Masyuk

Isnin, 28 Januari 2013

Black Mentor Bertunang?



Salam semua,
Apa khabar semua, moga korang semua dalam keadaan sihat sejahtera hendak-Nya. Korang ada dengar ke yang Black Mentor dah bertunang ni. Dengar khabarnya dia bertunang dengan wanita pilihannya dari Bangi, Selangor. Kalau betul semoga Black Mentor bahagia dan berkekalan selamanya hendaknya. Amin..


P/s : sapa ada gambar tunangnya untuk dijadikan bukti.... Ehehhehehe



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Isnin, 21 Januari 2013

Dugaan Ditengah Bulan



Salam semua,
Memang dugaan menimpa lagi. Nak buat macam mana dah takdir terima jer lah apa nak buat.

Tadi aku pergi ke Kajang melawat emak & adik member aku kt hospital kpj kajang pastu aku g ler rumah makcik aku lepak2 kat sana balik KL dalam jam 10.30malam baru jer masuk highway aku terlanggar lubang terus bengkok sport rim aku ni. Aku redah jer bawak motor dari kajang ke KL dengan tayar panCit ni. Nak pergi kedai motor mana ada kedai yang bukak. Terbang lagi RM300 duit aku ni.

Cobaan....


Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Isnin, 14 Januari 2013

Hiasan Lauk Pengantin



Salam semua,
Minggu lepas aku ada buat Hiasan lauk pengantin itu pun last minit nyer permintaan aku buatkan gaklah sebab dah xda org nak buat langsung tp sayangnya aku tak ambil gambar satu2 sebab dah penat agaknya dengan xda orang tolong lagi dengan van rosak lagi macam macam hal waktu tu tp alhamdulillah semuanya sempat siap tepat pada waktunya
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, 13 Januari 2013

Datin Azizah Mohamed Terlantar Sakit



Salam semua,
Korang pernah tak dengar lagu ni "katakan padaku rahsia dihatimu janganlah kekanda membisu. Katakan kau cinta ataupun tiada..." Itulah lirik lagu Syurga Idaman nyanyian Datin Azizah Mohamed yang cukup popular sehingga kini terutamanya di majlis majlis kenduri kahwin. Aku dapat info penyanyi lagu syurga idaman ini yang juga isteri kepada Dato A Rahman Hassan sedang sakit dihospital. Aku dapat info ini dari fb Dato Sharifah Aini. Semoga Datin Azizah cepat sembuh dari segala penyakit hendak-Nya. Amin
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 2 Januari 2013

Jus Pati Delima Gulshan Promosi Tahun Baru





Salam semua,
Hari ini aku nak bagi tau yang Jus Pati Delima Gulshan akan menjadi semakin murah sekiranya anda membeli 5 botol sekaligus dengan harga RM75 bermakna sebotol berharga RM15 sahaja. Kalau korang berminta bolehlah emailkan ke aku yer.

Dua Kosong Satu Tiga





Salam semua
Entry pertama untuk tahun 2013 ni adalah nak ucapkan semoga 2013 ini menjadi lebih baik dari tahun sebelum ini. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Walaupun ramai yang nampak aku happy jer sebenarnya banyak ujian yang menimpa semoga tahun 2013 ini membuat kehidupan aku lebih baik hendak-NYA.