Masyuk

Memaparkan catatan dengan label urang awak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label urang awak. Papar semua catatan

Selasa, 26 Oktober 2010

Gempa Mentawai 25 Oktober 2010




Selamat pagi kepada semua kengkawan, Jangan terkejut aku menghapdet blog dipagi hari begini. Kali ini Wilayah Sumatera Barat digoncang lagi dengan gempa bumi. Gempa yang berkuatan sebanyak 7.2 skala ritcher (SR) berpusat di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat pada 25 Oktober 2010 pada jam 9.42malam waktu tempatan. Difahamkan gempa yang dirasakan tidak begitu kuat penduduk Daerah Mukomuko, Bengkulu tetap panik dan terus lari dari rumah masing masing. Pada mulanya amaran Tsunami dikeluarkan tetapi telah ditarik balik oleh Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) 30minit kemudian.


Mulanya aku membaca status yang diupdate Bunda Nismah di Facebook.
Lepas tu terus aku google mengenainya untuk mendapatkan info.


PekanBaru jauh dengan Pulau Mentawai akan tetapi kalau gempa pasti terasa kerana ianya 1 pulau iaitu Pulau Sumatera.


Gempa singkat ini terjadi di kedalaman 10 kilometer di 78 kilometer barat daya Pagai Selatan, Mentawai, atau 174 kilometer Mukomuko, Bengkulu. Gempa tepatnya di 3,61 lintang selatan dan 99,93 bujur timur



p/s - Semoga semuanya selamat dah dilindunggi oleh Allah S.W.T
- Jadi ke aku ke Padang & Bukittinggi, Sumatera Barat lepas Raya Haji ni hajat hati memang nak ke sana pun
- Malam ni aku tak boleh tidur sebab kipas aku memang rosak ikutkan nak pergi beli tadi tapi tak sempat mana boleh tidur dalam kepanasan di temani nyamuk merempit di telingaku.





Isnin, 19 Julai 2010

Taste of Indonesia Fair 2010




Taste of Indonesia Fair 2010 akan diadakan di Alpha Angle, Jaya Jusco, Wangsa Maju pada 20 - 25 July 2010. Bermacam barangan dari Indonesia akan dijual di Taste of Indonesia Fair 2010 tersebut antaranya adalah Barangan Kraftangan, Herba, Barangan Kosmetik, Pakaian terutamanya Batik Indonesia, Makanan dan Minuman dengan harga yang berpatutan.


Rabu, 24 Februari 2010

Teater Muzikal Antara




Hari Jumaat ni public holiday, jadi aku pun cuti gaks ler
oleh sebab coti member aku si DA PA FA sibuk sangat dok ajak tengok
Teater Muzikal Antara
lakonan sapa lagik kalau bukan Si Fahrin Ahmad aku pun layankan jerk
sebab aku memang layan pun tengok teater nih.
Selain Fahrin Ahmad pelakon Teater Muzikal Antara ini juga turut dibintangi oleh
Azizah Mahzan (mak cik Mantop), Nasha Aziz (cun siot), Azhan Hani (sapa dia ni)
dan penyanyinya pulak adalah Jamal Abdillah, Ziana Zain, Hattan, Azlan & The Typewriter, Iqwal dan Wana mystar LG.
Jom layanz teater nih.....