Salam semua,
Selamat hari Jumaat yang berkah ini. Untuk pengetahuan korang Astro bakal menyiarkan siaran baru iaitu Astro Bella yang lebih kepada Telenovela seluruh dunia dan tidak termasuk sinetron Indonesia ye, Kepada makcik-makcik surirumah sekalian silalah langgan Astro lagi supaya tak berebut dengan keluarga anda.. hahahha tak pun tukar kepada PVR yang boleh record tu.
Siaran Bella ini termasuk dibawah pakej Mustika kalau korang tak ada pakej Mustika ni korang kenalah langgan pakej Mustika ini dengan bayaran RM12.95 termasuk siaran Astro Warna, Astro Citra dan Astro Bella ini.
Cara Melanggan Pakej Mustika:-
1) Menelefon talian astro iaitu 1 300 82 3838
2) SMS Mustika ke 32888
