Masyuk

Rabu, 5 Disember 2012

Maggi Asam Laksa = Istanbul Aku Datang



Saje jer aku post gambar maggi asam laksa ni dekat "muka buku" aku, ada plak member aku igt aku tengah sengkek gila walaupun memang sengkek lah gak tp stakat nk makan nasi goreng kat warung tu insyaallah boleh lagi.

Semalam kat opis dok melayan cerita Istanbul Aku Datang lakonan Tomok dengan Lisa Surihani tu lepas tu ada pulak scene Lisa makan maggi asam laksa tu terus tekak ni nak makan maggi asam laksa td sebab bosan duk umah sorang-sorang aku pergilah beli sebungkus maggi asam laksa memang layan wey sebab dah lama tak makan maggi asam laksa ni selalunya nakan maggi indomie je kan.

Sebenarnya makan maggi ataupun makanan segera ni tak berapa nak sihat sebab banyak bahan perasa dan pewarna yang menyebabkan banyak penyakit singgah kat badan kita ni tapi sekali sekala rasanya tak menjadi masalah kot sekadar melepaskan keinginan jer ataupun hilangkan kempunan kot.

Lain padang lain belalang lain orang lain pandangan.


P/S - Semoga sahabat aku Mohd. Haniff Bin Abdul Latiff dan rombongan bantuan kemanusian ke GAZA malam ini semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Dan aku doakan semoga ko selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air hendak-Nya. Amin yarabbalallamin



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Line Maxis Bermasalah



Salam semua,
Betul ke yang line maxis bermasalah aku tak perasan pun sebab aku guna line maxis ni hanya untuk menggunakan internet sahaja untuk telefon orang & sms aku gunakan line tunetalk yang lebih jimat.

Aku cuma dapat sms yang line internet untuk blackberry pada 3 December 2012 sahaja itupun pada jam 12 tengah malam sampai 7 pagi waktu tu dah membadak dah aku tu. Agak agak bila line Maxis ni dapat cepat "sembuh" ek.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Hantaran Duit Mas Kahwin



Salam semua,
Minggu lepas aku sibuk sikit menyiapkan hantaran member aku nak kahwin tapi aku tak sempat nak pergi dia kahwin aritu, sebenarnya penat buat hantaran nak nak kalau hantar last minute lagi menyirap aku nak siapkan tapi dek kesian tolong apa yang termampu je lah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pengalaman Mencabut Gigi Di Klinik Kerajaan



Salam Semua,
Hari ini aku memang ambil cuti bekerja sebab ada hal yang hendak diselesaikan, kebetulan pagi tak ada apa nak buat aku pergi cabut gigi di Klinik Pergigian Kerajaan di Setapak, Kuala Lumpur. Ramai yang cakap mencabut gigi di klinik kerajaan ni sakit tapi alhamdulillah tak pulak sakit aku rasa tadi.

Servis di klinik kerajaan ni pulak memang pantas dah tak macam dulu dah aku pergi klinik jam 9.00pagi dalam jam 10.00pagi semuanya selesai. Cuma yang aku tak puas hati sikit adalah temujanji untuk cuci gigi (scaling) pada bulan Februari 2013 mungkin ramai sangat kot yang nak cuci gigi kat klinik kerajaan ni rasanya.

Bayaran yang aku kena pula adalah cuma RM3.00 sahaja iaitu RM1.00 untuk pendaftaran dan RM2.00 untuk gigi 2 batang yang dicabut. Kalau pergi ke klinik swasta rasanya RM150.00 paling murah aku kena kot.

Ubat pula tak diberi jururawat cuma beri kapas untuk menahan darah dari terus keluar dan berpesan supaya memakan panadol. Bagi aku ok lah tu sebab cabut gigi pun dah murah tak kan nak beli panadol sebiji dua dah berkirakan.


P/S - maaf gambar agak mengelikan. Tap bukan geli-geli okeh.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Colgate Sensitive Pro-Relief



Salam semua,
Aku just nak bagi tau jer yang Colgate Sensitive Pro-Relief ni memang terbaeklah wey aku ingat iklan kt tv tu cuma nak melariskan produknya tapi aku rasa produk ni memang berkesan.

Semalam gigi aku sakit berlubang kebetulan pula aku pergi ke rumah kakak aku kat Wangsa Maju dia bagi aku guna ubat gigi Colgate Sensitive Pro-Relief ni Alhamdulillah dalam perjalanan balik gigi aku dah tak berdenyut lagi sampailah kepagi aku dpt tidur dengan nyenyaknya.

Hari ni pagi-pagi aku pergi cabut gigi sebab aku takut sakit gigi aku ni datang balik.

Akak aku cakap harga ubat gigi Colgate Sensitive Pro-Relief ni cuma RM12.00 kat pasaraya Hiro Wangsa Maju kalau dekat kedai biasa lebih kurang RM15.00.

P/s - ini bukan sponsored post macam blogger lain yer. Ini aku cuma nak berkongsi pengalaman jer kalau Colgate nak belanja aku lagi bagus. Eheheh
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

www - Dua Batang Tumbang



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone