Masyuk

Memaparkan catatan dengan label sentul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sentul. Papar semua catatan

Rabu, 2 Julai 2014

Salam Ramadhan 1435h



Salam semua,
Salam Ramadhan al-mubarak kepada semua yang singgah kat sini ada ker yang nak singgah kat blog aku ni lagi. Walaupun agak lambat untuk aku sampaikan salam Ramadhan tapi aku rasa masih belum terlambat untuk aku. Sudah lama mendiamkan diri didalam dunia blogging arini aku terpanggil untuk update blog aku ni balik semoga lepas ni aku rajin berblog semula hendakNya. Hampir setahun tak update blog tapi aku tetap jadi stalker kat blog kawan-kawan aku lagi antaranya blog Kak Ina KL, Cik Lily Putih, Eyriqazz, Sumijelly, Denaihati dan banyak lagi lah. Kalau nak ikutkan memang banyak cerita yang nak diomelkan kat sini tapi sibuk membuatkan aku malas untuk berkarya kat sini. 

Puasa tahun ni macam mana? 
tahun ni aku berpuasa dekat Kg Puah Lembah #KPL sebab awal bulan Jun 2014 hari tu rumah yang aku duduk hangus terbakar di Kg Chubadak Jaya, Sentul nak buat macam mana dah tak ada rezeki duduk kat rumah tu lagi, aku duduk dengan keluarga makcik aku kat situ lepas tu sekarang dapat ler rumah PPR Pinggiran Bukit Jalil memang agak jauh jugalah nak pergi kerja tapi selalunya aku tumpang tidur kat rumah makcik aku lagi sorang dekat Kg Puah Lembah, Gombak sebab dekat sikit nak pergi kerja. 


Keadaan rumah yang aku diami selepas kebakaran memang tak ada apa yang tinggal semua jadi abu.


Macam mana terbakar rumah tu?
Macam mana terbakar rumah tu manalah aku nak tau sebab waktu kejadian selepas Solat Jumaat aku terus balik pejabat aku selalunya selepas Solat Jumaat aku akan singgah balik rumah untuk makan tengah hari tapi pada hari kejadian memang aku tak singgah balik rumah untuk makan tengah hari sampai kat pejabat makcik aku telefon suruh balik rumah cakap rumah dah terbakar sampai jer rumah memang dapat tengok jer lah rumah tengah terbakar dengan maraknya 24 rumah panjang terbakar, barang-barang pun tak ada apa yang dapat diselamatkan nak buat macam mana tak ada rezeki kami semua. 


 Bayangkan perasaan korang melihat rumah yang korang duduk terbakar depan mata macam ni. rumah dinding kuning tu ler rumah yang aku duduk sebelum terbakar hari itu.



p/s - mood blogging macam dah kembali jer ni semangat nak update blog plak rasanya.

Rabu, 10 Oktober 2012

Sakit Gigi






Salam semua,
Tiba-tiba pulak gigi aku yang berlubang ni sakit rasanya berdenyut-denyut wey. kalau sakit gigi ni semua benda tak boleh buat ikutkan hati nak tumbuk jer kalau ada yang memekak kat telinga aku ni. Waktu-waktu sengkek macam ni pula gigi ni buat hal tunggu lah IPO Astro keluar baru best pergi klinik gigi Dr. Rohaya kat Sentul Raya tu memang service baik Dr yang assist aku tu baik gak orang nyer peramah boleh pergi "cuci gigi" sekalikan. Memang sebelum ni gigi aku ni berlubang tapi aku buat endah tak endah jer tapi petang ni pulak gigi yang berlubang tu berdenyut-denyut rasanya ikutkan hati aku nak congkel jer lubang kat gigi tu sampai gigi yang berlubang tu tercabut jer.
















Ahad, 8 April 2012

Resepi Puding Caramel




 


Salam semua,
Dalam orang lain sibuk tengak keputusan Anugerah Berita Harian 2012 secara langsung aku pun sibuk walaupun tak sibuk mana buat puding karamel yang diminta oleh along mungkin minah tu mengidam kot aku layankan jer sebab buat benda tu senang jer kan kalau renyah tu memang tak lah aku nak layan buat benda alah ni pergilah beli dekat kedai senang sikit.

Resepi Puding Karamel ni aku cilok dari Kak Ina KL jer senang wey nak buatnya.

Bahan-Bahan
Bahan untuk puding
6 biji telur
1 tin susu sejat -guna susu ideal sedap
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

Bahan untuk sos caramel
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air-dalam 2 sudu besar


Cara penyediaan (sos caramel)
Panaskan gula di dalam kuali/periuk hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan. Masukkan air (baik-baik..masa ni panas giler..) dan kacau cepat-cepat dan padam api. Tuang ke dalam loyang/ramekin.
Penyediaan puding
1. Pukul telur sehingga kembang.
2. Setelah itu masukkan gula.
3. Kemudian masukkan susu sejat dan air.
4. Masukan adunan ke dalam loyang sos(caramel) dan kukuslah selama 25 minit.
5. Bila masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.
Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari acuan. Sedia utk dihidangkan..

 




 
Bahagian tepi tak licinlah mungkin sebab api kuat sangat kot waktu kukus tu tapi blah dalam waktu potong tu memang cantik licin jer.


 Budak demam ni sibuk jer nak godek-godek kuih tu.


Minah ni la ngidam nak makan puding caramel ni gamaknya. makan ko sampai lebam mak enon. 
ahhahahaa

Rabu, 25 Januari 2012

Happy Birthday Nur Syazana Damia







Salam semua,
memang banyak cerita yang aku tertinggal ni maklumlah awal tahun ni sibuk semacam jer baik kat tempat kerja ataupun kat rumah, Hari Ahad 2 minggu lepas kami menyambut ulang tahun kelahiran anak buah yang ke-5 dekat rumah jer tetamu pun cuma saudara-mara yang terdekat sahaja buat kecil-kecilan sahaja. Nur Syazana Damia dilahirkan pada 15 Januari 2006. 









Kek barbie doll yang ditempah dari Kak Ram Cakes memang sedap aku ambil kek choc moist yang berharga RM120 beratnya pula 2kg memang berbaloi tempah dari Kak Ram Cakes ni lagipun aku memang selalu order kek dari beliau ramai yang puji kek tersebut memang sedap. Kalau korang nak tempah bolehlah hubungi no telefon beliau 

BUSINESS CARD
~Riza (Owner)~
Kak Ram Cakes House
 Website : http://kakramcakes.blogspot.com
Email : kakramcakes@gmail.com
Telephone : 019-318 2828
Address :  152 Lorong Keramat 7, Kg Datuk Keramat, 
54000 Kuala Lumpur, Malaysia





 
Sebelum majlis bermula Birthday girl bersama rakan-rakannya.



 Kegembiraan terserlah diwajah birthday girl.



 Menu yang disediakan adalah menu makan tengahhari seperti gulai nenas dan ikan masin, Sambal tumis udang, ayam sambal dan pelbagai lagi.



 Tetamu yang hadir adalah ahli keluarga kami sahaja.



 Diatas permintaan birthday girl nak buat macam pengantin baling gula-gula kepada tetamu.



 Kebetulan spray new year haritu ada lagi amik kesempatan lah masing-masing terutamanya Cik Nieza.




 Birthday girl bersama hadiah yang dia dapat sangat seronok sekali birthday girl.



Paling over mak birthday girl sebab dapat hadiah juga.



Ole-ole sebagai buah tangan yang disediakan kepada para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.



p/s - semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dilindungi hendak-NYA amin.


Isnin, 12 Disember 2011

Pengat Pisang Nangka










Salam semua,
Minggu lepas aku kerajinan sedikit nak buat pengat pisang biasalah benda semua memang dah ada kat rumah. Pisang Nangka pulak berlebih sebab mak cik jenab memang jual goreng pisang dekat area Balai Polis Wangsa Maju seksyen 1 tu. Selalunya kalau buat bubur, pengat, kolak memang aku yang buat sebab kalau mak cik jenab buat memang manis gila boleh potong kaki wey. 
Resipi pengat pisang.

Bahan-bahannya:-
10 biji pisang nangka 
**dipotong serong kecil-kecil- aku memang saja belah 2 sebab nak makan besar2 sikit baru puas.
1 1/2 biji kelapa diperah dan diambil santannya.
2 cawan gula merah 
1 senduk gula pasir
1 cawan sagu mata ikan *direndam sekejap
Sehelai daun pandan
Secubit garam




Cara-caranya:-
1. Masakkan gula merah dan gula putih bersama air sehingga gula larut.
2. Masukkan daun pandan supaya harum
3. dah agak mendidih masukkan pisang dan sagu mata ikan sekali
4. Sagu mata ikan dah jernih dan kembang masukkan santan jangan sampai pecah minyak nanti tak sedap wey. 
5. pastu kasi cekik la bila dah sejuk.





Makanan kampung tetap dihatiku.

Ahad, 20 November 2011

Resipi Apam Yis





Den tak ado nak buat cantik-cantik do gelimang dongan kelapo macam ni jo.



Salam semua,
Malam semalam tetiba nak makan kuih apam pulak aku dengan segera buat kuih apam ni sebab senang dan barang memang semua dah ada dan tak banyak bahan yang perlu digunakan untuk membuat kuih apam yis ni.



Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula + gula merah (dimasak pekat)
1 cawan air Yis (yis direndam dengan air)




 
Kalau nak berbuih-buih cam ni pun boleh gak nanti macam bersarang kuih korang tu. aku suka padat-pada cam aku.



Cara-caranya
Campurkan semua bahan-bahan diatas sehingga rata jangan berketul kalau ada blender yang bersih (tak pedas) blender kan bahan-bahan tersebut sehingga rata. Biarkan adunan tadi lebih kurang 1 jam - 2 jam sehingga kembang pastikan ianya bekas yang bertutup supaya gas yang dikeluarkan oleh yis tadi tak keluar. Kukus sampai masak cuba cucuk dengan lidi kalau dah tak melekat kasi angkat la.


Agak-agak kuih dah gebu macam ni try cucuk dengan lidi










Isnin, 3 Oktober 2011

Makan KFC Dengan HotLink Hot Ticket








Salam semua, 
Selamat pagi Isnin yang indah dan selamat berkerja dengan ikhlas, Pagi ni aku nak bercerita pasal makan ayam KFC dengan murah korang tak percaya tak percaya sudah korang ingat lagi dengan entry aku bertajuk Hot Tiket Memang Hot minggu lepas. Ye betul semalam aku pergi tukar 30 keping Hot Tiket terpakai dengan ayam KFC. 30 ketul tu bukan untuk aku sekeluarga tapi untuk ramai orang yang datang ke rumah aku malam tadi saja je jemput mereka semua datang makan KFC sebab hari tu buat Makan-Makan DiRumahKu mereka semua ini penat membantu memasak di rumahku. Alang-alang dah semua ada kat rumah aku pun pergilah tukar tiket tu. 





 
Makan sampai terkumbok sampai 30 ketul ayam KFC itupun ada lebih sedikit masuk dalam peti ais.



Antara yang ada dirumah memasing muka kepenatan sebab baru balik tengok anak Mak Cik Jenab yang bongsu di Sungai Siput [U], Perak sebab sedang menjalani PLKN disana.




 

Khamis, 29 September 2011

Makan-Makan DiRumahKu



Salam semua,
Alhamdulillah hari Ahad lepas aku buat makan-makan sikit kat rumah Mak Cik Jenab sebab ada orang suruh tolong masakkan lemang, Alang-alang dah bakor lemang tu aku pun bakar sekalilah lemang untuk aku sekaligus ajak kawan-kawan tapi tak dapat jemput ramai sebab buat makan-makan ni pun last minit yang tak dijemput tu jangan kecik hati yer. Sejak dari hari Jumaat malam aku sibuk pergi ke Pasar Chow Kit untuk membeli barang untuk memasak sebabnya kami masak sendiri balik dari pasar pun dekat jam 1 pagi. Hari Sabtu pulak pagi-pagi semua kesibukkan kebetulan Mak Cik Jenab ada orang order karipap 400 biji tu yang memasing kelam kabut tu. Hari Sabtu kami cuma masak Lemang dengan rendang daging campur kentang kecil malamnya pula tumis segala macam lauk yang hendak disediakan.


Bakar lemang dekat 35 batang itupun tak cukup untuk dihidangkan.


Rendang daging 8kg + kentang kecil 10kg.


Jering 10kg dah dikopek tinggal ni jer. Mak Cik aku ni pulak sibuk nak tumbuk jering yang telah direbus untuk digulai.


Keluarga dan kawan-kawan kakak aku dari Seremban juga turut hadir.


Keluarga Atan Tuya serta kawan-kawan dari Wangsa Maju juga datang untuk memeriahkan majlis.


Kawan-kawan ditempat aku kerja juga aku jemput.


Cik Lily Putih, Kak Ina KL, Amy Sw33tdarling & Bean Moreno antara bloggers yang hadir itupun aku tak ajak semua sebab tak sempat nak ajak family pun yang aku teringgat jer aku jemput sebab tak sempat.


Alang-alang dah buat makan-makan tu jemput jugak orang surau adakan tahlil untuk arwah-arwah yang telah pergi terlebih dahulu dari kita.




Sorry bukan saja tak nak jemput korang yer.




Selasa, 20 September 2011

Apam Balik Pulut Hitam - SEDAP





Salam semua,
Korang pernah tak makan Apam Balik Pulut Hitam? Sedap wey Apam Balik Pulut Hitam ni. Boleh dikatakan setiap minggu aku makan Apam Balik Pulut Hitam ni. Malam ini insyaAllah aku nak berbuka dengan Apam Balik Pulut Hitam ni. Kalau korang teringin nak rasa Apam Balik Pulut Hitam ni boleh lah ke pasar malam Taman Dato Senu, Sentul setiap hari Selasa malam Rabu korang cari kat area 7-eleven pasti jumpa punya.


Apam Balik Pulut Hitam ni dia letak kelapa, jagung rasanya memang terbaik lah. Malam ni aku nak makan ni lagi.


Selasa, 9 Ogos 2011

Resipi Kuih Tepung Pelita @ Kuih Sampan








Salam hari Selasa yang indah dibulan Ramadhan yang mulia ini. Bila bulan puasa ni macam-macamlah tekak ni nak makan macam-macam. Hari Sabtu lepas aku rajin nak buat kuih tepung pelita ataupun kuih sampan. Kuih ni memang popular kalau bulan puasa. Tak tau cam mana aku boleh rajin pulak buat kuih tepung pelita ni dekat rumah kalau tidak tak akan aku hadap nak buat masak memasak ni. Selalunya dibulan puasa aku akan tolong mak cik aku buat kuih tepung pelita ni dekat rumah dia tapi tahun ini aku buat kat rumah aku mak cik jenab pun terkejut aku nak buat kuih ni. aku buat kuih ni pakai daun pisang baru tradisional sikit lagipun daun pisang menimbun belakang rumah aku ni. Nasiblah kalau habis daun pisang tak ada lemang la raya tahun ni.

Resipi
Lapisan Bawah Kuih (Warna Hijau)

- 2 mangkuk tepung beras
- 2 mangkuk gula pasir (aku kurangkan sikit takut potong kaki)
- 10 mangkuk air
- 6 helai daun pandan campur pewarna sikit (kalau daun pandan banyak takut pahit)


Lapisan Atas Kuih (Warna Putih)

- 8 cawan santan (pati santan + air)
- 8 Sudu tepung beras (aku lebihkan sikit)
- Garam secukup rasa


Cara Membuatnya
Lapisan Bawah Kuih (Warna Hijau)
- Masak semua bahan diatas diatas api perlahan sehingga berkilat dan pekat.
- Tuangkan Batter yang pekat tadi kedalam acuan yang korang buat atau beli
- Taburkan sesudu kecil gula keatas lapisan tersebut.


Lapisan Atas Kuih (Warna Putih)
- Masak semua bahan diatas diatas api perlahan sehingga berkilat dan pekat.
- Tuangkan Batter yang pekat tadi atas lapisan hijau tadi.
- Tunggu sehingga sejuk lepas tu kasi bedal la


** Stanby air panas kalau waktu tengah masak tu batter jadi berketul2 tuangkan air panas tersebut insyaallah kuih tak berketul dan ianya akan menjadi licin.

** Dapat dalam 50biji kuih dengan modal tak sampai RM7 sahaja