Masyuk

Memaparkan catatan dengan label bosan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bosan. Papar semua catatan

Khamis, 7 November 2013

Kenangan Sepanjang Jalan



Salam semua,
Dah lama aku tak mengomel dalam blog picisan aku ni, agak dah lama juga memendam rasa nak update blog picisan aku ni wey, rindu nak berjimba bersama-sama rakan seangkatan dulu terutamanya dengan Geng Tali Barut. Sebenarnya aku bukan tak nak update blog aku ni cuma tak ada cerita yang nak dingomelkan lagi pulak sejak aku dah tukar kerja ni agak sibuk sikit kerjanya kadang-kadang tu sampai hujung minggu pun terpaksa bekerja nak buat macam mana dah itu yang aku pilihkan terima jerlah. 


 Disebabkan aku diserang gout tempoh hari aku sekarang mengamalkan makan Elken Spirulina sebenarnya dulu zaman sekolah menengah dulu aku pernah makan Spirulina ni sebab waktu aku muda remaja dulu memang teruk kena resdung tapi lepas makan Elken Spirulina ni alhamdulillah resdung aku tak seteruk dahulu, InsyaAllah lepas aku makan Elken Spirulina ni mungkin penyakit gout aku ni makin berkurang hendak-Nya. Kalau berminat nak mencuba dah membeli boleh emailkan kat aku yer lagi satu Elken ni ada keluarkan produk kecantikan dan menjual korset untuk kurus kalau korang berminat pun emailkan kat aku nanti aku inform bos tempat aku berkerja ni set appointment dengan korang ye.

Ini juadah aku sewaktu Hari Deepavali tempoh hari biasanya tempat aku berkerja ni memang provide makanan bila ada perayaan. Sampaikan public holiday pun aku kena kerja wey penat memang lah penat tapi apa kan daya masa tak akan berlalu... eh lagu raya plak katako.


Inilah antara kerja aku yang selalu aku buat tapi bukan aku lah ganti benda alah tu aku cuma monitor orang buat kerja dan standby apa yang patutlah kerja tak penat sangat tapi banyak kerja korang paham tak maksud aku lagi pun bukan ini jer kerja aku banyak lagi korang tak payah pikir pasal kerja aku ler.


Tapi ada kalanya datang kerja malam-malam just monitor vendor buat kerja jer dan kerja aku cuma macam tu ler gamaknya sambil silang panggung layan astro kat opis tapi penat gak menunggu orang ni campur bosan lagi.


Macam malam ni aku memang dapat tahu yang opis aku akan blackout jadi terpaksalah aku standby kat opis ni sampai pagi esok takut nanti elektrik tak ok lagi pagi esok mampus aku kena bambu dengan bos aku.



Kepada sesiapa yang merindui aku inilah gambar aku amik semalam tapi ada ke yang rindu dengan budak gomok ni wey, apa-apa jer lah janji korang bahagia.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Bendera Malaysia Di Blogspot





Sumpah di bulan puasa yang mulia ni aku agak kebuntuan hendak menghapdet blog ini pun aku curi ilmu dari blog Melz mengenai cara nak letak Bendera Malaysia Diblogspot kalau tak agaknya xdapat aku nak update blog picisan aku ni.

cara nak letak Bendera Malaysia di Blogspot

  1. Login blog korang
  2. klik dashboard
  3. klik design
  4. add gadget
  5. klik Html/Javascript
  6. Copy & Paste kod dibawah ini




p/s - apa dapat kita gaduh2 ni kita semuakan serumpun





Ahad, 15 Ogos 2010

Download Lagu Hari Raya



Kengkadang aku ni tensen gak ngan Cik Nieza aku nih bukan sebab apa pun baru minggu pertama puasa dah dok sibuk suruh download lagu raya banyak-banyak kat 4shared tu padahal kat dalam external hard disk aku dah berlambak lagu raya ko nak lagu apa semua ada dendang perantau, selamat hari raya, sesuci lebaran, sepasang kurung biru, musafir di hari raya semuanya memang dah berzaman duk kat dalam external hard disk aku tu tapi dok malas nak transfer ke HP Cik Nieza aku cakap jer internet slow tak leh download lagu.

Perbualan aku dengan Cik Nieza

CN - Downloadkan lagu raya pastu transfer kat HP i okeh
Aku - Malas la internet slow la nak download nih
CN - ala nak dengar kat opis bosan ar
Aku - Puasa tak penuh sibuk nak lagu raya
CN - Wey sengal aku tak puasa bersebab la
Aku - Opss sorry...


p/s - Busan sementara nak bersahur kat rumah plak

Jumaat, 13 Ogos 2010

Kesengalan Melanda Diriku





Sedar tak sedar dah masuk hari ke-3 kita umat islam berpuasa. Insyaallah kalau dipanjangkan umur kita semua dapat meneruskannya sehingga Lebaran nanti. Cuma doa aku semoga aku dapat meneruskan puasa aku sehingga sebulan dan menunai solat wajib dan solat teraweh dengan sepurna hendak-Nya.

Tahun ni hasrat hati aku dengan Cik Nieza nak balik ke Bangkinang, Kampar, Indonesia tahun ni sekalian ke Padang & Bukittinggi nak beli serba sedikit barang keperluan, Barang keperluan apa yer tah ler aku pun tak tahu..... ehehehhehe tunggu jer ler....

Tapi dek urusan kerja mungkin aku tak dapat cuti kerja tahun ni lagi pun aku malas nak apply cuti lama-lama cuma sehari sebelum raya (nak bakar lemang la tu) lepas tu sehari lepas raya that mean aku akan bekerja balik pada hari Selasa tu ler. Biasanya kalau nak balik Bangkinang raya ketiga aku dah kerja lepas tu seminggu lepas tu baru aku cuti balik kasi change kat kawan kawan kat sini nak beraya bersama keluarga lepas tu aku pulak beraya sakan.

Tak per la planning ke Padang & Bukittinggi aku tangguhkan dulu mungkin Hari Raya Haji planning baik punya ke sana (ada ke kengkawan blogger nak ikut) kalau nak ikut kita plan betul betul.

arrggghhhh apa yang aku merepek ni memang tak ada idea dibulan puasa ni siot......

Khamis, 12 Ogos 2010

Tidak Bernafsu



Tah ler baru dua hari aku berpuasa dah tak bernafsu untuk berblog (apa korang ingat nafsu apa ar).
Tak tau la kenapa bukan sebab tak dapat Jemputan Berbuka Puasa di The Apartment KLCC dari Nuffnang. Tapi mungkin kesibukan di bulan Ramadhan yang mulia dan kepenatan di bulan mulia menyebabkan aku malas nak berblog kot.
Berblog walking pun orang kata ala kadar jer idea pulak makin tumpul tak ada idea nak di celotehkan.mungkin perhatian lebih tertumpu kepada amalan dibulan puasa ni jer kot.
nak kata duk kat atas sejadah 24 jam xda maknanyer.

Rabu, 30 Jun 2010

Tempat Urut Yang Best




Salam 1Malaysia kengkawan semua.....
arrrgghhhh.... Badan aku kesengalan ler mana nak pergi urut nih?
wakkklllllooooo.... gua nak urut betul betul la bukan nak geli geli tuh sengal.
Rasa balik kerja sat gi nak pergi Brickfield urut kat orang buta tu jerk tapi tak tau kat mana yang best coz aku tak pernah pun g berurut ni tapi disebabkan dah cam keletihan jer ni nak gak la merasa berurut nih.
Jom la kengkawan kita g berurut memanjakan badan yang hampir setiap hari dikerah tenaganya.... cewahh... Jom ler.....