Masyuk

Memaparkan catatan dengan label celcom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label celcom. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Oktober 2010

Aku Mahu Blackberry Torch 9800



Salam 1 Malaysia semua, Korang kompem perasankan dekat laman sesawang Nuffnang mengenai pakej terbaru dari Celcom iaitu Blackberry Torch 9800 terutamanya yang telah mendaftar dengan Nuffnang tak kira apa status korang sama ada Non Glitterati, Gliterati ataupun Glittarati Plus itulah antara kelebihan Nuffnang berikan kepada para blogger's.

Lain padang lain belalang, Lain orang lain pandangan pepatah-petitih melayu sudah termaktub sebegitu rupa. Seperti aku memang aku suka dan selesa memakai Blackberry sekarang pun aku memang pakai Blackberry Curve 8250 tapi sekarang aku tak nak mengomel pasal Blackberry Curve 8250 yang aku pakai tetapi aku nak mengomel pasal Blackberry Torch 9800 pakej terbaru dari Celcom. Ada orang cakap pakai lah telefon bimbit itu lah telefon bimbit inilah tapi aku tetap setia pada yang satu iaitu Blackberry sebabnya ramai juga rakan-rakan seperjuangan aku memakai Blackberry.

Mula-mula aku nak cerita mengenai Blackberry Torch 9800 selepas itu baru aku cerita mengenai Celcom Blackberry Plan dalam blog picisan aku ni yer.


Blackberry Torch 9800 ni adalah keluaran terbaru dari syarikat Blackberry yang tak asing dimuka bumi ini. Blackberry Torch 9800 ini adalah 1 smartphone hadir dengan keybord Blackberry dan dengan skrin sesentuh sebesar 3.2 inci, Antara kelebihan lain Blackberry Torch 9800 ini adalah seperti berikut:-


Dengan adanya Blackberry Torch 9800 ini kita semua boleh mengemas kini semua rangkaian sosial yang memang popular di seluruh dunia antaranya adalah Facebook, Twitter, Myspace, Flickr, dan banyak lagi secara mudah serta dimana jua kita berada tak kira masa.


Blackberry Torch 9800 ini juga boleh menggunakan kad memori sehingga 32 gig ini bermakna kita boleh menyimpan pelbagai data didalam Blackberry Torch 9800 anda tak kira apa jua sekali data yang ingin anda simpan seperti gambar, muzik, video serta pelbagai lagi.


Aplikasi kamera untuk Blackberry Torch 9800 ini pula dibina dengan 5MPkualitinya memang mengujakan kepada aku kerana aku memang sukakan telefon bimbit yang mempunyai aplikasi camera yang kualiti gambar terbaik. Selain itu kamera Blackberry Torch 9800 ini datang dengan built in flash ini bermakna kualiti gambar akan menjadi baik disertai pula dengan 11 mode imej bagi memudahkan kita mengambil gambar secara spontan.


Multi-tasks ini bermakna kita boleh membuka lebih dari satu halaman dengan tab browsing serta kita boleh "bookmark" halaman yang kita suka ini bagi memudahkan untuk kita memilih dan membuka halaman yang kita minati.





Kalau nak cerita pasal Blackberry Torch 9800 ni memang sampai bila pun payah nak abis kerana banyak sangat kelebihannya, sekarang aku nak mengomel mengenai Celcom Exec 50 yang sedang hangat diperkatakan




Antara kelebihan Celcom Exec 50 pula adalah :-
  • Diskaun outomatik melebihi 30% setiap bulan
  • Kadar panggilan cuma 15sen untuk semua rangkaian telekomunikasi
  • Komitmen bulanan serendah RM50
  • Percuma Celcom broadband basic plan selama sebulan dengan kelajuan sehingga 384 Kbps.

Pada 29hb Oktober 2010 ini Celcom akan melancarkan 1 plan yang terbaru iaitu Celcom Exec 50 ini bermakna apabila Celcom Exec 50 digabungkan dengan Blackberry Torch 9800 ianya adalah satu gabungan yang agak hebat kerana Blackberry Torch 9800 sememangnya smartphone yang canggih disatukan pula dengan plan yang menjimatkan.




p/s - nantikan berita sedih blackberry curve 8520 milik aku di entry berikutnya.

Sabtu, 6 Mac 2010

Terima Kasih Celcom



Pagi ni aku nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada CELCOM kerana telah memberi hadiah yang amat bermakna dalam hidupku dan aku teramatlah suka dengan hadiah yang engkau berikan kepada pelangganmu yang setia ini. Terima Kasih lagi sekali
:):):)


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



demmit cam haramkan setiap kali kalu nak online benda alah ni jer yang senantiasa mempamerkan dirinya yang sangat dibenci oleh semua orang
:(:(:(




Isnin, 1 Mac 2010

Blogger Gathering Paintball - Part 3





Inilah antara peralatan peralatan untuk mempaintballkan diri yer
yang ada facemask, lepas tu macam botol air tuh tabung gas aku tak henggat namanya
lepas tuh ada tempat menyimpan bullet la kalau korang nak
blajor sampai khatam ko pergi la belek blog Kak Tasha
bukan belek Kak Tasha yer mampuih kena sula dengan hubbynya
aahahahhahahhahahaha


inilah bro dia mengajar keselamatan & cara cara nak bermain
main paintball la bukan main lain arr.

eyriqazz dengan bersemangat mendengar kata kata nasihat
dari bro sebelum membiarkan diri ditembak oleh pengganas negara
ahahahhahahaa

ni plak bro Jai yang baru siap dengan business card nye
masih segar dari ladang.

dalam gambar ni aku cuma kenal dengan eyriqazz
yang lain tak kenal la pulak kalau korang singgah sini
jangan lupa perkenalkan diri lagik sekali yerk
kalau korang sudi singgah la.
ehehehehhe

Pejuang pejuang negara bersiap sedia untuk menentang penjajah negara
ehehheheheheehea

aksi kecuakkan dari salah seorang blogger.
eheheheheheee

abang baju hijau amik la gambar Rina saleh banyak banyak yer.
mungkin itu yang diperkatakan oleh Melz kepada Abang baju hijau.

Pasangan sehati berdansa yang tak berenggang macam belangkas
masak kicap. eehhehhe
kepada akak & abang jangan la dok diam berdua jer
kita meriah meriahkan jer majlis kita
katapun gather together...ehehehehehehee

Melz mengatur strategi untuk menyerang pihak lawan.
caiyok caiyok....
belum berperang lagik dah bau baju yang masham ke bro
ihihihihihhihiihhiiihhiii

Semuanya memang bersemangat terutamanya si Pojiepooh

Cuba teka siapa gerangan yang bertopeng ini ya??

Bersambung lagi yerk.

Khamis, 25 Februari 2010

BlackBerry® Storm™ 9520





Hajat hati nak gengam BlackBerry® Storm™ 9520
apakan daya poketku dah kopak.
Mana tau ada rezeki dari Nuffnang kalau nak bagi aku gengam
BlackBerry® Storm™ 9520
yang dah lama aku idam idamkan sejak ianya mulai release di pasaran hangat.

Korang rasa kenapa aku suka amat dengan
BlackBerry® Storm™ 9520 ni.
untuk pengetahuan korang hidup aku tak bermakna kalau tanpa internet
aku merasakan diriku amat kosong tatkala tiada internet dalam hidupku
terutamanya sewaktu bekerja.
Bukan itu sahaja dengan aplikasi aplikasi yang ada pada
BlackBerry® Storm™ 9520 ini
membuatkan hatiku amat teruja untuk mencuba nasib dengan pertandingan yang
dianjurkan oleh pihak
Nuffnang ni.



Korang bayangkan dengan ada nya BlackBerry® Storm™ 9520 maka semua akan
dapat mengakses email mesej pada waktu yang sama.

selain itu kameranya dengan 3.2 megapixcel membolehkan kita untuk mengambil gambar dan terus update
di blog kita, korang bayangkan menarik kan.

lepas tuh skrin yang besar menyenangkan kita untuk melihat paparan di skrin
BlackBerry® Storm™ 9520

terutamanya untuk orang yang rabun macam aku.

Dengan akses wifi kita juga boleh berjimat dan memudahkan kita untuk melayari internet
dimana jua kita berada serta tak perlu membawa pelbagai kelengkapan internet
yang lain seperti Modem etc.

kalau kita nak download aplikasi
BlackBerry® Storm™ 9520
kita juga tak perlu membazir
kerana kita boleh download secara percuma aja. menarik bukan.

dan yang paling penting aku cuma pakai handphone jenama CSL saja
aku bukan tak bangga dengan barangan buatan Malaysia tapi bayangkan lah
hp yang aku baru beli tuh skrin nya dah rosak bukan aku jer hampir semua pelanggan
CSL membuat aduan yang sama. (bukan nak boikot barangan buatan Malaysia ye)

sebenarnya banyak benda yang bagus dan menarik tentang BlackBerry® Storm™ 9520 ni.
kalau nak dihuraikan memang panjang lebar tak cukup muka surat nak menceritakan
kemantapan
BlackBerry® Storm™ 9520 dan aku rasa lebih baik korang
klik kat sini untuk mendapat info lebih lanjut.



Mengapa CELCOM menjadi pilihan dan pasangan yang serasi buat
BlackBerry® Storm™ 9520?

Jawapan aku
1. kerana pada aku CELCOM memang bagus sebab
CELCOM sentiasa menitikberatkan
kepuasan pelanggannya macam aku pada mula nya agak bosan dengan jalur internet
yang aku langgani dari
CELCOM sehinggakan aku pernah menggelarkan BROADBAND CELCOM kepada
BERUKBAN CELAKACOM tapi setelah beberapa kali membuat aduan kepada pihak
CELCOM
masalah aku menjadi lebih teratur dan senang aku rasa CELCOM
senantiasa mempraktikkan tagline "Customer Always Right" dan tiada lagi ungkapan
BERUKBAN CELAKACOM dibibirku ini lagi.

2. Lagi satu
CELCOM menjadi pilihan pasangan yang serasi buat
BlackBerry® Storm™ 9520

kerana pelanggan tidak dikenakan sebarang charge bayaran untuk menelefon
Pembantu Perkhidmatan Pelangan (bukan GRO la) ataupuan Customer Service Officer.

3. CELCOM juga tidak lokek memberi bonus ataupun ganjaran kepada pelanggan nya
kalau tak percaya cuba korang tanya orang yang pakai line
CELCOM .

4.
CELCOM juga "mesra rakyat" sebab semua info yang kita kehendaki
mengenai celcom semua ada dilaman web nya iaitu
http://www.celcom.com.my
begitu mudah untuk kita semua mendapatkan info
semuanya dihujung jari & sepantas kilat.



p/s - semoga aku masih berkesempatan untuk menjointkan diri dengan pertandingan ini, kerana aku tak perasan
dateline pertandingan ini.