Masyuk

Ahad, 21 Ogos 2016

Kek Butter Menggunakan Periuk Noxxa



Salam semua,
Semalam aku macam terajin sikit nak buat Kek butter disebabkan permintaan dari anak buah aku yang nak makan kek lagi katanya. Resipi kek butter ni memang senang dan sedap rasanya tak berapa manis sangat memang sedang-sedang jer rasanya pastu lembut pulak tu rasanya.



Cara memasak kek dengan menggunakan periuk noxxa ni cuma tekankan butang "steam" sebanyak 25kali lepas tu penutup tu pusingkan kepada "steam" juga tapi bentuk permukaan kek tu memang macam permukaan bulan rasanya.



Walaupun permukaan tak berapa nak cantik tapi sedap dimakan memang sekejapan jer kek ni habis aku pun dapat merasa sepotong jer xper nanti kalau rajin aku buat lagi yer anak-anak.



rupa bentuk kek yang sudah dipotong memang menarik cantik pulak tu (puji kek sendiri masak la pulak) ada aku kesah... eheheheee

Resipi:-
1 buku butter (aku guna farmcow jer)
1 cawan gula halus
4 biji telur
2 cawan tepung gandum - diayak
1 sudu baking powder - diayak
1 sudu esen vanila
1 sudu serbuk koko dan pewarna merah/hijau

Cara-caranya:-
1. pukul butter dan gula sampai kembang
2. masukkan telur satu persatu
3. masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak gunakan speed yang paling perlahan yer 
4. masukkan 1 sudu esen vanila 
5. bahagikan batter kepada 3 bahagian dan warnakan 
6. Masukkan batter kedalam periuk noxxa yang telah dilenserkan dengan majerin mengikut kretiviti korang yer nak corak macam mana
7. steam kan selama 25 minit
8. tunggu sejuk dan keluarkan.

kalau rajin korang buatlah 

0 comments: