Masyuk

Memaparkan catatan dengan label hari raya 1432. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari raya 1432. Papar semua catatan

Khamis, 29 September 2011

Majlis Rumah Terbuka Kampung Puah Lembah, Jln Gombak, KL







Salam semua,
Sabtu dua minggu lepas aku pergi ke Kampung Puah Lembah (KPL), Jln Gombak, Kuala Lumpur sebab disana ada mengadakan Majlis Rumah Terbuka Kampung Puah Lembah. Kalau dah memang asal dari sana setiap aktiviti yang diadakan di KPL aku sekeluarga pasti dijemput dan tak dilupakan. Majlis diadakan secara gotong-royong penduduk Kampung Puah Lembah sendiri tanpa menggunakan khidmat katering yang memang menjadi kebiasaan penduduk di "hutan batu" ini. Semua hidangan yang disajikan adalah hasil "air tangan" penduduk di KPL sendiri dari Lemang, Rendang senang cerita semuanyalah. Ramai juga tetamu yang hadir tidak mengira pangkat, agama, bangsa dan status bak kata PM 1Malaysia la ni.


Antara hidangan dan suasana sewaktu di Majlis Rumah Terbuka Kampung Puah Lembah.


Ketua kampung bergambar bersama penduduk dan tetamu yang hadir.


Semua saling bantu membantu tanpa mengira usia dan jantina.


Mak long kesayanganku juga turut hadir walaupun bertongkat.


Tetamu VIP juga turut hadir di majlis tersebut.


Suasana dan tetamu yang hadir memang sungguh meriah pada hari tersebut.


Sesi berkaraoke lagu raya juga turut diadakan pada hari tersebut.



Banyak pondok-pondok di tepi sungai yang disediakan kepada tetamu.



Untuk pengetahuan semua KPL juga telah dipilih oleh Farawahida untuk membuat klip video lagu Hayati Raya Sejati dan ramai penduduk KPL yang terlibat dengan pembikinan klip video ini.




p/s - Semoga semua aktiviti yang berfaedah seperti ini dapat dikekalkan di KPL.



Ahad, 18 September 2011

Jamuan Hari Raya Di Opis Kami







Selamat hari Selasa semua,
Minggu lepas tempat kerja aku buat sambutan Jamuan Hari Raya secara pot luck sharing is caring meh. Macam aku dengan kengkawan 1 department aku ni cuma bawa air tapi kami bawak sampai 2 jenis air sekali dalam banyak-banyak hidangan air yang kami sediakan juga yang terbaek seh semuanya kehausan sebab agak panas pada hari itu. Kalau dah jamuan hari raya tema pun kenalah hari raya kan kena la support sikit aktiviti yang diadakan kat tempat kerja ni wey baru nampak meriah.


Antara sebahagian makanan yang dihidangkan semuanya sedap-sedap belaka.


Beratur sambil beramah mesra sewaktu mengambil makanan.


Tidak mengira bangsa, agama & pangkat bersama-sama meraikannya dengan gembira.




P/S - Bila nak buat makan-makan lagi save sket duit belanja aku.. heheheee


Rabu, 14 September 2011

Penghantaran Biskut Raya 2011



Salam semua,
Naik basi dah nak cerita benda waktu bulan lepas cam mana aku leh terlepas pandang nak update blog aku pasal penghantaran Biskut Raya kepada semua yang menempahnya pada minggu terakhir puasa lepas. Alhamdulillah tahun ini aku tolong Kak Ina KL jual kukis nya yang memang sedap tu dengan jual biskut yang tiap tahun memang mendapat tempahan yang agak memberansangkan.


Biskut Shortbread yang ni paling ramai order kalau tak silap aku dekat 60 balang jugalah kawan-kawan aku order tahun ini.


2 kotak besar sahaja untuk biskut shoerbread ini.


Tidak ketinggalan Kukis Kak Ina KL yang turut aku jualkan.


Penuh jugalah bawah meja aku dengan biskut raya tahun ini.



Khamis, 8 September 2011

Terima Kad Hari Raya





Salam semua, Tak disangka aku mendapat kad hari raya tadi walaupun sudah 15 hari kita menyambut kemenangan selepas berpuasa selama sebulan (tahun ni tak cukup kot). Walaupun lambat aku terima kad hari raya ini tapi aku berbangga still mendapat kad raya dari seorang Pendididik di Negeri Melaka iaitu Sonata Anak Kancil. Tahun lepas aku ada bagi sikit ole-ole kepada beliau tapi tahun ni aku tak sempat untuk berbuat demikian kerana kesibukkan melanda diriku ini. Minta maaf Kak Sonata Anak Kancil kerana tak dapat nak balas apa-apa pun tapi terima kasih daun keladi sebab sudi bagi kat raya kat saya.



Kepada Heldi alamat terpaksa dikaburkan.



Macam tahu warna kesukaan aku jer kan.


Tarikh dihantar pada 17 Ogos 2011 aku dapat 13 September 2011 hampir sebulan baru aku terima.



Terima Kasih Kak SAK sebab sudi bagi kad raya



http://www.daydeck86.com/2010/07/rezeki-jangan-ditolak-lah.html


Sabtu, 3 September 2011

Persiapan Lebaran 2011






Salam semua, aku nak cerita pasal aktiviti sebelum lebaran 2011 baru baru ini. Hari Isnin cuma aku dengan mak cik jenab jer ada kat rumah lain ada yang pulang ke rumah mentua dan ada yang masih bekerja. Macam biasalah kalau sehari sebelum berhari raya semua orang pasti akan sibuk untuk menyediakan juadah untuk berhari raya. Kerja aku hari itu menyiapkan barang barang untuk memasak lemang manakala mak cik jenab masak rendang tapi dua-dua aku yang jaga coz mak cik jenab tak larat duk depan api yang membara biasalah kami masak guna dapur kayu jer.



Lebih kurang dalam 35 batang lemang aku bakar seorang diri hari itu sila abaikan "props" yang ada didalam gambar tersebut.


Waktu ni dah nak dekat masak dah ni kena hentak - hentak lemang tu kasi padat kalau tak cam masak pulut tanak jer lah bukan lemang jadinya.


Tahun ini masak rendang daging jer memang setiap tahun kami akan masak banyak tahun ini rendang daging kami masak daging 8kg + kentang kecil 2 kilo.


Malam pulak aktiviti memasukkan duit raya kedalam sampul. Alhamdulillah rezeki lebih bagi pun lebih la pulak kalau rezeki kurang bermakna kuranglah duit rayanya.




p/s - gambar ni jer ada itupun ambil menggunakan smartphone blackberry torch 9800.




Khamis, 18 Ogos 2011

Hari Raya Ziarah 2011






Salam semua, Aku pun cam blur gak hasrat hati nak balik ke Bangkinang sempena Hari Raya Puasa Enam nanti. Aku plan nak balik ke Bangkinang naik ferry indomal dari Melaka ke Dumai pada hari Sabtu 3hb September 2011. sampai hari Rabu 7hb September 2011 aku balik la ke sini sebab Pada 5hb September 2011 kat Bangkinang ada lagi satu sambutan hari raya yang dikenali dengan Hari Raya Ziarah tapi macam ada masalah di tempat kerja mungkin aku tak dapat cuti untuk berhari raya ziarah di kampung sangat sedih rasanya.

sebelum ini aku pernah update pasal Hari Raya Ziarah ni

http://www.daydeck86.com/2010/10/hari-raya-ziarah-bangkinang.html





Selasa, 12 Julai 2011

Biskut Raya 2011 Untuk Tempahan




Salam semua, hari ini aku just nak update pasal biskut raya yang aku jual seperti biasa kat dalam blog aku ni aku cuma nak inform tahun ni aku jual biskut raya cam biasa jer.. ehehhehee nak order boleh jer tak nak order pun xper...



Shortbread biskut ni memang mendapat sambutan paling hangat walaupun harganya agak mahal iaitu RM35 untuk 50biji.



Candy Rasberry pun harga RM35 untuk 50biji


Kek Buah Kukus harga RM35 rasa memang sedap tidak dinafikan dan ianya tahan lama.



London Almond RM30 untuk 50biji badam sebiji rangup pulak tu coklat dia banyak.



Biskut Nestum Cornflake RM28 untuk 70biji ini memang biskut kegemaran keluarga aku sejak dari dulu lagi kalau pergi rumah orang lain memang tak sama dengan resipi arwah mak aku.



Tart Nenas harganya pula RM26 untuk 50biji.



Biskut Nestum RM25 = 50biji



Biskut Kelapa RM25 = 50biji


Peanut Crunchy RM25 = 50biji



Biskut Bijan RM25 = 50Biji



Snow Flake RM25 = 50biji






1. Tahniah kepada Anwar Hadi memang 3 award tadi penat aku bersorak dengan Firdaus kat KLPac.

2. Nanti aku update pasal Giveaway yer.





Selasa, 5 Julai 2011

Tempahan Biskut Raya






Salam semua, korang tengok tajuk mesti cakap awalnya aku dah mula membuat tempahan biskut raya. Sebenarnya bukan aku yang dah mula mengambil tempahan biskut raya ni. Aku tengok kat opis aku dah mula orang bawak contoh biskut raya ni tapi cam aku ni jenis malas sedikit tiap-tiap tahun akulah orang terakhir yang bawak contoh biskut raya ni . Setiap tahun memang aku jual biskut ShortBread, Tart Nenas, London Almond, Biskut Bijan, Biskut Nestum, Candy kelapa & Biskut Kelapa sahaja memang ini sahaja yang aku jual dari dulu sampai sekarang selalunya agak memberangsangkan jugalah income yang aku dapat dari jual biskut raya ni. Kalau dari segi rasa pun bukan nak membangga tapi ramai yang cakap biskut yang aku jual ni sedap sampai ada 1 tahun tu aku tak nak jual pun depa buat permintaan nak tak nak dapat jugalah aku bagi duit raya kat budak-budak yang datang kat umah aku.


ShortBread permintaan paling tinggi setiap tahun memang sedap sebab biskut dia buat pakai kacang almond bukan tepung semata.




Sebahagian biskut raya yang aku jual tahun lepas jer kau dapat jual dekat 8 kotak besar.



P/s - Puasa pun belum lagi dah sibuk dengan raya.