Masyuk

Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Rabu, 5 Oktober 2011

Apa Yang Dicari









Salam semua,
Apa yang dicari dalam blog picisan aku dalam minggu ini. 

1. Abby Abadi masuk wad / hospital.
 - kalau gosip artis ni memang ramai yang gemar nak tau cerita terbaru dan hangat. Itupun selepas aku buat entry pada hari Selasa lepas bertajuk Abby Abadi Masuk Hospital itupun selepas mendapat info dari Jejai.




2. 125zr untuk dijual.
 - Motor yang hendak dijual tu pun dah dijual entry bertahun sejak dari tahun 2010 lagi sedara aku nak jual motor tu aku pun tolong promote kat blog aku ni jer motor waktu tu memang cantik lagi kalau nak tengok dekat entry Motor Yamaha 125zr untuk dijual.  




3. Kg. Puah Lembah
 -  Kg. Puah Lembah ini adalah tempat aku membesar boleh dikatakan sejak turun temurun memang keluarga aku membesar di sini tapi yang peliknya selepas aku tweet kat PM Dato Seri Najib untuk budget akan datang ini pasal "jadikan Kg Puah Lembah sebagai hub kebudayaan di hutan batu ini" makin ramai yang google Kg. Puah Lembah ni adakah PM Dato Seri Najib akan membuat sesuatu ke atas Kg. Puah Lembah untuk Budget akan datang ini. 




4. Ella
  - Agak lama awek aku ni mendiamkan diri didalam dunia seni ini kemanakah Ella yang memang aku suka nyanyian dan kegedikan beliau sewaktu di Konsert Ella di Istana Budaya satu masa dahulu.




5. Apam Polka Dot
 -  Sudah menjadi trend dimasa kini orang jadikan Apam Polka Dot ini sebagai hantaran dan dijadi hidangan untuk para tetamu ketika meraikan sesuatu majlis kerana kosnya agak murah dari Muffin. 




6. Majlis Berendoi
 - Adalah sebuah majlis bagi meraikan bayi yang baru lahir didalam berendoi lebih kepada memuji dan berselawat diatas Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W. dan ianya dimulakan dengan Marhaban. Kalau berminat untuk menempah pelamin berendoi bolehlah korang lawat Stazurin ini.




7. Jari Intanku
 - Jari Intanku adalah seorang blogger yang terkenal selalu masuk tv dan majalah antaranya adalah Wanita Hari Ini. Seorang yang sangat gilakan dengan dekorasi yang bertemakan English Stail ataupun ESDG (English Style Decoration Group). Merupakan salah seorang jiran keluarga aku di Wangsa Maju kawan kepada arwah emak akulah.





8. Dondang Sayang
 - Dondang sayang adalah satu seni budaya yang masih kekal di Negeri Melaka, Singapura & Pulau Pinang, kebanyakkan yang masih mengekalkan budaya ini adalah golongan Baba & Nyonya ataupun peranakkan. Pak Abas Katan, Nyonya Tan Abdullah, Nona Asiah adalah antara tokoh Dondang Sayang yang masih mempertahankan seni budaya ini.






Rabu, 29 Disember 2010

Piala Suzuki AFF 2010



Pasukan Harimau Malaya sememangnya hebat kalau tak hebat cam mana mereka boleh menang pada perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Bukit Jalil sebelum ini wey malah artis dari Indonesia juga iaitu Syarini yang pernah digosipkan dengan Anang Hermasyah juga mengakui bahawa Pasukan Harimau Malaya hebat kalau korang tak percaya klik kat SINI. Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia. Malam ini jam 7.30 malam Pasukan Malaysia sekali lagi akan bertemu dengan Pasukan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. Semoga Malaysia berjaya meraih kejayaan sekali lagi walaupun bukan di "rumah sendiri". Sekarang ni semua orang duk sibuk memperkatakan tentang Penjaga Gol Harimau Malaya kita tak lain tak bukan kalau bukan Khairul Fahmi Che Mat. Rakyat Malaysia pasti bangga dengan kejayaan yang yang diraih tapi sekiranya Pasukan Malaysia tewas malam ini jangan dicaci dan dimaki pasukan kita biasalah adat permainan ada menang dan ada yang kalah.



p/s - Sejak bila aku minat tengok bola ni wey.... ahahahahhaa

Rabu, 11 Ogos 2010

Solat Sunat Tarawih & Solat Sunat Witir



Cuma sekadar untuk ingat mengingati antara kita semua sekira ada yang lupa dengan cara untuk bersolat Tarawih dan sembayang sunat witir.
Kebiasaanya aku buat Solat Tarawih ni 20 rakaat beserta 1 rakaat Solat Sunat Witir.



Solat Tarawih berserta Niatnya sekali

Solat Witir berserta Niatnya sekali

Selasa, 10 Ogos 2010

Jadual Berbuka Puasa 2010 & Tarikh Melihat Anak Bulan 1431h




Pejam celik, Pejam celik dah dekat setahun masa berlalu agak singkat jugak la dan tak terasa satu tahun telah berlalu kini ianya datang kembali.
Puasa tahun ni aku cam biasa jer tak der la nak lebih-lebih selalunya dua minggu sebelum puasa dah pergi tempah baju melayu tapi tahun ni aku cam malas jer nak tempah baju melayu bukan apa dah banyak sangat baju melayu dalam gobok aku tu tapi pakainya tak selalu cuma Hari Raya Puasa, Hari Raya Ziarah (itupun kalau ikut mak cik aku balik ke Bangkinang), Hari Raya Haji, Menziarah Orang Meninggal Dunia & Kenduri Tahlil (itupun jarang pakai). kalau tak haram nak pakai baju melayu bukan apa cuma sayang nak pakai jer tempah mahal mahal pastu jahanam cam tu jer.

Ok ler sebenarnya aku nak update pasal Jadual Imsak dan Waktu Berbuka Puasa 2010 bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.
Ingat yer dibulan yang mulia ni sila ikut Jadual waktu berbuka puasa yang betul jangan suka hati jer nak berbuka puasa jam 12 tengah hari kalau rasa nak naik Kereta Jenazah keliling Kolumpo boleh la try berbuka puasa jam 12 tengah hari tu.

Petang ni hari Selasa, 10 Ogos 2010 bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah adalah tarikh melihat "Anak Bulan" bagi bulan Ramadhan di kawasan kawasan berikut :-


Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


Selatan Tanahair
Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor)


Utara Tanahair
Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).


Pantai Timur
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan). Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).


Sabah & Sarawak
Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah. Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan)



Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen, menurut kenyataan itu


Dikesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan yang pernah jumpa mahupun tidak tak kira dimana berada.
Selain itu aku nak memohon kemaafan kepada semua rakan-rakan sekiranya ada yang terkurang dari aku tak kiralah kurang ajar ker, kurang asam ker, apa segala jenis kurang ler. Semoga Ibadah kita semua diterima oleh Allah s.w.t. dan diberkati hendak-Nya.




Jumaat, 23 Julai 2010

Jangan Tiru Bulat-Bulat




Sememang nyer dalam minggu ni aku agak jarang menghapdet blog picisan aku nih dek kerana ketidak stabilan kesihatan terhadap diri aku nih.Oleh sebab itu kemalasan melanda untuk menghapdet blog picisan aku nih.

Pagi ni (dah lebih jam 1 pagi ler skang ni) aku terajin nak menghapdet plak ekk.
Bukan apa aku menghapdet blog dikala bulan mengambang (mengambang ker) ni aku terasa bosan kadang kadang tu sewaktu berblog walking apabila n3 para blogger yang cuma copy & paste, memang betul korang boleh cakap blog aku suka hati aku la, dulu pun aku ada gak perasaan macam tu tapi bila diambil kira aku pulak jadi bosan pabila blog yang aku bukak serupa dengan email atau pun dari blog orang lain.

Bukan tak boleh nak Copy & paste dari email or blog orang lain tapi kalau boleh olah atau pun edit la sikit Jangan Tiru Bulat- Bulat supaya ianya tak nampak macam korang tu tak ada idea yang boleh dikongsi supaya n3 korang nampak lagi menarik, mahal sangat ke idea korang tu sampaikan tak boleh kongsi dengan kawan kawan.

Waktu aku pergi joint Nuffnang Sharing Session hari tu pun ada bagi tahu pasal benda ni kata mereka kalau blog jenis Copy & Paste ni cuma untuk jer aku pun tak tau kebenaran nya kerana blog aku ni pun bukan ramai pengunjung, untuk keuntunggan jangka pendekjangka panjang mungkin kurang berjaya untuk blog yang suka dengan Copy & Paste ni tapi ikut korang lah siapalah aku nak cakap kat korang kan aku pun cuma blogger picisan jer.

akhir kata (macam buat rumusan zaman sekolah menengah plak) tepuk dada tanya selera. bak kata nabil raja lawak pulak "Lu pikirlah Sendiri"



p/s - Kridayanti bercium dengan sapa tu.

Isnin, 19 Julai 2010

Setia Pada Yang Satu - Nuffnang





Apa itu Glitterati
  1. Blogger yang mendaftar dengan Nuffnang dan mendapat status "eksklusif"
  2. Tidak menyertai mana mana syarikat Pengiklanan lain sekaligus sebagai pesaing Nuffnang

Bagaimana hendak mendapatkan status Glitterati
  1. Automatik didaftarkan selepas 4 hari mendaftar dengan Nuffnang ataupun membuang sebarang iklan yang unit iklan yang melanggar terma & syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Nuffnang.
  2. Status Glitterati akan hilang sekiranya terdapat sebarang iklan dari syarikat pengiklanan lain yang juga pesaing kepada Nuffnang.

kelebihan status Glitterati kepada para blogger's adalah seperti berikut

Sila klik gambar untuk pembiakkan



Bak kata pepatah "orang tamak selalu rugi" aku bukan nak membanggakan diri aku sendiri la tapi memang betul pun aku ni lebih kepada "setia pada yang satu" yang satu ni pun aku tak terjaga inikan pulak nak jaga banyak banyak. Memang tak rugi apa pun aku setia pada yang satu ni iaitu Nuffnang dari dulu sampai sekarang aku masih setia pada yang satu ni padahal income aku dari Nuffnang ni takda la lebat sangat cam orang lain tapi bagi aku itu rezeki aku dengan Nuffnang nak buat cam mana. Selain itu setia pada Nuffnang juga membuatkan aku kenal dengan ramai blogger's yang terkenal dan aku dapat menimba ilmu yang banyak dari mereka ini tak lupa juga Nuffnang juga sering memberi kesempatan kepada aku untuk men"joint"kan diri aku dengan event2 yang menarik antaranya yang terbaru Nuffnang Sharing Session memang banyak perkara yang positif yang aku dapat pada waktu itu. Jadi korang fikirlah sendiri korang nak pilih yang mana satu bagi aku cukuplah aku setia pada yang satu ini iaitu NUFFNANG.


p/s - Segala info diatas dipetik dari laman web Nuffnang dan n3 ini bukan bodek Nuffnang yer kerana segala Iklan yang dipaparkan di blog adalah dipilih oleh Pengiklan dan bukannya dari pihak Nuffnang.

Taste of Indonesia Fair 2010




Taste of Indonesia Fair 2010 akan diadakan di Alpha Angle, Jaya Jusco, Wangsa Maju pada 20 - 25 July 2010. Bermacam barangan dari Indonesia akan dijual di Taste of Indonesia Fair 2010 tersebut antaranya adalah Barangan Kraftangan, Herba, Barangan Kosmetik, Pakaian terutamanya Batik Indonesia, Makanan dan Minuman dengan harga yang berpatutan.


Ahad, 11 Julai 2010

Tip Untuk Berblog



Rugi kepada sesiapa yang tak datang ke Nuffnang Sharing Session kat Pak Li Kopitiam tempoh hari. Banyak tip yang boleh kita dapat kat event tersebut antaranya adalah :-


1. Joint event Nuffnang untuk menaikkan trafik
- kalau dapat mesti pergi punya kalau tak dapat nak buat cam mana memang ini terjadi pada diri aku setiap kali joint event Nuffnang mesti bertambah trafic blog aku ni.


2. Blog Walking
- selalu menjenguk blog orang lain tapi jangan sekadar kusampaikan salam diangin lalu jer.


3. Contest
- Kalau ada modal lebih sikit bagi hadiah yang best best sikit dan jangan terlalu kejap & jangan terlalu lama sangat dalam setiap contest.


4. Visit blog terkenal
- Rajin rajinkan diri melawat blog terkenal macam RedMummy, Eyriqazz, MelRomeo, AbangNara dll. ini akan membantu kita mendapat info terbaik dalam dunia blog ini dari mereka.


5. Be Unique
- Cuba mencari kelainan ataupun identiti sendiri supaya orang akan tau "kelainan" dari blog kita.


6. Komen terbaik
- Cuba memberi komen yang terbaik jangan cuma "hai... Tumpang lalu..." atau yang sewaktu dengannya cuma itu adalah untuk jangka pendek sahaja


7. Bertukar link blog anda
- Cuba untuk bertukar blog link bersama rakan rakan ketika ada blogger gathering, event Nuffnang atau sewaktu dengannya la jangan lupa dapatkan respon dari member2 supaya dapat kita memperbaik blog kita.


8. Hormati antara satu sama lain
- Cuba menghormati antara satu sama lain jangan cuma nak mencari publisiti murahan seperti bergaduh dalam blog semata mata nak menaikkan trafik.



p/s kalau aku salah tolong betulkan yer, kalau ada cadangan sila tambah yer...

Sabtu, 10 Julai 2010

Adult Sex Toys




Semalam waktu aku nak ke Endah Parade aku dengan kengkawan aku terperasan iklan yang tergantung dekat lampu trafik.
Aku pun tak paham la kenapa benda benda cam ni orang tak nak ambil kira
Macam mencacatkan pemandangan jer kalau buat iklan cam ni.
kenapa orang yang meletakkan banner cam ni kat Lorong Haji Taib jer,
Adakah Endah Parade serupa dengan Lorong Haji Taib?
Dah la letak kat area Stadium Nasional Bukit Jalil salah satu identiti Malaysia tau.
Macam la negara kita ni macam negara yang mempromosikan pelacuran itu lain ceritalah,
Mungkin orang ni tak berfikir secara rasional cuma memikirkan keuntungan saje.
Pihak berwajib tak kan perasan kot benda ni.

Nuffnang Sharing Session Memang Best




Memang best malam semalam aku pergi menuntut ilmu dekat Restoran Pak Li Kopitiam anjuran Nuffnang bersama otai blog iaitu siapa lagi kalau bukan Eyriqazz.
Banyak info yang aku dapat malam semalam dari otai otai blog selain itu dapat gak kenal ramai member blogger's yang lain.
Okeh nanti aku hapdet lagik pasal Nuffnang Sharing Session ni lagi ekkk...


Selasa, 29 Jun 2010

Belajar vs Durian = BeRian



Dek kerana kebosanan malam semalam aku melepak kat rumah jer coz semua bz berkerja aku sorang jer duk umah.

kengkawan plak semua pun kerja den duk kat umah jo la gamaknyer.


malam tadi member aku merangkap sifu (tunjuk ajarku sifu) aku dalam dunia photography ajak aku g shoot amik gambar kat Bukit Bintang.

aku pun lanyankan jer coz lebih baik aku pergi dapat gak aku ilmu daripada membadak kat rumah jer.


lepas jer g shoot terus g pasar Chow Kit pekena durian (tinggi la kolestrol aku minggu ni) memang layan siot makan durian ni.kalau ada "musang king" lagi layan.


Waktu kat Bukit Bintang amik pic kat area depan Maybank tu jer ada plak orang kaler2 tuh


Lepas tu aku dapat belajar amik gambar bergerak macam nih. Aku tak ingat namanya apa tapi nampak cam lampu kereta tu macam line jerk.

Inilah sifu aku yang banyak mengajar aku dalam dunia photography ni. Kalau korang nak kawen or bertunang or apa apa event pun bleh la contact dia nih.

Inilah durian D24 & Udang Merah yang aku ngan sifu aku makan kat pasar Chow Kit malam semalam... arrgghhh terliur aku dibuatnya... malam ni nak pergi repeat lagik ker wey...

Rabu, 2 Disember 2009

Tragedi Natrah




Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.


Susur Galur

1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh


Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.


15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.


1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas
Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura

24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura

28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .

28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.

2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.


12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.

12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang
Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh. Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.

25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.

1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.

20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.

3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai

10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.

26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an

Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans

1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga... Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Bertha kini tinggal di
Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.[perlu rujukan]

Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.

9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.
SEGALA INFO DIATAS DI AMBIL DARI http://ms.wikipedia.org/wiki/Natrah

Selasa, 7 Julai 2009

Michael Jackson Memorial Service on Astro




Khamis, 11 Jun 2009

Kesengalan Airasia



Hangin jerk aku satu badan pepagi cam ni dapat email nih
Lari da planning kita orang nak last minute shopping
Hempeh tul kalau bagi voucer xper gaks leh la kitaorang planning next trip
Stakat email jer aper kejadah nyer. Da kena revise kita orang nyer planning
Korang baca la mail kat bawah nih
HAMPEH ………..




Dear Value Guest,

First and foremost, we would like to take this opportunity to thank you for your kind choosing Indonesia AirAsia on your trip.

We would like to inform you that flight QZ 7597 from Bandung to Kuala Lumpur Effective 17 July 2009 - 24 October 2009 has been retimed EARLY, departure from Bandung at 10.25 hrs and arrived to Kuala Lumpur on 13.30 hrs.

We are extremely sorry for above retime. However we would highly appreciate if you could understand with the issue and accept our sincere apologies.

For further information please contact Air Asia:

Indonesia : +6221-50505088
Thailand : +66-2-515-9999
Malaysia : +603-2171-9222
Singapore : +65-630-77688
China : 95013 9000 0200
Others : +603-2171-9333

Email :
indo_guestsupport@airasia.com

Once again with our sincere apologies for any inconveniences that may have caused you. However we keep promising to improve our service continually to meet with you satisfaction.

We truly value as Indonesia Air Asia customers. We look forward to welcoming you onboard to providing you with a renewed and positive Air Asia experience.

Thank you for choosing Indonesia Air Asia.


Kind Regards,
Indonesia Pre Flight

Rabu, 10 Jun 2009

Shukery Hashim meninggal dunia akibat kanser pankreas




KUALA LUMPUR: Pelakon Shukery Hashim, 55, meninggal dunia pada pukul 1.15 petang tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, akibat kanser pankreas yang dialaminya sejak tiga bulan lalu.Jenazah akan dimandikan dan disembahyangkan di kediamannya di Taman Fairuza, Ampang sebelum disemadikan selepas Asar.Arwah meninggalkan lima orang anak dan seorang balu, Faridah Md. Desa, 51.Allahyarham Shukery adalah salah seorang pelakon drama yang popular. Arwah selalu menunjukkan lakonannya yang hidup dan penuh penghayatan.Antara drama tempatan yang pernah dibintanginya ialah Di Mana Kasihmu, Cinta Gila dan 3T.Shukery dilahirkan pada tahun 1954 dan merupakan anak jati Langkawi. Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School.Walaupun mula berlakon pada 1984, arwah sebenarnya sudah terbabit dalam drama radio sejak 1975 di RTM.Sepanjang pembabitannya dalam dunia seni, Shukery sudah menerima tiga anugerah yang diiktiraf sebagai terbaik dalam industri seni di Malaysia iaitu Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular 1994 (1995).
al-fatihah

Selasa, 9 Jun 2009

Jangan Noda Kampung Padang Balang.... Kampung Puah Lembah Sekali....



KUALA LUMPUR - Penduduk Kampung Padang Balang, Sentul di sini membantah rancangan pembangunan semula kampung itu yang terkandung dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) demi menjaga kepentingan tanah rizab Melayu.
Ia tidak bermaksud mereka menolak pembangunan sebaliknya mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengkaji semula cadangan tersebut dan mewartakan kampung yang dibuka sejak tahun 1940-an itu sebagai kampung warisan.
Penduduk yang ditemui Kosmo! semalam menganggap cadangan membina laluan dan stesen transit aliran ringan (LRT) serta bangunan pencakar langit di kampung yang berkeluasan kira-kira 240 hektar itu adalah tidak wajar.
Lebih merisaukan mereka ialah kemungkinan kehilangan hak dan istimewa penduduk kampung tradisi yang telah mendiami kawasan itu sejak 1940-an.
Pengerusi Badan Bertindak Kampung Padang Balang, Zainal Abidin Maas berkata, penduduk kampung tidak menghalang pembangunan tetapi bimbang hak dan keistimewaan mereka sebagai penduduk asal kampung itu dirampas jika rancangan tersebut tidak dilaksanakan secara telus dan adil.
Beliau menegaskan bahawa kawasan perkampungan tersebut merupakan tanah rizab Melayu dan semua penduduknya membayar cukai tanah serta cukai pintu kepada DBKL.


copy&paste from KOSMO

Khamis, 9 April 2009

Mesyuarat Agung Masyarakat Kampar di Malaysia



Jemputan ke mesyuarat agung persatuan masyarakat KAMPAR di Malaysia
pada 11hb april 2009 (sabtu) jam 2 petang
bertempat di
DEWAN ORANG RAMAI JLN BATU GELIGA 3, TAMAN MELEWAR, GOMBAK KUALA LUMPUR.
Sila sebarkan kepada yang lain sebarang pertanyaan hubungi
En. Ismail 0163085923

Rabu, 26 November 2008

L@sk@r p3L@ng!



Laskar Pelangi adalah karya pertama dari penulis Indonesianamanya penulis itu adalah Andrea Hirata. Laskar Pelangi mengisahkan kehidupan 11 orang anak dari Desa Belitung.mereka terdiri dari anak anak sekolah rendah dan sekolah menengah.Laskar pelangi juga mengisahkan tekad anak2 ini untuk berjaya dalam hidup mereka.aku rase buku ni menarik untuk dibaca lah. this weekend aku akan pastikanaku g beli buku nih...hehehehehheee