Masyuk

Memaparkan catatan dengan label hari raya 1430. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari raya 1430. Papar semua catatan

Khamis, 23 September 2010

" My Raya Moments''




Salam semua, Malam ni aku telah merajinkan diri untuk menghapdet blog picisan aku ni, Aku pun teringin juga nak joint contest yang diadakan oleh blogger terkenal iaitu Eyriqazz ataupun lebih glamer dengan panggilan GTO. Contest yang dianjurkan oleh Eyriqazz adalah cuma memerlukan gambar raya berserta description nya sekali dengan tajuk "My Raya Moment"

http://www.eyriqazz.com/2010/09/my-raya-moments-contest.html


Gambar ini diabadikan pada hari raya tahun lepas (2009) pada hari raya kedua. Gambar ini diabadikan di rumah akak sepupu aku di Cheras, Kuala Lumpur walaupun dalam gambar ini masih tak cukup semua bilangan ahli keluarga aku akan tetapi telah menunjukkan bahawa kami semua bergembira pada waktu tersebut. semoga ianya berkekalan hendak-Nya
Amin


Sewaktu ini aku bersama akak-akak sepupu aku yang gilo-gilo


Gambar ini adalah peringkat anak buah aku yang kecil-kecil dan masih di tadika, bersekolah rendah & masih belum bersekolah.


Gambar ini adalah peringkat anak buah aku yang sudah bersekolah menengah cuma adik aku jer yang dah kerja (hujung sekali pakai baju kurung biru)

Ini pula adalah gambar peringkat pak cik dan makcik ramai perempuan cuma aku dan abang cik aku jer lelaki.



My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150)


Pergi ke pasar membeli keladi,
Keladi dibeli dikedai mak inang.
Wahai Eyriqaz yang baik budi,
Apa salahnya kasi daydeck86 pula menang.

Rabu, 23 September 2009

Hari Raya Aidilfitri 1430 Yang Ke-2



Nih hari raya ke-2 punya cerita pulak tahun nih aku ngan family aku pergi beraya rumah sepupu sepapat kitaorang family aku dari Seremban datang ke Kuala Lumpur singgah dulu kat Semenyih & Beranang ramai saudara belah arwah datuk aku kat sini.
Lepas beraya kat Beranang
(ada kena mengena jugak la family aku nih dengan penyanyi Zaiton Sameon yang popular dengan lagu "Menaruh Harapan"
)
diaorang terus gerak ke Kampung Puah Lembah, Gombak batu 4. Waktu nih baru aku joint coz aku memang dah ada kat Kampung Puah Lembah nih dulu family kitaorang memang duk kat sini silih berganti duduk kat sini rumah arwah pak long aku ada kat Kampung Puah Lembah nih sekarang isteri & anak anak dia yang duduk kat rumah tuh. Rumah kitaorang dulu kat sebelah rumah arwah Pak Long aku jer. Arwah Pak Long aku nih dulu terkenal la juga kat daerah Gombak nih sebut jer nama "SAHAK JANGGUT" imam masjid batu 4 Gombak mesti ramai yang kenal.

ini lah rumah pusaka yang dah tak terawat dah sebab dah tak da sapa nak jaga dah rumah nih
tengok la kalau ada rezeki lepas raya nih aku nak repair balik rumah nih lepas tuh sewakan kat orang dapat gak income dari terbiar menyembah bumi tapi banyak gak kos nak repair rumah nih. rumah nih dulu besar sebenarnya.Tengok lah macam manakan. Banyak kenangan rumah nih dari arwah mak ngah aku duk kat rumah nih sampai la ke mak aku duk rumah nih macam macam cerita tersirat & tersurat kat rumah nih.

ni aku dengan anak2 buah aku kat depan rumah kitaorang dulu, yang pagar tuh pagar
Dewan Orang Ramai kat depan rumah kitaorang dulu. Kakak aku tuh mesti nak menyibuk jugak kalau kitaorang nak amik gambar.

Lepas pergi Kampung Puah Lembah kitaorang terus berdesup pergi rumah sepupu kitaorang yang paling tua dekat Cheras. Nih gambar aku dengan anak buah aku yang hampir sebaya dengan aku gak la gamaknyer. Ini baru separuh jer belum berkumpul kesemuanya.

tengok la akak aku tuh nak menyelit jugak dia bak kata akak aku sorang lagik
"bibik Indonesia nih suka sangat enterprame orang nak bergambar"

yang perempuan sibuk menyelak gambar gambar lama & nostalgia time ni la banyak rahsia yang terselak & terbongkat..... ahahahhahahahaa

Yang lelaki pulak sibuk kat luar dengan teh tarik dengan Dunhill, Sampoerna DLL.

Sebelum nak balik Seremban apa lagik bergambar beramai ramai la buat kenang kenangan masa akan datang dalam gambar nih ramai yang tak masuk & tak ada ditempat kejadian ikut memang ramai ahli keluarga Sulaiman + Khalijah (atuk & uwan)

ini pangkat kanak kanak ribena muka baik baik jer semua dah besar jangan jadi hantu cam pakcik2 & makcik2 korang yer.

ini pulak pangkat muda remaja katanya memasing malu malu kucing parsi jer tak macam makcik2 & pakcik2 korang.

ini ler barisan sepupu 20-an tahun ke atas yerk. dalam family kitaorang nih payah sket nak carik yang comel lotey semua besar gedabak nyer saiz (harap maaf ini kenyataan benar)
ahahahhahahahahaaaa.

korang tengok la yang muda muda tadik semua nyer gambar baik baik jer tak banyak ragam sampai gambar kitaorang yang agak tua nih semua cam masuk air jer. Tapi lantak la orang nak cakap apa janji kitaorang BAHAGIA kalau gaduh2 kecik tuh biasa lah
ASAM GARAM KEHIDUPAN. jangan marah yer SAK pinjam tagline

Ahad, 20 September 2009

``Merendang & Melemangkan Diri````



Semalam adalah hari merendang & melemangkan diri.
Tahun ni aku beraya dengan mak cik aku kat Sentul jerk macam biasa lerkan
tiap tiap raya kitaorang akan masak rendang & lemang sendiri tak main order order nih.
Semalam kitaorang masak rendang 6 kilo daging, sekilo setengah kentang kecik kecik.
biasa la kalau rendang minang nih pakai santan banyak 4kilo santan pakai untuk rendang daging sahaja. lemang pulak kitaorang buat lemang pulut & lemang tepung. lemang pulut guna 4kilo beras pulut & 2 kilo santan, lemang tepung pulak tepung beras 2 kilo & 2kilo santan
memang banyak santan kitaorang guna untuk memasak.
cam biasa la kalau lemang memang aku yang jaga dari mula sampai abes yang lelain haram pandai menjaga lemang waktu tengah bakar mentedarah boleh ler yang lelain.
(kepada sesapa yang pandai bakar lemang tuh ajak la kat generasi muda)
esok jangan generasi muda tak tau nak membakar lemang semua pakai segera jer
tak sedap la segera segera nih.

dah kering daging tuh angkat dulu pastu masak santan dulu agak air kat santan dah kering baru masuk daging yang dah kecut tadik, cam tuh la remeh sket masak rendang nih.

dapat la juga dalam 25 batang lemang tepung & lemang pulut kitaorang.
dalam sibuk sibuk nih sempat jugak aku menghapdet blog aku nih

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN 1430