Masyuk

Khamis, 21 Jun 2012

Salam Kepada Semua



Salam semua,
Dah lama aku tak update blog picisan aku ni hampir sebulan setengah blog aku ni bersawang wey tapi nak buat cam mana dah tak sempat kan sejak awal bulan May aritu aku sibuk berniaga malam pulak tak sempat nak update sebab balik pun dah lewat badan kepenatan tapi sebab minat memang aku layan kan juga. Hari ini aku nak update gak blog aku ni sebab dah rindu katanya... ahahhaaa....

Sekarang aku berniaga satay kat Wangsa Maju seksyen 1 dekat area balai polis kalau korang datang tegur2 lah aku okeh. Alhamdulillah bulan May memang dikatakan bulan rezeki buat aku bersyukur sangat dengan rezeki yang mendatang aku terima dengan hati terbuka semoga ianya berterusan hendak-NYA amin. 

 
Awal bulan 5 aritu aku 1st time merasa Pavlova nasib baik Kak Ina Cheras sponsor kalau tak sampai sekarang memang aku tak merasa Pavlova ni tekak aku boleh lagi terima Pavlova ni tapi tak leh banyak2 nanti aku cepat muak anyway tq Alhan & Kak Ina Cheras sponsor Pavlova ni.


Burger bakar kaw-kaw walaupun dekat jer dengan tempat aku lepak tapi baru jer dapat merasa bagi aku rasanya biasa-biasa jer tak ada bezanya dengan tempat lain mungkin burger yang aku makan tu biasa jer sebab buger kaw kaw tu menu yang lain kot sebab member aku yang tolong belikan tuk aku kalau aku memang aku sanggup tak makan benda alah ni tapi tetap bersyukur kepada Allah S.W.T.



Rezeki lagi ni Alhamdulillah lepas hampir 7 bulan motor EX5 WMT 356 hilang akhirnya bulan 5 ari tu baru dapat penggantinya sebelum ni tak ada modal nak beli motor baru tapi lepas dapat bonus aritu aku sambar sebiji motor Yamaha LC memang puas hati dapat beli motor sendiri hasil titik peluh sendiri. Alhamdulillah rezeki lagi ni.




 

Ini pulak rezeki Pengerusi Ketua Kampung Puah Lembah Tuan Hj. Kamaruddin Bin Yusof sebab dapat isteri baru setelah lama hidup "BUJANG" semoga berkekalan hingga kehujung nyawa hendak-NYA
 


Kalau kat Kampung Puah Lembah ni time kenduri kendara memang meriah sebab semua orang mesti basah sebab suka bersiram waktu ni kat tempat basuh pinggan mangkuk semua kompem basah punya tak boleh lari yang mak cik -  mak cik pulak kalau sorang dah kena pasti semua kena kat tempat lain payah nak dapat situasi macam ni memang meriah wey.


Rezeki tok ketua dapat isteri baru rezeki aku pulak dapat upah amik gambar sewaktu perkahwinan beliau walaupun aku tak pandai sangat amik gambar tapi alhamdulillah rezeki aku tok ketua malam waktu joget lambak pulak anak tok ketua order satay aku 500 cucuk alhamdulillah rezeki juga tu. Kalau kat Kg Puah Lembah tu selalunya malam lepas kahwin tu mesti ada joget lambak tapi tgk budget tuan rumah ler.


Ini pulak rezeki kat tempat kerja aku menang kontest yang diadakan untuk staff aku menang voucer KFC sebanyak RM500 pastu voucer Jusco RM50 ok apa sapa nak bagi sampai macam tu tapi sekarang tiap tiap minggu kitaorang makan KFC percuma katanya.



Jualan satay yang aku dengan AtanTuya jalankan alhamdulillah makin bertambah rezeki kami tapi biasalah berniaga kadang pasang kadang surut kalau pasang jer tak larat badan pulak nanti kena lah seimbang kesihatan dan rezeki kitaorang berniaga tiap-tiap hari kecuali hari Isnin jer sebab ada pasar malam. Ada juga yang order kitaorang terima jer.



Satay pulak memang kami buat sendiri resipi Pak Abu iaitu ayah kepada AtanTuya tu pasal namanya Satay Pak Abu.


Nasib baik dapat kawan2 yang rajin dan memahami yang sering membantu kami bila ada order banyak ada tu dari balik kerja sampai ke malam dengan pakai baju kerja lagi tu. Kebiasaannya gerai Satay Pak Abu ramai waktu orang balik kerja sampai lepas waktu Maghrib lepas tu slow la sikit.


 
 Ramai juga kawan-kawan yang turut support aku berniaga ni depa datang lepak kat gerai kami anyway terima kasih banyak-banyak ye kengkawan.




pssttt>>> Kawan-kawan blog bler nak sampai nih dah nak bulan puasa dah ni... ehehhehheee



9 comments:

Shahrul Hairy Shaharuddin berkata...Best Blogger Tips

move forward Dedek! terbaek dari ladang wehhh =)

Matjoe berkata...Best Blogger Tips

byk peristewa menarik berlaku. Tahniah dah upgrade moto baru. aku pon dah beli moto baru, tapi wave jer la.

satu masa nanti aku akan cuba satay, tapi tak tau lah bila....

♥ Wina ♥ berkata...Best Blogger Tips

wah ko dah meniaga ek beb? congrats for everything!

insyallah kalau kesempatan, aku singgah gerai ko..bagi discount ek hihihiii

eh, mcm pernah tgk je muka² dalam gambar kat atas tu ;-)

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

Alhamdulillah....

Rezeki bertambah-tambah yea... memang rindu gak nak dengar kisah ko nie... InysaALLAH kitorang akan cuba usahakan terjah yea...

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

@Shahrul Hairy Shaharuddin TQ bro for your support...

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

@Matjoe alhamdulillah... tahniah kat ko gak matjoe

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

@♥ Wina ♥ yes aku niaga la skang wina... diskaun tu mmg tak lah tapi bagi lebih tu tak da hal lah... ehhehehee

gambar2 tukan kawan2 kita gak... ehehhee

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

@hazman aka species1980 man ada ke orang nak dgr blog aku ni... ahhahaha
datanglah kalau sudi.. ehehheeh

kak ina kl berkata...Best Blogger Tips

wah byk cerita ceriti ek..tahniah dah jadi usahawan..tahniah dapat moto baru..insyallah satu hari nanti nak gi gak terjah gerai satay kamu tu