Masyuk

Rabu, 24 Oktober 2012

Selamat Menyambut Aidiladha




Salam semua,
Selamat menyambut aidiladha ataupun Selamat Hari Raya Qurban buat semua umat islam di seluruh dunia. Tahun ni korang sambut Aidiadha kat mana?
Aku cam biasalah tahun ni sambut dekat Kg Puah Lembah lah sebab kat situ memang meriah tak macam tempat-tempat lain rasanya, Kemeriahan menyambut aidiladha di Kg Puah Lembah memang meriah sejak malam Aidiladha lagi penduduk kampung akan berkumpul di dewan dengan memakai pakaian raya pastu bertakbir bersama-sama di dewan dan makan bersama di dewan dengan makanan yang dibawa oleh penduduk secara potluck tempat korang ada ke macam tu?


 Pelbagai makanan yang dibawa oleh penduduk untuk dimakan bersama-sama.



Nak tau cerita sebelum ni klik kat sini

Selasa, 23 Oktober 2012

Simon Says Extreme



Salam Semua,
Minggu lepas rezeki kitaorang dapat menang contest Simon Says Extreme, Sebenarnya ku pun tak tau rancangan apa sebab aku ni bukanlah sigilatv tapi disebabkan tempat kerja aku ada contest yang mudah aku cuba je lah join contest ni alhamdulillah rezeki kali ini menyebelahi aku dan kawan-kawan kitorang dapatlah sikit guddies bag dari Simon Says Extreme ni dah dapat bedal jer lah kan sapa nak bagi.


Antara barangan yang kami dapat adalah t-shirt, lanyard dengan nametag untuk bag sapa nak bagi sapu jer lah kan.





Esoknya kitaorang bertiga terus pakai baju yang kami menang tu pastu apa lagi bergambar sakanlah macam-macam aksi ghairah yang kami buat wey, aku pakai selipar jer sebab waktu dah nak balik kerja dah.



p/s: mood bosan nak balik Bangkinang tapi IPO astro cam merundum jer, mintak-mintaklah ada rezeki aku nak balik kampung bulan depan sebab ada majlis perkahwinan saudara kat sana.




Ahad, 14 Oktober 2012

Sakit noo hati ni...



salam semua,
Jarang aku update blog aku malam-malam cengginikan,
Dek sebab sakit hati aku update malam ni gak tak leh nak tunggu esok hari de.
Sebenarnya bukan sakit hati sangt pun tp saja jer nak meroyan kt blog aku ni, aku bukanlah jenis layan tv sangat pun tp skali skala nak gak tgk tv kan tp tiap kali aku nk tgk tv jer mesti tak dpt nak tgk sebab diaorg nk tgk cerit a dia org padahal astro tu aku yang punya dah lah korang tak kluar duit langsung tp korang buat cam reta mak bapak korang nyer tak per malam ni aku kasi change korang tgk tv puas2 esk sendiri mau ingatlah yer sampai opis jer esk aku trus potong siaran ok.

Aku pulak dibawak main2 salah orang ar wey pasni nak pasang sendirilah

Khamis, 11 Oktober 2012

ECO AwayDay - Les Sekinchan



Salam semua,
Hari Sabtu yang lepas tempat aku bekerja semua pergi ke Sekinchan saja jalan-jalan rombongan cik kiah katanya, Bertolak lebih kurang jam 7pagi dengan sebuah bas lebih kurang 43 orang. Pemandangan kat sana memang sangatlah cantik ok walaupun tak pergi jauh mana pun tapi puas jugaklah berjalan sebab semuanya sponsored walaupun bukan sponsored post... ehehehhee layan gambar2 jer lah yer gambar aku macam biasalah tak berapa nak ada katakau...



 Dalam bas pun nak posing gak yer.



Pemandangan yang sangat nyaman dan cantik.



 
Antara model budger howt yang ada aritu.




 
Ala-ala Nur Kasih the movie katanya.


Ada pulak sesi amik gambar dengan pokok mangga masing -masing mengangkut buah mangga bawak balik wey.


gambar beramai-ramai kena ada.


 Pastu pergi pulak kampung india kat sana ada pulak shooting cerita tamil untuk deepavali nanti.



Singgah pulak kilang proses beras kat sana tengok macam mana depa proses beras bagai pastu depa shopping beras kat sana.





Sebenarnya banyak lagi gambar yang nak post tapi dah banyak tak larat nak letak dah wey macam-macam gambar yang aku amik.

Penangan Drama Adam & Hawa





Salam semua,
Rasanya ramai yang terjebak dengan drama bersiri Adam & Hawa di Astro Mustika HD siaran 134 tu kan. Aku pun sama terjebak dok layan cerita ni wey waktu mula-mula aritu aku tak layan sangat cuma hari Isnin jer aku tengok sebab sibuk niaga tapi sekarang dah tak niaga apa lagi layan balik lah drama bersiri ni itupun aku tengok kat Astro On The Go episod yang aku tertinggal ramai gak aku tgk budak laki layan citer ni rupanya jiwang gak kita ni termasuk member aku sorang ni siap update kat FB lagi tu pasal drama bersiri Adam & Hawa ni lagi pun aku pernah baca novel ni skali skala jiwang layan perasaan gak aku ni... ahhahhahaaa



 Siap berdoa astro ok tu jam 10malam sampai 10.30malam 
kalau hujan aku siap suruh dia apply astro on the go boleh tgk time hujan dan dimana berada.



Tu dia dengan gambar skali dia post tiap2 malam. tapi view Kota Suci Mekah tu memang superb dan bila pulak agaknya kaki ini dapat jejak kat sana kan.

Rabu, 10 Oktober 2012

Sakit Gigi






Salam semua,
Tiba-tiba pulak gigi aku yang berlubang ni sakit rasanya berdenyut-denyut wey. kalau sakit gigi ni semua benda tak boleh buat ikutkan hati nak tumbuk jer kalau ada yang memekak kat telinga aku ni. Waktu-waktu sengkek macam ni pula gigi ni buat hal tunggu lah IPO Astro keluar baru best pergi klinik gigi Dr. Rohaya kat Sentul Raya tu memang service baik Dr yang assist aku tu baik gak orang nyer peramah boleh pergi "cuci gigi" sekalikan. Memang sebelum ni gigi aku ni berlubang tapi aku buat endah tak endah jer tapi petang ni pulak gigi yang berlubang tu berdenyut-denyut rasanya ikutkan hati aku nak congkel jer lubang kat gigi tu sampai gigi yang berlubang tu tercabut jer.