Masyuk

Memaparkan catatan dengan label blackberry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blackberry. Papar semua catatan

Ahad, 24 Oktober 2010

Blackberry Curve 8520 Milikku Hancur






Salam 1 Malaysia diucapkan kepada semua blogger's semoga semua dalam keadaan baik hendak-Nya. Sebenarnya aku nak cerita mengenai Blackberry Curve 8520 milik aku yang aku guna tak sampai 1 tahun lagi. Hari Jumaat yang lalu sewaktu aku hendak pergi ke pejabat di pagi hari lebih kurang jam 8.30pagi waktu itu aku sedang melalui jalan dihadapan Istana Negara menuju ke Bukit Jalil. Blackberry aku telah jatuh dari kocek baju sejuk aku selama ini memang aku tak pernah biarkan Blackberry aku didalam kocek baju sejuk kerana aku akan senantiasa meletaknya didalam kocek seluar tapi benda nak jadi kita tak boleh elakkan. Paling sedih waktu kereta hitam tu lenyek blackberry tu aku nampak di depan mata aku sendiri. Pada mulanya kereta lain tak melenyek Blackberry aku itu lagi. Skrin Blackberry aku tu pecah aku belum bercadang hendak menghantarnya ke kedai lagi mungkinkah aku akan mendapatkan Blackberry Torch 9800 tunggu saja nanti tapi bukan sekarang la kot maybe next month baru aku beli Handphone baru sekarang tidak lagi kot sebabnya aku nak balik kampung ler aku sanggup tak ada handphone baru janji aku dapat balik ke kampung. Minggu depan baru aku nak bawak blackberry aku itu ke kedai nak repair kalau mahal nak repair tunggu jer la nanti macam mana ekk....


p/s - sapa bermurah hati nak kasi aku pinjam handphone buruk buat sementara waktu.
- dah tak ada rezeki nak buat macam mana kan


Jumaat, 22 Oktober 2010

Aku Mahu Blackberry Torch 9800



Salam 1 Malaysia semua, Korang kompem perasankan dekat laman sesawang Nuffnang mengenai pakej terbaru dari Celcom iaitu Blackberry Torch 9800 terutamanya yang telah mendaftar dengan Nuffnang tak kira apa status korang sama ada Non Glitterati, Gliterati ataupun Glittarati Plus itulah antara kelebihan Nuffnang berikan kepada para blogger's.

Lain padang lain belalang, Lain orang lain pandangan pepatah-petitih melayu sudah termaktub sebegitu rupa. Seperti aku memang aku suka dan selesa memakai Blackberry sekarang pun aku memang pakai Blackberry Curve 8250 tapi sekarang aku tak nak mengomel pasal Blackberry Curve 8250 yang aku pakai tetapi aku nak mengomel pasal Blackberry Torch 9800 pakej terbaru dari Celcom. Ada orang cakap pakai lah telefon bimbit itu lah telefon bimbit inilah tapi aku tetap setia pada yang satu iaitu Blackberry sebabnya ramai juga rakan-rakan seperjuangan aku memakai Blackberry.

Mula-mula aku nak cerita mengenai Blackberry Torch 9800 selepas itu baru aku cerita mengenai Celcom Blackberry Plan dalam blog picisan aku ni yer.


Blackberry Torch 9800 ni adalah keluaran terbaru dari syarikat Blackberry yang tak asing dimuka bumi ini. Blackberry Torch 9800 ini adalah 1 smartphone hadir dengan keybord Blackberry dan dengan skrin sesentuh sebesar 3.2 inci, Antara kelebihan lain Blackberry Torch 9800 ini adalah seperti berikut:-


Dengan adanya Blackberry Torch 9800 ini kita semua boleh mengemas kini semua rangkaian sosial yang memang popular di seluruh dunia antaranya adalah Facebook, Twitter, Myspace, Flickr, dan banyak lagi secara mudah serta dimana jua kita berada tak kira masa.


Blackberry Torch 9800 ini juga boleh menggunakan kad memori sehingga 32 gig ini bermakna kita boleh menyimpan pelbagai data didalam Blackberry Torch 9800 anda tak kira apa jua sekali data yang ingin anda simpan seperti gambar, muzik, video serta pelbagai lagi.


Aplikasi kamera untuk Blackberry Torch 9800 ini pula dibina dengan 5MPkualitinya memang mengujakan kepada aku kerana aku memang sukakan telefon bimbit yang mempunyai aplikasi camera yang kualiti gambar terbaik. Selain itu kamera Blackberry Torch 9800 ini datang dengan built in flash ini bermakna kualiti gambar akan menjadi baik disertai pula dengan 11 mode imej bagi memudahkan kita mengambil gambar secara spontan.


Multi-tasks ini bermakna kita boleh membuka lebih dari satu halaman dengan tab browsing serta kita boleh "bookmark" halaman yang kita suka ini bagi memudahkan untuk kita memilih dan membuka halaman yang kita minati.





Kalau nak cerita pasal Blackberry Torch 9800 ni memang sampai bila pun payah nak abis kerana banyak sangat kelebihannya, sekarang aku nak mengomel mengenai Celcom Exec 50 yang sedang hangat diperkatakan




Antara kelebihan Celcom Exec 50 pula adalah :-
  • Diskaun outomatik melebihi 30% setiap bulan
  • Kadar panggilan cuma 15sen untuk semua rangkaian telekomunikasi
  • Komitmen bulanan serendah RM50
  • Percuma Celcom broadband basic plan selama sebulan dengan kelajuan sehingga 384 Kbps.

Pada 29hb Oktober 2010 ini Celcom akan melancarkan 1 plan yang terbaru iaitu Celcom Exec 50 ini bermakna apabila Celcom Exec 50 digabungkan dengan Blackberry Torch 9800 ianya adalah satu gabungan yang agak hebat kerana Blackberry Torch 9800 sememangnya smartphone yang canggih disatukan pula dengan plan yang menjimatkan.




p/s - nantikan berita sedih blackberry curve 8520 milik aku di entry berikutnya.