Masyuk

Memaparkan catatan dengan label Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terengganu. Papar semua catatan

Isnin, 3 Oktober 2011

Restoran MekT Bersama RedMummy



 





Salam semua,
Siang tadi aku dijemput untuk menjamu selera di Restoran MekT yang berlokasi di Bandar Puchong Jaya. Kak Red hantar email kat aku pada 21hb September 2011 bersamaan hari Selasa.  Kepada peminat dengan makanan dari Negeri Terengganu ini aku memang rekemen kepada korang dengan Restoran MekT ini. Memang terasa keaslian makanan dari Negeri Terengganu di Restoran MekT. Aku sememengnya penggemar makanan tengok badanlahkan kalau tak penggemar makanan tak adalah badan aku sebadak cam ni. 



 Laksam, Pulut Cawan, Bihun Mee Goreng, Keropok Lekor dan bermacam lagi antara menu yang dihidangkan untuk kami yang hadir tadi memang sedap menu yang disediakan.



Kak Red yang sibuk menjenguk makanan cukup atau tidak buat kami semua.



Eyriqaz aka Mat Tiger juga ada tadi, makanan kampung dia kan.



Amy Sw33darling pun turut hadir tadi sempatlah kami bergosip tadi , gosip benda baik okeh.



Pose dari Rose GBM, Kak Red kat blakang tu tengah bermanja dengan abang.



Antara blogger's yang hadir dan yang paling gembira mendapat makanan dari negeri sendiri adalah Eyriqaz aka Mat Tiger.



Aksi-aksi manja dari Jutawan yang tak sombong dan ramah.








Aksi-aksi sebelum pulang menuju ke destinasi masing-masing.



Kalau korang berminat untuk makan di Restoran MekT ini boleh lah lawat laman web ini http://mekt.com.my/ atau terus ke Restoran MekT ini dialamat dibawah ini. 



127, Jalan Kenari 23A,
Bandar Puchong Jaya,
47100 Puchong,
Selangor
Tel: 603-8071 5707


Business Hours:

Tue - Sun: 11.00am - 9.00pm
Public Holiday: 9.30am - 9.00pm
Closed on Monday




 Terima kasih MekT dan RedMummy sebab sudi jemput ke majlis makan-makan cam ni.



Selasa, 13 September 2011

Ke Dungun, Terengganu - Al Fatihah



Salam semua, Hari Sabtu lepas aku pergi ke Terengganu, Bukan pergi berjalan jalan tapi pergi menziarah keluarga datuk saudara Cik Nieza yang meninggal dunia di Dungun, Terengganu pada hari Jumaat dan selamat dikebumikan pada malam itu juga. Aku, Cik Nieza & Mak Cik Jenab pergi 3 orang sahaja menaiki bas Tranasional dari Greenwood, Gombak ke Dungun, Terengganu. Disebabkan cuma itu sahaja pak cik kepada Mak Cik Jenab yang ada tapi kini telah pergi menghadap Sang Pencipta yang satu kami pun pergilah melawat keluarga beliau walaupun kami tak dapat untuk menatap buat kalu terakhir allahyarham cuma dapat melawat kubunya sahaja disana. Di dalam perjalanan Mak Cik Jenab tak henti-henti nangis kerana kesedihan di atas pemergian Allahyarham.



Check in di tepi pantai selepas sampai disana nak ke kubur takut tak sempat sebab kami nak bekejar ke surau berhampiran kerana Majlis Tahlil diadakan di Surau sahaja.


Sesudah selesai membaca Surah Yassin di tanah perkuburan Nenek Siah meluahkan perasaan kepada Mak Cik Jenab yang berbaju kurung hitam. Waktu ni semua sedih menitik air mata sorang-sorang aku tetap kental ok.



Selepas selesai segala mala dikubur kami terus ke Pasar Besar Dungun, Rambang mata Mak Cik Jenab melihat makanan laut yang segar dan murah disana sotong cuma RM8 sekilo kalau kat Kuala Lumpur ni tak dapat aku rasa. Kami makan nasi dagang 5 orang cuma RM16 murah gila siot.




p/s - Al Fatihah kepada Allahyarham, Salam Takziah kepada keluarga pelakon Safura yang popular dengan lagu sedalam mana cintamu kerana anak beliau telah kembali kerahmatullah petang semalam.





Khamis, 21 Oktober 2010

Takziah Kepada Eyriqazz a.k.a GTO



Salam Takziah diucapkan kepada Eyriqazz diatas pemergian ayahda tercintanya ke rahmatullah hari ini. Aku perasan yang Eyriqazz ada update status di twitter beliau pada hari ini lantas terus aku sms kepada Eyriqazz menanyakan hal sebenar tapi sampai sekarang masih belum dibalasnya mungkin kerana beliau sedang dalam perjalanan untuk pulang ke kampungnya di Terengganu. Diharapkan beliau, Isteri dan anaknya selamat pulang dan selamat kembali dari kampung nanti. Semoga Eyriqazz dan keluarganya juga tabah dan redha dengan ketentuan ilahi yang telah ditetapkan oleh-Nya. Dari Allah S.w.t. kita datang dan kepada Allah S.w.t. jugalah kita kembali.

Selasa, 18 Mei 2010

Pulau Redang, Terengganu




Setelah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi walaupun tak berapa nak tinggi kami sekumpulan telah bersepakat untuk merehatkan fizikal dan minda kami di Pulau Redang, Terengganu pada 13hb hingga 15hb May 2010 yang lepas. Walaupun sebelum ini kamu sudah pernah ke Pulau Redang tetapi hati kami tetap memberontak untuk menuju ke pulau itu lagi. Oleh kerana pulau tersebut sangatlah damai dan tenteram membuatkan hati kami terpaut dengan pulau tersebut. kalau tak percaya tengok lah gambar yang aku amik kat bawah nih.

Kitaorang tak stay kat Laguna Resort ni, we all just stay kat budget challet jerk. kitaorang cuma stay dekat Lagoon Resort, Pulau Redang yang pakejnya cuma RM300 seorang untuk booking sila telefon En. Fahmy ditalian 0193877924.

Sewaktu Snorkling untuk melepaskan rindu pada ikan-ikan di dasar laut yang terbentang luas

Aktiviti pembakaran terbuka untuk mengenyangkan perut setiap insan yang datang.

Antara pemandangan indah yang sempat aku amik dari lensa ku.

Jumaat, 14 Mei 2010

Pulau Redang, Terengganu




Saja aku nak update blog aku malam ni, nak kasi bakar line
gambar atas dekat Laguna, Redang aku amik pic ni waktu g snorkling
tadik. malam ni baru lepas BBQ esok pepagi dah berangkat ke KT
(Kuala Terengganu la bukan Kueh Tart)
esok bas gerak ke KL jam 1.00 tengah hari dekat 4jam
gak la aku melepak kat Pasar Payang tuh esok.
nak jumpa call aku kalau xda no aku mintak kat member blogger lain.