Masyuk

Memaparkan catatan dengan label alam sekitar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alam sekitar. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Oktober 2011

Keindahan Bulan Dimalam 13 Oktober 2011







Salam semua,
Selamat hari Khamis malam Jumaat semua, Malam ini adalah yang sungguh indah kerana dihiasi dengan bulan yang begitu cantik malam ini. Sedang leka aku berFB ramai yang update status mengatakan bahawa bulan sangat cantik malam ini lantas aku mencapai kamera DSLR Nikon D60 aku untuk mengambil gambar diluar rumah memang benar seperti apa yang mereka perkatakan bulan memang cantik korang tengok je lah gambar yang aku capture tadi tanpa diedit aku terus upload gambar di FB dan update di blog aku ini.







 Bukti kebersaran dan keesaan Allah S.W.T. menjadikan bulan yang sangat indah dimalam ini 13 Oktober 2011. Sejak dua menjak ini bulan sentiasa kelihatan cantik menerangi malam adakah ini satu petanda ya memang petanda kebesaran kan kenikmatan Allah S.W.T. berikan kepada umat manusia supaya senantiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan-Nya.






 p/s - diwajahmu kulihat bulan....alalallalalaaa


Jumaat, 15 Julai 2011

1000 Smiles For Nature



Selamat hari Jumaat yang indah semua, aku cuma nak inform korang esok Sabtu 16 July 2011 kalau berkesempatan bolehlah singgah di Jusco AEON AU2 Setiawangsa bermula jam 10.00pagi hingga 6.00petang ada event 100 Smiles For Nature, Insyaallah aku akan berada disana sebagai sukarelawan banyak aktiviti yang disediakan antaranya adalah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, Pertandingan Dam Ular, Pertandingan "like" gambar di Facebook. Shah Jazle, Irma Hasmi, Zahid AF, Maulana AF dan Kumpulan Band Indie akan mengadakan persembahan disana nanti. Mungkin persembahan akan bermula dari Jam 1.00 tengah hari sehingga jam 6.00petang. Tujuan utama event dijalankan adalah untuk mencari dana untuk YAWA ataupun Yayasan Anak Warisan Alam. Aku rasa tak luak duit korang untuk menderma RM1.00 untuk alam sekitar kita. Selain itu ada juga jualan T-Shirt dengan harga RM25.00 manakala RM5.00 itu akan disalurkan untuk YAWA.




P/S - Sorry tak sempat nak update mengenai GA yang aku buat sebab bz dengan event ini insyaallah bila aku dah ok aku update pasal GA ni lagi satu hari Ahad ni sapa pergi Jacob's Walk For Life di Bukit Cerakah, Shah Alam.