulan Sepahtu yang terdiri cuma Jep dan Syuib sahaja. 



  Sepah The Movie ini ditunjangi oleh Kumpulan Sepah sendiri, Jehan Miskin, Yus kumpulan Jambu, Asrul Raja Lawak, Analza Nasir dan juga Ramona. 
 
 
 
 
 
PTV Film Production telah memberi kepercayaan kepada En. Mp Roslin Md Sharif sebagai pengarah untuk filem Sepah The Movie ini.




Pelbagai aksi yang ada didalam Filem Sepah The Movie ini antaranya adalah aksi lasak, romantik dan yang pasti adalah lawak yang bakal dibuat oleh Kumpulan Sepah itu sendiri.  Oleh itu nantikan Sepah The Movie di pawagam yang berhampiran dengan anda semua.
Sedikit sinopsis akan filem SEPAH THE MOVIE:-

Sepah yang berkawan rapat serta mempunyai hobi yang sama sejak kecil lagi,terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka,semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama Ayu Sofea (Anzalna) yang mana bertugas dibahagian kawalan kualiti di kilang elektronik tempat mereka bekerja.

Maka berlaku, strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati Ayusofea.

Gadis yang berkacukan melayu bugis itu sangat pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan karenah dan juga ragam tiga bujang sepah . 

Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi.Namun semuanya gagal.

Persoalannya, siapakah yang dapat memiliki hati Ayu Sofea? Bujang Sepah ataupun insan lain?




Kredit semua Photo + Info dari http://www.shahrulhairy.com/


Isnin, 14 November 2011

Terima Kasih Eyriqazz






Salam semua,
Pagi ni aku nak berterima kasih kepada Eyriqaz.com kerana telah dalam minggu ini beliau adalah orang yang banyak bersedekah kepada aku. Bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit sebanyak RM50 kalau nak tau cari baca kat sini malah beliau juga telah menyedekahan traficnya kepada aku bukan senang nak dapat trafic dari blogger terkenal ni tapi dah rezeki aku nak buat macam mana tak kan nak tolak pulak kan.. 


Anyway selamat hari tua kepada Papa Rimau a.k.a. eyriqazz moga termakbul segala wishlist yang beliau hajatkan. amin ya rabbal allamin













Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.com








Salam semua,
Mari mencuba nasib sebelum 20hb November 2011 jam 11.11malam dari blog Kak Long Mawar Merah 2008 sempena ulang tahun perkahwinan beliau dan ulang tahun blog Mawar Merah 2008 bak kata orang tua-tua tuah ayam nampak dikaki tuah manusia sapa yang tahukan.  




a. Menangi hadiah dalam Peraduan Tulis, Teka dan Menang di blog Kak Long Mawar Merah di adakan sempena  Ulang Tahun Perkahwinan Kak Long yang ke empat (4) pada Jun 2011 dan Ulang Tahun ke- dua (2) mawarmerah2008.com beroperasi di domain dan hosting berbayar.

b. Perkara yang patut dikekalkan di mawarmerah2008.com
 - Simple tapi teratur tanpa sebarang widget yang menyemakkan pemandangan.
 - Bahagian arkib dengan menggunakan drop list yang senang dicari dan kemas. 
 - Kebanyakkan entry mempunyai gambar yang diambil sendiri menjadi penarik untuk orang membaca.
 - Tidak menggunakan sebarang ringkasan didalam setiap entry.


c. Perkara yang patut dibaiki di mawarmerah2008.com
 - Kalau boleh pasang widget Chat box seperti ShoutMix kerana tak semua bloggers yang singgah untuk membaca dan mengomen entry yang dibuat.
 - Header yang terlalu simple rasanya.
 - Adakan widget follower supaya senang bloggers nak follow blog Mawar Merah 2008  



Hadiah yang bakal dimenangi adalah :- 

Hadiah Utama :  Satu Hadiah Penginapan 3 Hari 2 Malam di rangkaian home-based Swiss Garden Hotel (Swiss Garden Kuantan / Swiss Garden Damai Laut) @ Berjaya Meranti Park Suites Bukit Tinggi Pahang – tertakluk kepada kekosongan tempat di hotel tersebut dan tarikh tempahan sebelum Jun 2012.

Hadiah Kedua :  2 hadiah wang tunai RM 70 setiap seorang (akan dimasukkan dalam akaun pemenang)

Hadiah Ketiga : 3 pasang tiket untuk menyaksikan tayangan filem di pawagam Golden Screen Cinema @ di TGV (Kak Long akan kreditkan harga tiket kepada pemenang)

Hadiah Keempat : 5 x  topup Maxis / Digi/ Celcom RM 10



Sabtu, 12 November 2011

Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik 18 l AIM18








Salam semua,
Cuma nak update sikit lepas ni mesti yang ramai update mengenai Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik yang ke 18 yang sedang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini. Menarik jugalah AIM18 ni dibandingkan dengan Anugerah Skrin baru baru ini. 

Aku Menang Contest Eyriqazz





Salam semua 
Semalam Eyriqazz aka Mat Tiger ada menganjurkan Contest 11.11.11 l Cabaran Mencari 11 Bloggers waktu kat tempat kerja aku dah terperasan contest tersebut tapi dek kesibukkan aku biarkan dulu sampai rumah aku terus mencuba nasib untuk join contest tersebut alhamdulillah kali ini rezeki berpihak kepada aku. Aku menang tempat pertama yang betul terpantas = RM50 Cash/top up sapa nak bagi wey rezeki mendatang dalam waktu sengkek ni.




Jenuh jugak aku nak mencari bloggers yang dicari naik buntang bijik mata aku apa yang dikehendaki.





Jam 9.17pm baru aku dapat kesemua jawapan yang dikehendaki oleh Eyriqazz.






Semalam juga keputusan telah dikeluarkan dan pemenangnya adalah... hehehehee... rezeki aku nak uat cam ner....





p/s - bagi cash la kot coz top up jarang guna, rezeki berblog dengan ikhlas... ehhehehehe 


Terima kasih daun keladi 
kalau duit tu banyak bagi lagi.






Happy Birthday Adam Akmal Yang Ke-5





Salam semua,
Cerita dah basi baru aku nak update pasal ni 26hb October yang lepas akak aku sambut bestday anak dia yang ke-5 di Wangsa Maju, tak buat besar-besaran pun cuma adik beradik dan kawan rapat dia jer. makanan pun cuma beli jer tak ada masa nak masak-masak bagai lagipun dah penat nak masak-masak nih. Kek pulak akak aku tempah kat kawan dia juga katanya Red Velvet tapi tak red pun tak masam pun maybe dia baru nak belajar buat bisness kot.  Tak pe lah benda dah jadi kasi peluang kat orang tu memperbaiki apa yang terkurangkan. 







Inilah rupa kek yang ditempah dengan harga RM100 dari kawan akak aku tu warna pun tak berapa nak red la.



Antara menu yang adalah adalah Sate, Bihun goreng, dan KFC perasa TomYam aku tak sker sangat KFC baru ni tak original la wey.







Birthday boy dengan cousinnya yang comel.




 
Masing-masing tak sabar nak merasa kek yang ditempah khas. 



 
Aku dengan anak-anak buah aku sempat jer nak bergambarkan.






Jumaat, 11 November 2011

Cek Dari Nuffnang










Salam semua, 
Selamat berhujung minggu yang indah, Semenjak aku berkecimpung dengan NuffnangMY sebanyak 3 kali aku dah dapat cek dari NuffnangMY, Memang tak rugi aku joint NuffnangMY sapa nak bagi duit wey dari aku melanguk tak tentu pasal main games ngan pesbuk lebih baik aku berblog dapat jugak sikit-sikit dari tak ada langsungkan memanglah tak banyak aku dapat cam orang lain tapi bagi aku oklah dari tak ada langsungkan.  Aku memang memang tak kejar sangat pun dengan duit tu tapi aku puas berblog lagipun blog aku ni cuma merapu pasal kehidupan aku jer tak ada ilmu pun yang korang dapat kat sinikan yang penting berblog dengan ikhlas dan menambah kenalan sahaja.



 RM189.70 jer jadilah sapa nak bagi barang sesen pun kan.



Terima Kasih NuffnangMY membuatkan aku terus "setia pada yang satu"