Masyuk

Khamis, 28 Julai 2011

Tiket Bola Malaysia vs Singapura





mana nak carik tiket ni wey...

Ahad, 24 Julai 2011

Keputusan Give Away Fridge Magnet



Salam berhujung minggu semua, Pagi ini aku nak update pasal GA Fridge Magnet yang aku buat tempoh hari, Mohon maaf kepada semua kerana keputusan GA keluar lambat sedikit kerana dalam minggu ini aku agak sibuk sedikit kerana ada nenek kepada AtanTuya meninggal dunia oleh sebab itu aku terpaksa ulang alik dari Wangsa Maju ke Hulu Langat. Seperti yang dijanjikan aku tambah lagi 7 lagi Fridge Magnet kepada semua jadi jumlah peserta yang akan mendapat hadiah adalah 20 orang. Memandakan ramai yang joint GA ini keputusan diambil mengikut laman web www.random.org supaya lebih senang aku mencari penerima GA ini. TERIMA KASIH kepada semua yang sudi joint GA ini.



Senarai Peserta GA Fridge Magnet seramai 66 orang.






Keputusan yang diperolehi.


Kepada semua penerima sila emailkan details korang untuk memudahkan aku untuk menghantar Fridge Magnet + ole-ole dari Bali kepada korang yer.

Email aku ada di halaman Contact Me.

Data yang diperlukan adalah seperti berikut :-

Tajuk : Pemenang GA Fridge Magnet

Nama :
Alamat :
Contact Number :
Url Blog :
No Peserta :



Insyaallah aku akan mengadakan GA yang lain pula untuk korang jangan tak sudi pula untuk joint GA akan datang. Kepada yang kurang bernasib baik jangan bersedih mungkin belum rezeki korang okeh.

Sabtu, 23 Julai 2011

1000 Smiles For Nature Event





Salam semua, naik bersawang blog aku ni lebih 2minggu juga aku rasa aku tak update mungkin kesibukkan untuk menanti kehadiran Ramadhan yang mulia dicampur pulak dengan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan menyebabkan aku tak berkesempatan untuk menghapdet blog picisan aku ni. Baiklah kembali kepada cerita 1000 smiles for nature yang berlangsung di Jusco Aeon AU2 Keramat. Pelbagai aktiviti yang diadakan sewaktu majlis berlangsung. Event tersebut adalah kerjasama antara TREETSHIRT bersama YAWA.


Sewaktu baru sampai di pagi hari kami sibuk prepare + breakfast di sana.


Acara pertama adalah pertandingan melukis dan mewarna mengikut kategori umur.


Selepas itu ada juga persembahan alat muzik dari kumpulan RENTAK HIJAU yang diperbuat daripada barangan terbuang.


Bergambar untuk treetshirt


Menderma untuk Yayasan Anak Warisan Alam.


Don't Trash Our Future antara lakonan yang terdapat pada event tersebut.


Custom t-shirt pun ada juga disediakan tapi malangnya aku tak ada size.


Antara kawan-kawan aku yang mengambil bahagian pada hari tersebut.



Adham Syafiq nak bergambar juga.


Antara kumpulan indie yang membuat persembahan pada hari tersebut.


Diakhir majlis kami mengambil kesempatan untuk bergambar seperti sebuah band terkenal.





p/s - hadiah GA aku belum sempat nak pos tapi korang semua jangan takut aku PASTI akan pos kan hadiah korang tu.




Isnin, 18 Julai 2011

Dr. Lo Lo Ghazali - Meninggal Dunia - Al Fatihah



Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Dr. Lo Lo Ghazali yang telah pulang kerahmatullah pada jam 10.15 malam tadi Allahyarhamah meninggal dunia di Hospital Selayang kerana kanser payudara. Salam Takziah kepada ahli keluarga Allayarhamah yang merupakan ahli parlimen bagi kawasan Titiwangsa.




Jumaat, 15 Julai 2011

1000 Smiles For Nature



Selamat hari Jumaat yang indah semua, aku cuma nak inform korang esok Sabtu 16 July 2011 kalau berkesempatan bolehlah singgah di Jusco AEON AU2 Setiawangsa bermula jam 10.00pagi hingga 6.00petang ada event 100 Smiles For Nature, Insyaallah aku akan berada disana sebagai sukarelawan banyak aktiviti yang disediakan antaranya adalah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, Pertandingan Dam Ular, Pertandingan "like" gambar di Facebook. Shah Jazle, Irma Hasmi, Zahid AF, Maulana AF dan Kumpulan Band Indie akan mengadakan persembahan disana nanti. Mungkin persembahan akan bermula dari Jam 1.00 tengah hari sehingga jam 6.00petang. Tujuan utama event dijalankan adalah untuk mencari dana untuk YAWA ataupun Yayasan Anak Warisan Alam. Aku rasa tak luak duit korang untuk menderma RM1.00 untuk alam sekitar kita. Selain itu ada juga jualan T-Shirt dengan harga RM25.00 manakala RM5.00 itu akan disalurkan untuk YAWA.




P/S - Sorry tak sempat nak update mengenai GA yang aku buat sebab bz dengan event ini insyaallah bila aku dah ok aku update pasal GA ni lagi satu hari Ahad ni sapa pergi Jacob's Walk For Life di Bukit Cerakah, Shah Alam.



Giveaway Fridge Magnet







Salam semua, aku tak tau nak cakap ni giveaway ke apa tapi niat aku cuma nak bagi korang yang memang minat dengan Fridge Magnet (FM) ni kepada sesiapa yang berminat. Kalau korang berminat korang cuma perlu

BUAT ENTRY PENDEK MENGENAI GIVEAWAY FRIDGE MAGNET INI SAHAJA BERSERTA BACKLINK GIVEAWAY INI SAHAJA.

Entry yang paling menarik akan mendapat FM yang paling cantik bagi aku. FM tersebut datang dari Singapura, Bandung, Bali, Terengganu, Cameron Highland dan Langkawi

Giveaway ini akan berlansung dari hari ini 30/06/2011 - 15/07/2011.

Kalau ramai yang joint aku akan tambah lagi FM yang lain kalau seorang je yang joint giveaway ini semua FM yang ada kat dalam gambar tu aku bagi kat dia jer.

Tak perlu nak jadi follower sebab aku tak nak paksa korang jadi follower blog tah pape aku ni cuma perlu tinggalkan permanlink kalau korang berminat untuk joint giveaway ini.


antara baki yang masih ada kat aku.






Rabu, 13 Julai 2011

Bershopping Di Crazewear.com





Selamat hari Khamis semua, Memandangkan tak lama lagi dah nak puasa lepas tu dah nak raya apa lagi ayuh kepada gadis-gadis jelita diluar sana ayuh bershopping secara online di CRAZEWEAR.COM sebenarnya perniagaan online ini adalah milik kawan sekolah aku mereka boleh dikatakan baru hendak memulakan perniagaan secara online di laman web CRAZEWEAR.COM mereka. Aku tengok cantik cantik jugak barangan yang dijual oleh mereka antaranya adalah Bags, Dreses, Tops, Pants/Jumpsuit, Cardigan, dan Accessories. Harga pula aku rasa cam berpatutan pulak tapi aku tak tau lah sebab aku tak pernah beli baju orang perempuan ni.




Model tu adalah member aku kira owner CRAZEWEAR.COM



Menarik jugak antara pakaian-pakaian yang dijual dengan harga yang berpatutan.




Wwwow Awards (Senarai Pemenang DIGI Wwwow Award)



Salam semua, seperti mana yang korang tau malam semalam adalah Digi Wwwow Award yang bertempat di KLPac, Sentul, Kuala Lumpur memang dekat sangat dengan rumah aku. Kebetulan Kak Ina KL sudi menumpangkan aku sebab rumah kami memang dekat lebih kurang 15 minit jarak antara rumah aku dengan rumah Kak Ina KL. Terima kasih sebab sudi menumpangkan aku untuk ke Digi Wwwow Award.



Macam biasalah kalau dah berjumpa mesti nak bergambar bersama terutamanya bila bertemu dengan selebriti atau pun #retis. Blogger's bersama Haniff DJ riuh pagi era.


Selalunya aku memang tak berapa nak suka untuk bergambar tapi semalam cam mana aku nak bergambar pulak mungkin dengan lambang ASTRO tu kot.



Ezlyn hye hye bye bye dengan Juliana Evans antara selebriti yang hadir.


Antara blogger's ini akan cuba mempertandingkan diri mereka untuk pertandingan ini pada tahun hadapan.



Inilah blogger's #retis dalam kumpulan kami kerana ramai yang ingin bergambar dengan beliau malam semalam.


Kan aku dah cakap kalau tidak tak kan blogger diatas ingin bergambar dengan #retis dari syarikat keluaran tali barut.


Geng #retis sedang bergosip antaranya adalah Ujang, Yana, Cik Epal & Sahizey Sam.


Belum apa-apa dah practice nak buat cover album masing-masing ek.


Cik Lily Putih pun nak bergambar dengan #retis Juliana Evans


Muka Ujang yang keasyikkan di sebelah Juliana Evans.


Aizat sebagai duta Digi menyanyikan lagu Sungai Lui memang best lagu ni aku memang suka lagu ini okeh.


Kak Ina KL @ #retis sempat bergambar bersama Ini Anwar Hadi yang menang 3 anugerah malam semalam tahniah bro.




SENARAI PENUH PEMENANG




Terima kasih NuffnangMY sebab sudi memberi jemputan kepada aku.




Selasa, 12 Julai 2011

Biskut Raya 2011 Untuk Tempahan




Salam semua, hari ini aku just nak update pasal biskut raya yang aku jual seperti biasa kat dalam blog aku ni aku cuma nak inform tahun ni aku jual biskut raya cam biasa jer.. ehehhehee nak order boleh jer tak nak order pun xper...



Shortbread biskut ni memang mendapat sambutan paling hangat walaupun harganya agak mahal iaitu RM35 untuk 50biji.



Candy Rasberry pun harga RM35 untuk 50biji


Kek Buah Kukus harga RM35 rasa memang sedap tidak dinafikan dan ianya tahan lama.



London Almond RM30 untuk 50biji badam sebiji rangup pulak tu coklat dia banyak.



Biskut Nestum Cornflake RM28 untuk 70biji ini memang biskut kegemaran keluarga aku sejak dari dulu lagi kalau pergi rumah orang lain memang tak sama dengan resipi arwah mak aku.



Tart Nenas harganya pula RM26 untuk 50biji.



Biskut Nestum RM25 = 50biji



Biskut Kelapa RM25 = 50biji


Peanut Crunchy RM25 = 50biji



Biskut Bijan RM25 = 50Biji



Snow Flake RM25 = 50biji






1. Tahniah kepada Anwar Hadi memang 3 award tadi penat aku bersorak dengan Firdaus kat KLPac.

2. Nanti aku update pasal Giveaway yer.





Isnin, 11 Julai 2011

Senarai Peserta GA Fridge Magnet






Selamat hari Isnin semua, Sebelum ini aku ada update mengenai Giveaway Fridge Magnet yang aku anjurkan kurang mendapat sambutan kalau korang tak perasan korang boleh tengok kat entry ini akan tetapi tidak lagi sekarang kalau korang perasan kat sidebar aku ada senarai peserta GA Fridge Magnet yang aku buat ni.

PENGUMUMAN
1. Sila kompemkan senarai GA ada nama korang tak.
2. GA berakhir 15 Julai 2011.
3. Keputusan akan dikeluarkan pada 23 Julai 2011.
4. Hadiah akan dipos kepada pemenang paling awal 25 Julai 2011.


Berkemungkinan besar aku akan menambah lagi kuantiti fridge magnet yang aku ada untuk diberikan kepada semua.





***** HARAP MAKLUM ******



Sabtu, 9 Julai 2011

1000 SMILES FOR NATURE CAMPAIGN









Kempen anjuran TREETSHIRT CONNECTION, jenama kepada Tree Connection Enterprise ini juga berobjektifkan mengumpul sejumlah dana bagi menampung kos pembangunan pendidikan alam sekitar dan program khidmat sukarela Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA).

Layari www.yawa.org untuk maklumat lanjut mengenai YAWA.

Jualan Amal T Shirt 1000 Smiles for Nature turut diadakan bagi menjayakan kempen ini. - http://www.facebook.com/ev​ent.php?eid=214734878569432


Nama Program
Kempen 1, 000 Senyuman TREETSHIRT Untuk Alam


Tarikh
16 Julai 2011 bersamaan hari Sabtu


Masa
10.00 pagi hingga 6.00 petang


Tempat
AEON AU2 Setiawangsa (Ruang Legar di hadapan KFC)


Anjuran
TREETSHIRT CONNECTION


Dengan kerjasama
Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA)


Duta Acara
Aishah Sinclair



Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti Anda.

- 1000 SMILES PHOTO BOOTH
- NATURE EXHIBITION
- YAWA FUN ECO WORKSHOP
- COLOR FOR NATURE COLORING CONTEST FOR KIDS
- GIANT SNAKE AND LADDER & CONGKAK
- DJ PERFORMANCE
- FREESTYLER FOOTBALL DEMONSTRATION
- FREEZE FOR NATURE (FLASH MOB)
- NATURECOUSTICA (BAND PERFORMANCE) - http://www.facebook.com/ev​ent.php?eid=25172132151071​4&notif_t=event_admin
- CELEBRITY T SHIRT CHARITY SALE!

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 019 624 9828 atau emelkan ke treetshirt@gmail.com






Memandangkan aku salah seorang crew yang terlibat dengan event ini aku ingin menjemput para blogger's semua untuk menghadiri event ini mana tau dengan penyertaan korang dalam pertandingan di 1000 SMILES PHOTO BOOTH nanti korang boleh menang rezeki masing-masing sambil membantu mencari dana untuk Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA).


Kalau korang berminat untuk membeli t-shirt dan memberi senyuman kepada alam sekitar bolehlah membuat tempahan di http://www.facebook.com/event.php?eid=214734878569432 dan RM5 akan disalurkan kepada YAWA.