Masyuk

Khamis, 30 Disember 2010

31 Disember 2010 Diistiharkan Cuti Umum




Yahooooooooooo...............
Mesti korang sukakan aku lagilah suka 31hb Disember 2010 ni diistiharkan cuti umum oleh Dr. Seri Najib Tun Razak bersempena dengan kemenangan yang diraih oleh pasukan Harimau Malaya yang menang di perlawan bola sepak AFF 2010 tadi. Kalau korang tak percaya cuba korang klik

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm







Rabu, 29 Disember 2010

Giveaway 2010 dari TiniHani.com





Kenapa anda ingin menangi hadiah dari TiniHani.com?
Lagi nak tanya kenapa sebabnya aku suka tengok hasil kerja tangan TiniHani yang kemas dan menarik lagipun mana tau dapat t-shirt dari TiniHani.com xda juai punya wey.


Senang jer nak joint giveaway dari TiniHani.com ni cuma perlu ikut langkah-langkah seperti berikut:-

  1. Buat entry dengan tajuk “Giveaway 2010 dari TiniHani.com”
  2. Copy gambar di atas untuk dimasukkan dalam entry anda tu eh…
  3. Tulis kenapa anda ingin menangi hadiah dari TiniHani.com?
  4. Like Kedai JahitKu.com di Facebook
  5. Tinggalkan link anda di ruangan komen
  6. Pemenang dikira berdasarkan cabutan bertuah la ya dan akan dipilih melalui random.org

Peraduan berlangsung dari : 14 Disember 2010 – 14 Januari 2011

Keputusan : 20 Januari 2011

Hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut :

Pertama : Felt Tshirt yang mempunya nama dan gambar pilihan anda
Kedua : Felt Tshirt yang mempunya nama pilihan anda
Ketiga : 3 buah ribbon brooch yang comel



Blogger's Gathering @ Times Square - Part 2





Salam 1 Malaysia kepada semua. Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada sukan bola sepak. Okeh malam ni aku nak sambung cerita pasal Blogger's Gathering yang lepas. Biasalah selepas penat bermain bowling memasing perut dah menyanyi lagu Keroncong Untuk Ana apa lagi aku ngan Shahroll pergi meeting jap and then terus naik ke food court yang terletak di tingkat 10. Lepas memasing dah kenyang menchekik apa lagi ada perbincangan yang aku nampak. 3 kelompok kumpulan yang berbincang. Kelompok pertama diketuai oleh MelRomeo kalau tak silap berbincang mengenai next gathering yang akan diadakan dengan tema "Blogger's Budak Kampung" kalau tak silap aku ler. Kelompok kedua pula diketuai oleh Cik Hel yang berbincang mengenai "tiket wayang percuma" agaknya manakala kelompok ketiga pula diketuai oleh Cik Lily Putih yang dok sibuk "membahan" orang lain paling meriah kelompok ketiga la memang kecoh jer aku dah semestinya kat kelompok ketiga wey. ehehehehheeeee.


Orang kanan MelRomeo duk kusyuk mendengar penerangan dari MelRomeo.


Naik juling mata MelRomeo menerangkan next event yang akan diadakan.


Rina Salleh yang manis pun kusyuk mendengar penerangan dari MelRomeo.


Waktu ini sedang kusyuk mendengar pandangan dari para blogger's yang lain kita kan demokrasi.


Lepas penerangan & segala mak nenek dah selesai apalagi sesi bergambar ler.
tengok tu Shahroll bergaya dengan iklan yang terpampang tu.


AnakPerak jadi mat kepit kejap


Shahroll plak aku tak tau kenapa tak bawak camera dia tak kan xnak amik gambar kot kalau bukan event nuffnang. ahahahahah


Biasalah kalau dah sesekali berjumpa tu pasti amik gambar ramai-ramaikan.
tengok lah si MelRomeo dengan Bean tu macam ada sesuatu jer kan. ahhahaha


Gambar ni pulak Chearms tak melepaskan padangan terhadap Tia


Cik Epal yang comel suruh aku delete gambar ni comel apa


Dua orang CIK sorang Cik Epal & sorang lagi Cik Lily Putih


Gaya ini AusMelankolik tak perasan yang Chearms tengah terajang dia.

Aus paling suka dengan gambar ni dialah orang yang paling bertuah selain Chearms sebab dapat bergambar dengan dua orang diva ini.


Chearms dengan gaya Pengarah 2 Alam nya iaitu Dr Romzey bergambar dengan diva howt.


Tia - Bang cepat lah tengok nanti Chearms perasan la...
Phreak-Id - Dari tadi abang dok ushar jer ni mata belalang abang ni coverline. ahahahah






p/s - jangan marah arrr ini semua jenaka dari bloggers sengal cam aku.

Piala Suzuki AFF 2010



Pasukan Harimau Malaya sememangnya hebat kalau tak hebat cam mana mereka boleh menang pada perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Bukit Jalil sebelum ini wey malah artis dari Indonesia juga iaitu Syarini yang pernah digosipkan dengan Anang Hermasyah juga mengakui bahawa Pasukan Harimau Malaya hebat kalau korang tak percaya klik kat SINI. Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia. Malam ini jam 7.30 malam Pasukan Malaysia sekali lagi akan bertemu dengan Pasukan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. Semoga Malaysia berjaya meraih kejayaan sekali lagi walaupun bukan di "rumah sendiri". Sekarang ni semua orang duk sibuk memperkatakan tentang Penjaga Gol Harimau Malaya kita tak lain tak bukan kalau bukan Khairul Fahmi Che Mat. Rakyat Malaysia pasti bangga dengan kejayaan yang yang diraih tapi sekiranya Pasukan Malaysia tewas malam ini jangan dicaci dan dimaki pasukan kita biasalah adat permainan ada menang dan ada yang kalah.



p/s - Sejak bila aku minat tengok bola ni wey.... ahahahahhaa

Selasa, 28 Disember 2010

Azam tahun 2011









Salam 1 Malaysia semua, Sebenarnya dah lama aku nak joint contest "AZAM TAHUN 2011" yang dianjurkan oleh "abang saham" tak lain tak bukan MatJoe yang terkena makan keropok jangek dekat Mali's Danau Kota hari tu. Kita cuma boleh merancang dan berusaha tapi tapi Allah s.w.t. yang menentukannya. Azam tahun 2010 untuk membeli rumah di Sentul telah terkubur ikutkan semua dokumen & duit sudah disediakan tapi itulah namanya belum ada rezeki. Insyaallah tahun ini aku mencuba untuk meneruskan azam aku tersebut mana tau insyaallah berhasil dengan azam tahun 2011 ini pula bak kata orang belajar dari pengalaman.


1. Insyaallah target aku mahukan rumah yang ada tanah tak kisahlah walaupun buruk janji rumah yang ada tanah senang nak buat kenduri ker, meninggal ker nak raya ker kalau ada rezeki la kita cuma merancang jer yang menentukan hanya Allah s.w.t.



2. Azam yang kedua adalah nak simpan duit banyak-banyak lepas tu insyaallah awal tahun atau pertengahan 2012 aku nak tamatkan zaman bujang pulak sampai bila nak bujang jer wey jangan asyik nak berjalan & enjoy jer.


Sebenarnya banyak lagi Azam 2011 yang aku ada tapi kalau nak buat list memang banyak giler tak terbaca korang nanti. Kalau korang nak mencuba nasib untuk joint contest ini sila jenguk di blog Azam Tahun 2011



‘contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50) AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)'




p/s - aku hanya mampu merancang dan berusaha hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat menentukannya. Semoga ianya berhasil hendaknya.

GIVEAWAY eqbalzack "SERBA SATU"






Salam 1 Malaysia semua. Hari ini aku di tag lagi oleh Cik Lily Putih. Rajin bebenor minah ni tag aku katanya biar blog picisan aku ni terhapdet sket. Oklah juga aku buat contest yang menarik tertarik kau memang da bomb ni. Hadiah yang menanti pulak memang agak menarik wey rugi kalau korang tak joint contest ni.Hadiah barangan dari IKEA yang berharga RM111.11 rugi wey kalau korang tak joint contest ni. Kebetulan pulak waktu aku nak buat entry pasal ni jam menunjukkan jam 1.11am sumpah aku tak tipu wey (perlu ker bersumpah bagai wey). Jikalau korang nak joint contest ini sila ikut syarat-syarat yang diberikan. Senang jer wey mana tau rezeki korang joint contest kali ini.

1. Jadi Followers eqbalzack.com. - DONE
2. Buat 1 entry bertajuk Giveaway eqbalzack "SERBA SATU" - DONE
3. Entry MESTI mengandungi banner di atas dan linkkan ke blog eqbalzack.com. - DONE
4. Tag 1 (SATU) orang rakan blogger lain dan pastikan mereka tahu. - DONE
5. Tinggalkan link anda pada entry ini. - DONE


Tarikh tutup:
1.1.11 jam 1.11 pagi

Keputusan:
1.1.11 jam 11.11 pagi

Aku nak tag kepada MisZ Lady yang suka joint giveaway



Inilah hadiah yang bakal diberi kepada pemenang

Hadiah utama adalah 1 Table Lamp IKEA


manakala 10 hadiah saguhati berupa Frame dan Tea Towel Table Ikea.



p/s - banyak lagi tag yang aku tak siapkan nih.
- Kenapa bukan 11 hadiah saguhati ekkk



Isnin, 27 Disember 2010

Blogger's Gathering @ Times Square



Selamat Pagi Malaysia, Tahniah diucapkan kepada pemain bola sepak negara kerana telah berjaya merangkul 3 mata pada perlawanan malam tadi semoga pasukan Malaysia berjaya memenangi pada perlawan akan datang di Stadium Bung Karno di Jakarta pada 29hb December 2010 ini. Semalam 26hb December 2010 para blogger's telah dijemput untuk bergather 2 gether di Times Square bermula jam 10 pagi sehingga ke petang tapi aku tak dapat datang pagi sebabnya aku ada kenduri jadi lepas lunch baru aku gerak ke TS tu. Sampai kat sana depa semua duk sibuk main bowling aku baru sampai dapat joint 1 game jer tapi tak per aku happy pada hari itu.


Tia budget cam retis ler tu.


Gambar ini diambil tampa pengetahuan dari Redlinda. Takut juga ekk AnakPerak kat kekasih hati dia tu.


Awek-awek ngan pakwe-pakwe yang kat depan tu kalau singgah kat blog picisan aku ni jangan lupa tinggalkan link blog korang yerk.


Abang Karok's tetap bergaya dengan spek mata belalang dia tu.

Pojiee, EykaMeow, Uncle Seekers ehh silap Uncle Eyriqazz, ngan Hana

Tiga teruna pingitan. ahahahaha


Ery Fariha ngan Shahroll tapi mata Ery tu nampak tipu sangat wey.


Nih lagi ketara mata si Ery tu.


Semua gadis-gadis yang berebut nak dapatkan si MelRomeo waktu ni Rina Salleh xsampai lagi menggatal jer lah si MelRomeo tu.


Ngah BBM ngan "gadis melayu" la tu.


Mel ko memang romeo weyh.


Gambar ni Tia request wey bukan mamat tu yang request yerk.


Phreak-Id dengan spek mata belalang dia.


Smart la plak aku tengok gambar Tia nih.


Watak-watak pada hari kejadian.

1. MelRomeo
2. Chearmster
3. Eyriqazz
4. Rina Salleh
5. Bean Moreno
5. Cik Hel
6. Hana
7. Tia
8. Aus
9. Cik Lily Putih
10. Akmal Hilmi
11. Aezy
12. Ery Farieha
13. RedLinda
14. AnakPerak
15. Syaz
16. Gadis Terbilang
17. Cik Epal
18. Mashimaroo
19. Phreak Id
20. Shara
21. Sarang Platipus
22. http://www.babipunyestalker.blogspot.com/
23. http://www.milimilo.com/

Dan ramai lagi.


P/s - Banyak lagi pic yang dah aku upload kat pesbuk aku. korang g tengok kat sana jer lah.
- Takziah kepada mangsa Tsunami pada 26 December 2006 dah 4 tahun tragedi Tsunami.
- Tak sabar pulak nak jadi "Blogger's Budak Kampung" untuk next event.





Jumaat, 24 Disember 2010

Lepas Farmville Kini CityVille Pulak



Selamat pagi semua, sambil duk mengunyah kukis yang aku order dari Kak Ina KL sambil menghapdet blog picisan aku ni. Pagi ni aku nak mengomel pasal game kat dalam facebook tu. Dulu aku addict dengan Farmville sampaikan time keluar pun aku nak balik cepat sebab nak harvest tanaman yang aku tanam dalam farmville tu tapi sekarang aku dok sibuk melayan Cityville ni pulak kadang-kadang tu sampai jam 3 pagi aku still melayan games Cityville ni.
Cara nak main games Cityville ni pun lebih kurang macam Farmville juga tapi lagi best kot sebabnya nak bersaing Cityville sapa lagi besar. Kalau korang pun layan games ni jangan lupa add as neighbour yerk.


.
Cepat korang tolong add aku leh maim Cityville bersama-sama





Khamis, 23 Disember 2010

Layan Lagu Reggae









Aku pun tak tau sejak bila aku layan lagu-lagu reggae ni. Sebenarnya vokalis kumpulan Sharpshooter ni member kat tempat kerja aku ni mula-mula tu kitaorang sebenarnya dok membahan mamat ni lepas tu aku download la lagu Panji-Panji Reggae ni lepas tu boleh terlayan plak lagu ni antara lagu lain yang best adalah Selembut Nafas. Kalau tak silap aku kumpulan Sharpshooter ni ada 6 orang lelaki 1 orang perempuan. Sebelum ni aku tak pernah pun layan lagu reggae ni melainkan lagu "No Woman No Cry" tapi bila dengar lagu dari kumpulan Sharpshooter ni macam best jer. kalau korang nak "sedut" lagu ni korang cari jer kat 4shared tu banyak lagu ada kat situ.






Rabu, 22 Disember 2010

Kompem Berjimba Bersama MelRomeo




Selamat pagi semua, Kalau korang perasan sebelum ini aku ada update pasal Jom Berjimba Dengan MelRomeo. Hari ini MelRomeo telah kompem nak turun Kuala Lumpur untuk berjimba dengan kita semua pada hari Ahad ini 26hb Disember 2010. Bukan main bersemangat si MelRomeo ni nak jumpa kita siap buat Banner lagi tu. Korang apa lagi datang tau jangan lupa hari Ahad ini. Buget untuk makan dan main bowling adalah sendirian berhad yer coz tak da sapa nak sponsor jadi kita sponsor diri sendiri.


Take Note :

  1. Tiada Registration!
  2. Boleh bawak kawan!
  3. Segala Pembayaran untuk Games & Makanan adalah Sendirian Berhad {Cos untuk main Rm37} {CLICK HERE}
  4. Terdapat 6 Games untuk dilayan! {CLICK HERE}
  5. Macam Mana nak pergi ke Times Square ? {CLICK HERE}
  6. Enjoy ! :)



Selasa, 21 Disember 2010

Jom Berjimba Dengan MelRomeo





Salam 1 Malaysia semua, Pagi ini dalam jam 4.30 pagi tadi aku ada chat dengan MelRomeo.
Insyaallah sifu MelRomeo akan turun ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini iaitu pada 25 Disember 2010.
Oleh yang demikian MelRomeo ajak kita semua berjimba-jimba dihari Sabtu ini mungkin MelRomeo dah rindu + jeles tengok gambar kita berjimba ari Jumaat lepas.
Jikalau di Izinkan oleh Allah S.W.T. MelRomeo rancang nak main bowling tapi dia cakap tak nak karok's.

Oleh itu aku nak tanya sekiranya MelRomeo jadi datang Kuala Lumpur kita nak berjimba kat mana pulak.

Times Square okeh tak?
Lepas tu MelRomeo akan kompemkan kehadirannya ke Kuala Lumpur esok Rabu 22 Disember 2010.


p/s - kita cuma merancang hanya Allah S.W.T. yang dapat menentukan segalanya. Nanti aku update lagi aktiviti berjimba kita ni jadi ke tak yerk...

- MelRomeo kalau jadi jangan lupa ajak "GADIS MELAYU" sekali tau.






Berjimba Di Wangsa Walk Part II







Selamat pagi semua, pagi ni aku nak sambung cerita semalam pasal berjimba dekat Wangsa Walk hari tu. Lepas membowlingkan diri kami semua terus pergi karaoke kat area situ gak. Kalau karaoke tu aku suka ikut jer nyanyi jangan haraplah suara cam katak bawah tempurung banjir KL ni nanti sapa yang susah bukan budget suara aku sedap giler okeh. Karaoke kali ini ditaja oleh Chearmster yang sore di power siot nanti kalau aku kawen nanti aku nak suruh dia berduet dengan Redlinda kompem best punya. Malam tu dekat jam 2.30 pagi jugalah kitaorang balik separuh awal-awal dah balik tak bujang ar cam tu wey tapi tak perlah janji family korang tak marah coz balik lambat sangat.


No camera pelissss itu ayat minah ni budget artis la sangat. ko ingat ko Hanis Zalikha ker wey. ehehehhee


Duta terbaru kukis Kak Ina KL tapi aku tak tau lah dia ni makan free jer atau ada order ke tak kukis sedap ngan Kak Ina KL


Tak payah aku ulang la yer Cik Norfa tak payah pakai MIC sebab suara dia dah macam petir.

Apalah yang masih tak puas hati oleh Cik Norfa tu yer, Si Aus plak dok sibuk mengajar anak Kak Ina KL cara-cara nak masuk clubbing. ahahhahahaaa


Memula tu penuh dalam bilik tu dengan kehadiran kami semua makanan dan minuman malam tu ditaja oleh Chearmster terima kasih daun keladi semoga rezeki ko bertambah bro.


Inilah awek yang nyanyi paling best malam tu dia cakap dia kanak-kanak ribena. Ribena la sangat ko tia oi.....


Korang tak percaya suara si kanak-kanak ribena tu lunak kalau tidak tak kan lah sampai terkesima Chearmster merenung si Kanak-kanak ribena tu.


Anak Perak pulak muka agak sugul jer malam tu adakah ada perselisihan faham dengan Redlinda, Lepas Redlinda balik barulah Anak Perak menyanyi pulak lagu sedih + jiwang karatz jerk. ehehehhee


waktu ini sebahagian orang dah balik tu pasal lah yang tinggal bagaikan dah naik sheikh sampai panjat kerusi tu. nasib baik sofa tu kuat kalau tak mau roboh selepas Mr. Manager memanjatnya.


Inilah artis yang paling top pada malam itu korang ingat Kak Ina KL nyanyi lagu Dato Sharifah Aini ker dia nyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir lagu Jamal Abdillah tu korang boleh ker?




p/s - Bak kata Aus malam tu paling best sebab tak ada cerita pasal blog atau nuffnang pun cuma cerita pasal gembira jer.