Masyuk

Memaparkan catatan dengan label kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kahwin. Papar semua catatan

Isnin, 1 Julai 2013

Selamat Pengantin Baru Ruri & Azli




Salam semua,
Selamat pengantin baru buat Ruri & Azli yang berlangsung dengan meriah di Gombak hari tu. Aku berkampung kat situ 3 hari 2 malam kat sana sebab aku memang rapat gaklah dengan keluarga Ruri ni, sebenarnya aku rapat dengan abang pengantin Ajan sebab aku memang kenal lama dan selalu berjimba dengan Ajan ni dulu. Kebetulan pula perhidmatan andaman dari member aku juga iaitu dari faridah andaman Wangsa Maju Seksyen 1 memang macam-macam ceritalah yang keluar ari tu. Makanan yang disediakan memang superb aku makan banyak kalilah malam nak tidur pun aku menchekik lagi. Minggu depannya pulak aku ikut depa hantar pengantin ke Pulau Pangkor memang terbaeklah. Semoga menjadi keluarga Sakinah, Mawaddah & Warahmah. Amin 

Gambar aku curi dari FB Ruri maybe FB kawannya kot.


 Baju hijau pakai tudung tulah mak andam nye dari Faridah Andaman, Wangsa Maju kalau korang nak no telefon dia nanti PM aku yer.

Nak pergi makan beradap agaknya ni.

Jumaat, 28 Disember 2012

Selamat Pengantin Baru Abg Ajay & Kak Azlina



Salam semua,
Sudah lama tak update blog picisan aku ni, cerita dah basi pun aku baru nak mengomel kat sini. Awal bulan hari tu kat Kg Puah Lembah ada kenduri perkahwinan seorang penduduk cam biasalah aku pun mestilah kena pergi sana sebab kalau kenduri kat kampung ni memang paling meriah aku rasa. Macam biasa kenduri dekat Kampung Puah Lembah ni memang kerja gotong royong dan selalunya makan berhidang jarang buat buffet ni sebab tu kenduri meriah agaknya.



Malam berinai rumah pengantin lelaki buat simple jer tapi meriah.


Sebahagian ahli keluarga pengantin lelaki.


Bersama rakan sebaya dengan pengantin lelaki.


Pemuda nak join gak wey mana leh tak join bergambar.

Dekat 1 kampung gaklah penduduk kampung menepung tawar pengantin.


 
Hari langsung pulak warna ungu memang cantik warna ungu ni.



Lepas sanding pengantin keliling umah pulak bersalam dengan orang kampung ucap terima kasih katanya.



Kerja masak nasik minyak orang lelaki punya kerja masak lauk pauk orang perempuan punya kerja.



p/s: Lepas kenduri macam biasa ada kerja siram menyiram nasib baik camera aku tak jahanam kena air waktu aku tengah makan kena siram 2 jug air sirap. demit

Selasa, 23 Oktober 2012

Simon Says Extreme



Salam Semua,
Minggu lepas rezeki kitaorang dapat menang contest Simon Says Extreme, Sebenarnya ku pun tak tau rancangan apa sebab aku ni bukanlah sigilatv tapi disebabkan tempat kerja aku ada contest yang mudah aku cuba je lah join contest ni alhamdulillah rezeki kali ini menyebelahi aku dan kawan-kawan kitorang dapatlah sikit guddies bag dari Simon Says Extreme ni dah dapat bedal jer lah kan sapa nak bagi.


Antara barangan yang kami dapat adalah t-shirt, lanyard dengan nametag untuk bag sapa nak bagi sapu jer lah kan.





Esoknya kitaorang bertiga terus pakai baju yang kami menang tu pastu apa lagi bergambar sakanlah macam-macam aksi ghairah yang kami buat wey, aku pakai selipar jer sebab waktu dah nak balik kerja dah.



p/s: mood bosan nak balik Bangkinang tapi IPO astro cam merundum jer, mintak-mintaklah ada rezeki aku nak balik kampung bulan depan sebab ada majlis perkahwinan saudara kat sana.




Sabtu, 29 Oktober 2011

Tahniah Che armster & Hana







Salam semua,
Dikesempatan ini aku nak ucapkan tahniah kepada dua orang member blogger yang telah melangkah ke alam perkahwinan sapa lagi kalau bukan Che Armster dengan Hana LN baru-baru ini. Alhamdulillah majlis pernikahan telah diadakan di N.Sembilan. Kalau nak diikutkan aku kenal Hana LN dulu sebelum aku kenal dengan Che Armster itupun waktu event GATSBY di Berjaya Times Square waktu tu Hana LN ni rapat dengan MelRomeo sorry kalau korang dulu ada hubungan bukan ngan mengimbau kenangan korang keh kalau tidak mungkin aku tak kenal siapa Hana LN yang popular siapalah aku kan. Che Armster pulak aku kenal waktu event LG Cookie Monster Party satu masa dulu waktu ni Che Armster baru berjinak-jinak dengan dunia blog dan pada waktu event itu dia menyamar menjadi Bean Moreno kalau tak silap aku. 


p/s - Semoga korang berdua menjadi keluarga yang Sakinah, Mawaddah & Warahmah hendak-Nya dan berkekalan sehingga menutup mata.

       - Bila pulak turn aku nih.... ahahaahha         

Ahad, 12 Jun 2011

Orang Lelaki Pun Berseni Juga





Tajuk tak boleh blah Orang Lelaki Pun Berseni Juga kadang-kadang tu lagi berseni dari perempuan tapi aku bukan nak membangga diri atau apa cuma nak share kalau dah keturunan seni tu tak leh buat apa ko tengok sepupu aku yang lelaki tu pun rajin gak tolong kitaorang membuat hantaran bagai.



Insyaallah paling cepat kitaorang nak buat business sewa khemah kahwin, buat hantaran, katering tapi satu satu la tak ada lah buat serentak mana nak carik modal siot pelan-pelan kayuh tapi itu semua perancangan jer belum kompem lagi doakan kalau jadi ianya berjaya.


Duit penanggah untuk para penanggah yang membuat kerja. Semua kerja dibuat sendiri oleh kami secara gotong royong bersama.




Isnin, 6 Jun 2011

Selamat Pengantin Hash Mush



Salam hari Isnin yang indah kepada semua, Dua minggu lepas aku agak sibuk jugalah dengan majlis kenduri seorang blogger's yang tak berapa nak rajin update blog dia tak lain tak bukan si HASH MUSH di Wangsa Maju. HASH MUSH ni bukanlah saudara aku tapi aku dengan family HASH MUSH ni memang rapat giler dah macam family jer. Kenduri kalau kat rumah HASH MUSH ni memang tak pernah nak pakai perkhidmatan katering semuanya masak sendiri je sama macam kenduri kat rumah mak cik Jenab. Kenduri hari Sabtu aku mula cuti dari hari Jumaat sebab dia nikah pagi Jumaat tapi disebabkan hari hujan aku tak dapat pergi dia nikah tu aku kan tak ada kereta naik motor buruk jer aku stay kat rumah tolong memasak dan sediakan apa yang patut. Hantaran & bunga telur semua pengantin dengan aku buat sendiri seminggu lebih juga aku berulang setiap malam ke rumah pengantin nak siapkan semuanya.


Malam berinai dengan warna Silver & Hitam


Hari langsung dengan tema warna Hijau Tua.

Inilah dia HASH MUSH


Mak pengantin gembira masyuk tangan aku dok gatal nak rembat angpow yang dapat.


Aku pun dapat baju tema keluarga warna pink lagi tu bak kata kawan-kawan aku jambu tu.


Sesi makan beradap apsal la muka ko cam tu Hash Mush


Mak pengantin memberikan bunga telur kepada jiran yang sedang mendendangkan lagu.


Kawan-kawan aku yang membantu di majlis tersebut.


Bangga menulis ucapan di Guestbook yang aku, pengantin & abang pengantin yang buat.





Semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah & warahmah

Rabu, 25 Mei 2011

Aku Dah Mula Sibuk



Sekarang aku dah mula sibuk sebab minggu ni sebab sedara aku nak kahwin dah dekat sebulan dok sibuk ulang alik rumah dia nak siapkan bunga telur, hantaran bagailah semua buat sendiri sebab nak jimat kos katanya lagipun puas kalau kita buat sendiri. Pasal Selangorlicious pun mungkin hari Ahad baru aku boleh post itu pun kalau aku larat.


Tempat Cincin


Hantaran yang dikatakan macam Hatta Dolmat yang buat tapi nan hado. ahahhhah


Khamis, 28 April 2011

Gubahah Hantaran - Telekung








Salam semuanya, hari ni aku berada di Bali. Aku sampai di bali dalam jam 7.30 malam td. Sekarang tgh baring2 dalam bilik di Tune Hotel, Legian Bali. walaupun smalam dok sibuk packing brang, pergi tukar duit rupiah tapi aku still sempat lagi tolong member sama tempat kerja mengubah hantaran telekung dia nak kahwin hujung minggu ni. cam biasalah permintaan depa gubah telekung bentuk bunga. Lepas tu malam td jugak aku suruh bakal pengantin jemput hantaran dia. Tahniah diucapkan kepada Lily Izaura dengan Mohamad Irman yang bakal bernikah pada hari Jumaat ini semoga menjadi keluarga yang Sakinah, Mawadah dan Warohmah - Amin

Rabu, 27 April 2011

Berjimba Bersama Pengantin Di Sekitar Kuala Lumpur



Salam Jumaat penghulu segala hari yang mulia kengkawan, sebenarnya aku ikut member aku ni ambil gambar post wedding ni sebelum aku pergi ke Bali lagi tapi sekarang baru nak update blog sengal aku ni. Kalau korang perasan pengantin adalah member kitaorang juga sebab aku pernah update waktu kat wedding depa dekat Villa Ukhwah, Taman Tasik Titiwangsa hari tu. Lokasi yang dipilih adalah di sekitar Bandar Kuala Lumpur seperti di Jalan Bukit Bintang, Banggunan Sultan Sulaiman & Taman Tasik Perdana. Setengah hari juga lah aku ikut depa beraksi penat tapi seronok.


Sekarang baru aku tau yang ambil gambar ni sebenarnya ada "jalan cerita" kalau menarik jalan ceritanya menariklah gambar yang diambil. Waktu ni masih lagi di Jalan Bukit Bintang yang sesak pada tiap masa pun.


Sewaktu di Banggunan Sultan Sulaiman aku tak banyak ambil gambar sebabnya aku dah kepenatan


Sewaktu di Taman Tasik Perdana kejap jer pun sebab memasing dah kepenatan termasuk pengantin pun dah tak larat.


Gambar candid sewaktu di hadapan Pavillion kesian pengantin perempuan yang kehausan bukan kehausan #(&!^$&*


Antara crew2 yang terlibat dengan pembikinan custom made album post wedding untuk Rizal & Azlin.




p/s - aku bukan photographer dan gambar ni semua adalah untuk koleksi peribadi jer bukan untuk custom made album tu sebab gambar aku ambil bukan cantik pun.




Sabtu, 16 April 2011

Selamat Pengantin Baru Azlin & Rizal





Salam semua, Selamat berhujung minggu kepada semua. Minggu lepas aku pergi ikut member aku shoot orang kahwin. yang kahwin pula adalah kawan aku juga tua setahun dari aku. Aku memang tak pandai lagi shoot orang kahwin tapi aku pergi pun coz aku nak belajar sebab aku kalau teori ni malas sikit aku lebih suka dengan teknik " try and error ". Majlis perkahwinan diadakan di Villa Ukhwah di Taman Tasik Titiwangsa. semoga mahligai yang dibina akan terus berkekalan dan menjadi keluarga yang sakinah, mawadah & warahmah.


Pasangan pengantin yang segak dan lawa diatas pelaminan yang indah.


Para "dayang-dayang" yang telah diberikan tugas-tugas yang ditetapkan.


Ucapan ikhlas buat tetamu yang hadir.


Sekali sekala dapat bersua muka dengan bekas guru SMKWM2.


Cenderahati ikhlas buat para tetamu yang sudi hadir.



p/s - bila pula giliran aku ni..... ni tak sabar nak kumpul duit pastu kahwin (ada ke calonnya) hehehehehehhehe