Masyuk

Memaparkan catatan dengan label kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kedah. Papar semua catatan

Rabu, 26 Oktober 2011

My Happiest Moment










Salam semua,
Korang semua pasti ada saat gembira dalam hidup korangkan, Aku juga ada juga kenangan manis dalam hidup aku tipulah kalau seorang manusia normal yang cakap mereka tak ada langsung kenangan manis dalah hidupkan. Menjadi kebiasaan Kenangang manis akan sentiasa diabadikan didalam gambar supaya dapat menjadi kenang-kenangan dimasa hadapan nanti dan boleh dikongsi dengan kaum keluarga dan teman-teman. 




Salah satu saat gembira yang dapat aku rasakan adalah waktu aku, Cik Nieza, Mak Cik Jenab & Pak cik Abu bercuti di Pulau Lagenda iaitu Pulau Langkawi yang terkenal dengan Lagenda Mahsuri suatu ketika dahulu. Sebelum ini aku dengan Cik Nieza memang jarang keluar bersama-sama aku lebih suka terperap dirumah jer kalau keluar pun Mak Cik Jenab & Pak Cik Abu ikut sekali yer bukan suka-suka keluar dating berdua. 





My Happiest Moment dengan Cik Nieza sewaktu di Gunung Mat Cincang, Pulau Langkawi awal tahun yang lepas. 




 
 Bukti aku gembira sampaikan aku berani untuk melompat diatas Jambatan Gantung di Gunung Mat Cincang tersebut walaupun aku ni seorang yang gayat.






Entry ini adalah untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Pihak Olympus bersama NuffnangMY pelbagai hadiah yang menarik mereka tawarkan kepada para blogger yang menyertainya. Antara hadiah yang mereka tawarkan adalah seperti berikut :-

 


1st prize – Olympus PEN Lite E-PL3 Kit
PEN-Lite-E-PL3



2nd Prize – Olympus PEN mini E-PM1 Kit
PEN-mini-E-PM1

 

3rd – 5th Prize – Olympus PEN Leather carry-all bag
Olympus PEN Leather carry-all bag




Menarikkan hadiah yang ditawarkan untuk pengetahuan korang semua tarikh tutup penyertaan adalah pada 11.59 pm, 12 November 2011 (Sabtu)








Isnin, 7 Februari 2011

Gunung Mat Cincang, Pulau Langkawi, Kedah






Salam dan apa khabar semua, Setelah empat hari baru hari ini aku sempat nak sambung update blog picisan aku ini. Biasalah aku kalau update pasal aku pergi jalan paling kurang pun aku update 3 entry. Sambung cerita pasal Pulau Langkawi balik yer. Hari ke-dua kat Langkawi kami cuma pergi ke tempay yang banyak kapal aku tak ingat plak nama tempatnya, lepas tu kami gerak pergi ke Gunung Mat Cincang.


Antara kapal layar yang terdapat disitu


Model tak berbayar sedang di "BOKEH"


Cable Car menuju ke Gunung Mat Cincang.


Memula semua agak gembira nak naik Cable Car.

Sebelum sampai ke Stesen terakhir.


Antara pemandangan indah yang sempat aku amik.


Amik ko kat atas ni pun aku nak melompat jugak.


Memasing kecut perut waktu nak turun dari Gunung Mat Cincang.


Sewaktu di kawasan Beras Terbakar.


Cuma ini sahaja yang tinggal.







Rabu, 2 Februari 2011

Dataran Lang, Pulau Langkawi, Kedah




Selepas habis melawat Makam Mahsuri kami semua terus bergerak ke Dataran Lang. Dataran Lang ni terletak berhampiran dengan Jeti Pulau Langkawi. Dataran Lang ini menjadi salah satu simbol bagi Pulau Langkawi kerana terdapat monumen Burung Helang yang besar sebagai burung yang begitu sinonim dengan Pulau Lagenda ini.


Ajan sewaktu menunggu hendak ke Dataran Lang.


Pintu Gerbang Dataran Lang, Kalau korang perasan ada nampak burung helang kat gambar tersebut.


Dah sampai kat Pulau Langkawi haruslah bergambar dekat monumen burung helang ni kalau tidak tak payah la ke Pulau Langkawi tu.


Selepas itu sementara menanti waktu azan Maghrib kami semua menunggu di tepi pantai sempat jugalah aku snap pic ni menarik pulak aku tengok gambar ni.




p/s - ada lagi sambungan ekkk







Selasa, 1 Februari 2011

Makam Mahsuri, Pulau Langkawi, Kedah






Salam semua, Penutup bulan January 2011 aku pergi berjalan ke Pulau Lagenda, Pulau Langkawi sebab aku tak pernah ke sana langsung sebelum ini. Bagi aku Pulau Langkawi ni cam bbiasa jer tak da lah menarik sangat tapi bagi mak cik2 memang suka la kalau ke Pulau Langkawi ni terutamanya kalau ke Idaman Suri ataupun ke Hj Ismail Group untuk membeli pinggan mangkuk yang murah la juga. Trip kali ini seramai 14 orang termasuk mak-cik2 yer bukan rakan sebaya aku. ahahhahaa
Kami gerak hari Khamis malam Jumaat (malam sunat orang yang dah kahwin) dari Terminal Bas Bukit Jalil menuju ke Terminal Bas Kuala Perlis yang mengambil masa hampir 8jam perjalanan.


Sampai jer berehat sebentar dekat Homestay yang disewa iaitu Homestay Rabiatul Adawiyah di area Ulu Melaka.


Biasalah model tak berbayar aku hendak bergambar aku turutkan aja.


Mahsuri Binti Pandak Mayah itulah nama diberi dan menjadi bualan sehingga kini.


Perkampungan Kedah.


Rumah Mahsuri yang terletak di daerah Ulu Melaka, Pulau Langkawi, Kedah


Model tak berbayar lagi Mak Cik Jenab & Aniza bergambar didalam rumah Mahsuri.


Ala-ala gadis melayu menanti bakal suami di depan jendela rumah.


Mengintai dari tirai kamar dah cam tajuk lagu siot.



Tangga-tangga ke pintu bahagia, tajuk lagu lagi tu wey.


Ni gambar candid Cik Nieza ngan Mak Cik Jenab jer.



Ini adalah Telaga Mahsuri yang terletak di perkarangan Rumah Mahsuri berlatar belakangkan sawah bendang yang terbentang luas.

Beduk kot benda ni kalau tak silap aku ler.



Waktu ni dah nak gerak pergi tempat lain pulak.


Tanda mengenai Makam Mahsuri yang terletak diluar kawasan tersebut.




p/s - sambungan mesti ada punya.