Masyuk

Memaparkan catatan dengan label belajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label belajar. Papar semua catatan

Selasa, 22 Mac 2011

Mari Belajar Lagi



Salam kepada semua, walaupun semangat untuk berblog dah pudar tapi aku still nak update gak la dari xda apa langsungkan. Macam biasa setiap hujung minggu kalau tak ada apa-apa nak buat aku akan ikut member aku pergi shoot gambar kat studio dia di Taman Equine di Sri Kembangan. Aku pergi just nak menambah ilmu dalam dunia photografi walaupun aku ni lambat sikit tapi ada aku kesah janji perasaan nak belajar tu ada.


Pencahayaan adalah penting untuk mengambil gambar.


Menggunakan apa sahaja barang yang ada di studio.


Dah tak ada model aku pun boleh la jadi model kejap. TQ Shahroll & the gang jadi guru kali ini.






Ahad, 13 Mac 2011

Saya Budak Baru Belajar



Tajuk tak boleh blah tapi apa salahnya saya memang budak baru belajar dengan dunia photography ni aku cuma belajar dari kesilapan dengan erti kata lain "test & error" jer tak pernah pergi kursus bagai. Sabtu lepas aku dengan member aku pergi shoot kat studio di Taman Equine, Sri Kembangan setelah hampir sebulan aku dengan member aku ni bertungkus lumus menyiapkan studio no akhirnya tercapai juga hasrat member aku sorang ni. Aku memang tak keluar modal langsung aku cuma membantu member aku menyiapkan studio ni. Insyaallah hari Ahad ni Shahroll akan turun nak tengok studio ni cam mana okeh ker tidak.



Gembira bersama walupun tak banyak prop yang berwarna warni tapi aku rasa gambar ni still menarik.


Sedang bergossiplah tu.


Cahaya menjadi bulat bulat.




p/s - kalau sesiapa hendak menyewa White Studio sekarang ada promosi RM75 sejam, peralatan semua masih baru dan terbaik dari ladang.

Khamis, 17 Jun 2010

First Aid & CPR Trainning...



Wah dah jam 9malam aku bleh update blog lagi nih,
selalu nya lepas jer magrib aku dah merayap dah nih tapi malam ni aku lambat sket jadi kupu kupu malam....

Semalam ngan hari ni aku kena pergi trainning First Aid & CPR kat Technology Park Malaysia (TPM) yang dekat dengan MIMOS tu ler. Bagi aku trainning ni bagus dan perlu setip orang pergi coz banyak input yang diberikan oleh tenaga pengajar (cam AF plak ekk) waktu trainning tu kitaorang diberi pendedahan secara teori dan praktikal disamping itu tenaga pengajar yang tak membosankan amatlah penting terutamanya kepada orang cam aku yang sentiasa mata kuyu jer. langsung tak mengantuk aku attend trainning ni. kalau trainning lain for sure aku dah membadak coz termengantuk kuasa dua

trainner yang mengajar namanya MR CHELLAPPAN salah seorang First Aider yang terkenal kat Malaysia, kalau korang ada sebarang pertanyaan mengenai bantuan kecemasan pertama dan apa sahaja mengenai kesihatan korang boleh email kepada chella8@gmail.com

terima kasih kepada ASTRO coz provide trainning sebegini rupa kepada pekerja.


Antara praktikal yang dilakukan. terima kasih kepada model tak berbayar ni ekkk....

Tengah hari waktu lunch hour aku kuar makan dengan Hairi kat food court coz mamat mata stim ni belajar kat TPM nih. aku makan chiken chop jerk.



p/s - perut dah berkeroncong nak g mencekik jap...