Masyuk

Ahad, 22 Julai 2012

Madagascar di tempat kerja




salam semua,
sebelum bulan puasa hari tu kami dok sibuk membeli mc d happy meal tu bukan sebab nak makan sangat pun tp duk kumpul mainan madagascar tu jer dah mcm kanak2 ribena seyh...





kumpul jangan tak kumpul

Jumaat, 20 Julai 2012

Cara Solat Tarawih



REFRESH UNTUK AKU DAN YANG BERMINAT JER




Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isyak sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.

Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat Subuh.

Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:







Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".

Bilangan Rakaat
Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan Ramadan

Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.

Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.

Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”

Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

just nak refresh solat terawih jerk c&p dari SINI



Khamis, 19 Julai 2012

Wajik Durian










Salam semua,
Hari minggu lepas ada orang order Wajik durian pastu makcik aku buat ler dalam 6 kilo pastu aku cakap kat dia boleh jual gak tuk hari raya ni dia pun bagi respon ko bawak la g tempat kerja ko jual satu bekas RM5 (bekas tau fu fa tu ler) dia ckap kalau order cam tu penuh satu bekaslah kalau order by kilo tu yang tak penuh tu kompemlah kandungan gula dlam badan aku naik minggu ni sebab macam2 tester yang kitaorang balun wey. 



Banyak durian nya wey air gula pulak kena masak betul-betul orang kata masak puyu alah pekat pekat cam tu ler. sukatan pulak kena betul baru wajik tu tahan lama nanti aku nak mintak resipi wajik durian ni pulak kat dia.



Kata makcik aku lagi masak wajik ni kena pakai pulut kukus tak mau pakai pulut tanak nanti tak sodap katonya sebab macam makan nasik bergula pulak.


Kalau korang nak order sebekas ni RM5 jer tapi lagi penuh dari gambar kat atas tu ler.




Rabu, 18 Julai 2012

Kak Ina KL di Gerai Satay Pak Abu



Salam Semua,
Dah lama tak menjenguk teratak buruk aku ni. Insyaallah lepas ni aku boleh aktif berblog balik sebab bulan puasa aku tak meniaga cuti tapi tak taulah kalau dah penat terawikh ke mana lah tau kan. Hari tu Kak Ina KL bersama suami terchentanya dan anak "bontot" nya singgah di gerai Satay Pak Abu, Wangsa Maju Seksyen 1. Gerai kami gerai tepi jalan jer tak pasang meja dan kerusi untuk pelanggan pun selalunya ramai yang tapaw bawak balik jer tapi kalau ada member-member yang datang baru pasang meja itupun terhad.



Ini member aku yang selalu tlg bakar satay kat gerai kami.


Satay ayam dan satay daging cuma 60sen sahaja tapi lepas raya nak kena naikkan jadi 70sen sebab dah hantar orang cucuk sebab Pak Abu dah tak larat nak cucuk banyak2 la der (bukan nk demand).


Nasik lemak pun ada gak tapi nasik lemak biasa jer lah tak da lauk pun nak buat tak sempat kalau bukak gerai awal bolehlah.


Sedia untuk dimakan panas-panas katanya


cuma gerai kecik tepi jalan jer lagipun aku dah niaga kat sini sejak kecik lagi wey bukan sehari dua walaupun bukan niaga satay.


Kak Ina KL cakap aku over katanya. 



P/S -  Sehari dua lagi tutuplah kalau malam ni stock abis kitaorang tak bukak dah sampailah lepas raya kalau stock tak abis hari Jumaat lepas solat terawikh kita bakar makan ramai2.


Selasa, 17 Julai 2012

Lemang Panas-Panas







Salam Semua
Puasa pun belum lagi tapi dah eksited nak bakor lemang lagi tahun ni.. Perghhhh dapat makan panas-panas memang terbaek la der nak-nak tang kepala yang banyak santan tu memang terbaeklah der. Insyaallah sapa yang raya kat Kuala Lumpur meh ler datang umah den dapek la meraso lomang yang den bakar.

p/s -  tahun ni macam nak masak wajik pun ada gak.





Jumaat, 13 Julai 2012

Jadual Waktu Berbuka Dan Imsak 2012 - Kuala Lumpur