Masyuk

Khamis, 7 November 2013

Kenangan Sepanjang Jalan



Salam semua,
Dah lama aku tak mengomel dalam blog picisan aku ni, agak dah lama juga memendam rasa nak update blog picisan aku ni wey, rindu nak berjimba bersama-sama rakan seangkatan dulu terutamanya dengan Geng Tali Barut. Sebenarnya aku bukan tak nak update blog aku ni cuma tak ada cerita yang nak dingomelkan lagi pulak sejak aku dah tukar kerja ni agak sibuk sikit kerjanya kadang-kadang tu sampai hujung minggu pun terpaksa bekerja nak buat macam mana dah itu yang aku pilihkan terima jerlah. 


 Disebabkan aku diserang gout tempoh hari aku sekarang mengamalkan makan Elken Spirulina sebenarnya dulu zaman sekolah menengah dulu aku pernah makan Spirulina ni sebab waktu aku muda remaja dulu memang teruk kena resdung tapi lepas makan Elken Spirulina ni alhamdulillah resdung aku tak seteruk dahulu, InsyaAllah lepas aku makan Elken Spirulina ni mungkin penyakit gout aku ni makin berkurang hendak-Nya. Kalau berminat nak mencuba dah membeli boleh emailkan kat aku yer lagi satu Elken ni ada keluarkan produk kecantikan dan menjual korset untuk kurus kalau korang berminat pun emailkan kat aku nanti aku inform bos tempat aku berkerja ni set appointment dengan korang ye.

Ini juadah aku sewaktu Hari Deepavali tempoh hari biasanya tempat aku berkerja ni memang provide makanan bila ada perayaan. Sampaikan public holiday pun aku kena kerja wey penat memang lah penat tapi apa kan daya masa tak akan berlalu... eh lagu raya plak katako.


Inilah antara kerja aku yang selalu aku buat tapi bukan aku lah ganti benda alah tu aku cuma monitor orang buat kerja dan standby apa yang patutlah kerja tak penat sangat tapi banyak kerja korang paham tak maksud aku lagi pun bukan ini jer kerja aku banyak lagi korang tak payah pikir pasal kerja aku ler.


Tapi ada kalanya datang kerja malam-malam just monitor vendor buat kerja jer dan kerja aku cuma macam tu ler gamaknya sambil silang panggung layan astro kat opis tapi penat gak menunggu orang ni campur bosan lagi.


Macam malam ni aku memang dapat tahu yang opis aku akan blackout jadi terpaksalah aku standby kat opis ni sampai pagi esok takut nanti elektrik tak ok lagi pagi esok mampus aku kena bambu dengan bos aku.



Kepada sesiapa yang merindui aku inilah gambar aku amik semalam tapi ada ke yang rindu dengan budak gomok ni wey, apa-apa jer lah janji korang bahagia.

0 comments: