Masyuk

Memaparkan catatan dengan label takziah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label takziah. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Januari 2011

Faizal Yusof Meninggal Dunia




Al-fatihah
Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya jualah kita kembali.
Hari ini Industri Seni kita telah kehilangan seorang insan seni yang cukup berbakat. Beliau adalah Mohd Faizal Mohd Yusup iaitu bekas suami kepada Siti Nurdiana. Sebenarnya keluarga mak cik Jenab memang kenal dengan family Faizal Yusof ini sejak dulu lagi kerana family Allahyarham pernah menetap dia area rumah mak cik jenab ni waktu tu aku belum duduk dengan mak cik jenab lagi tapi esok pagi mak cik jenab ajak aku pergi melawat allahyarham. anak makcik jenab cakap baru hari selasa beliau bermain bola sepak dengan allahyarham di padang Taman Dato Senu. Allahyarham yang popular dengan watak Dani didalam drama Adamaya meninggal kerana serangan jantung dan disahkan meninggal dunia pada jam 2.35 petang tadi dan akan dikebumikan ditanah perkuburan islam Kampung Batu Muda, Batu Caves pada jam 10 pagi.




p/s - mati tak kenal usia sekarang ni.

Khamis, 21 Oktober 2010

Takziah Kepada Eyriqazz a.k.a GTO



Salam Takziah diucapkan kepada Eyriqazz diatas pemergian ayahda tercintanya ke rahmatullah hari ini. Aku perasan yang Eyriqazz ada update status di twitter beliau pada hari ini lantas terus aku sms kepada Eyriqazz menanyakan hal sebenar tapi sampai sekarang masih belum dibalasnya mungkin kerana beliau sedang dalam perjalanan untuk pulang ke kampungnya di Terengganu. Diharapkan beliau, Isteri dan anaknya selamat pulang dan selamat kembali dari kampung nanti. Semoga Eyriqazz dan keluarganya juga tabah dan redha dengan ketentuan ilahi yang telah ditetapkan oleh-Nya. Dari Allah S.w.t. kita datang dan kepada Allah S.w.t. jugalah kita kembali.

Jumaat, 17 September 2010

M. Rajoli Meninggal Dunia



Gambar dari blog Beutifulnara


Mendapat berita mengatakan bahawa pelakon veteran M. Rajoli yang selama ini sakit telah kembali kerahmahtullah pada jam 10.45 malam tadi (17hb September 2010). Allahyarham seorang pelakon veteran yang masih berlakon sehingga sebelum Allahyarham sakit kanser kelenjar otak sejak beberapa tahun yang lalu. Jenazah Allahyarham dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur selepas Zuhur 18hb September 2010 (Sabtu).
Al- Fatihah dan salam takziah kepada keluarga Allahyarham M.Rajoli.





p/s - Hilangnya lagi satu permata didalam dunia seni Malaysia.

Ahad, 12 September 2010

Mayat Datuk Sosilawati Lawiya Mati Dibakar?




Betul ker ataupun ini semua propa semata dari orang yang tak ada otak.
Aku terbaca kat blog si Chearmster mengatakan yang menyatakan bahawa terdapat penemuan 4 mayat rentung dan salah seorangnya adalah Datuk Sosilawati Lawiya iaitu seorang jutawan kosmetik terkemuka di negara kita ini. Penemuan mayat tersebut dijumpai di Ladang Kelapa Sawit di Morib. 6 orang suspek juga telah ditahan untuk siasatan
Ada sesiapa yang dapat memastikan cerita ini adalah benar dan sahih, Kalau betul sila kongsi maklumat ini.


p/s - kalau betul salam takziah aku ucapkan kepada keluarga beliau
- Kalau salah beribu ampun dan maaf aku pohonkan.



Isnin, 9 Ogos 2010

Seniwati Mariam Baharom Meninggal Dunia?







Terkejut pagi ni dapat info dari member opis aku dalam Twitter mengatakan bahawa Seniwati Mariam Baharom meninggal dunia subuh ini di Singapura.
Seniwati Mariam Baharom pernah membintangi filem Abu Hassan Penchuri pada tahun 1955.
Penyanyi yang popular dengan lagu Gadis dan Bunga Rahimah Rahim adalah anak kepada Seniwati Mariam Baharom bersama En. Rahim Hamid yang digelar Nat King Cole Singapura.
Allahyarham Bat Latiff juga adalah anak Seniwati Mariam Baharom.
Seniwati Mariam Baharom juga adalah kakak kepada allahyarhamah Seniwati Saadiah dan ibu saudara kepada Fauziah Ahmad Daud. Kalau betul apa yang aku dapat tahu bahawa Seniwati Mariam Baharom meninggal dunia takziah aku ucapkan kepada keluarga beliau,
Semoga Dicucuri rahmat ke atas beliau. Kalau salah info yang aku dapat mohon maaf kepada beliau dan keluarga beliau.


Rabu, 30 Jun 2010

Salam Takziah Kepada Cik Intan



Al- Fatihah
Salam takziah dari saya untuk keluarga Cik Intan diatas pemergian ibunda tercinta kepada Sang Pencipta yang Maha Esa Allah S.W.T.
Semoga ibunda Cik Intan akan tergolong dikalangan orang orang yang beriman hendak-Nya dan semoga Cik Intan dan keluarga tabah menerima ketentuan dari Allah S.W.T.
Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya jua lah kita kembali.

Isnin, 22 Mac 2010

Takziah Yanie Mentor



Gambar diculik dari Beutifulnara


Sementara menunggu jenazah anak jiran aku di post mortem
aku sempat balik rumah untuk check email & etc
waktu singgah di blog Beutifulnara aku sempat
terbaca post mengenai Yanie pemenang tempat
ketiga mentor telah kembali kerahmatullah
pagi ini kerana ketumbuhan di paru parunya
setelah hampir empat bulan menderita penyakit ini
salam takziah diucapkan kepada keluarga beliau
semoga allahyarhamah dicucuri rahmat hendak-Nya
amin