Masyuk

Rabu, 28 November 2012

Durian Crepe - Merasa Juga Akhirnya






Salam semua,
Akhirnya dapat gak aku merasa makan Durian Crepe ni setelah "mengidam" untuk menjamah benda alah ni. Bagi aku Durian Crepe ni xdalah spesial sangat pun tapi aku tak tau mungkin makanan bermusim ni selalunya memang tak berapa aku minat macam Pavlova aritu sebuk orang dengan Pavlova tapi skang dah xda orang cerita pasal Pavlova ni. Bagi aku aku lagi suka makan Roti Jala dengan Kuah serawa durian mungkin tekak aku ni tekak kampung memang kadang kala agak payah menerima "benda baru" ni tapi Durian Crepe ni boleh lah aku telan tapi kena jaga-jaga gak kalau beli Durian Crepe ni takut yang dibeli adalah Tempoyak Crepe.


 3 Biji = RM10


Aku makan sebiji jer itupun sebab orang yang belanja


 kalau kenduri sediakan durian crepe ni mau jahanam poket.


Awek ni ler yang belanja kami berdua makan durian crepe ni.

Selasa, 27 November 2012

Misi Bantuan Ke Gaza - Bantuan Diperlukan





Salam semua,
Semua sedia maklum yang Negara Gaza telah mengalami peperangan oleh yang demikian salah seorang sahabat sejak disekolah menengah aku berhasrat untuk pergi kesana untuk membantu apa diperlukan oleh yang demikian beliau ingin  menjual semua barangan camera beliau untuk mendapatkan dana untuk bersama-sama membantu rakyat di Gaza tersebut. Antara barangan yang hendak dijual adalah :-

  1. D7000
  2. tokina 28-80mmf2.8
  3. sigma 10-20mm
  4. Nikon 80-200mm f2.8 
  5. battery grip brand octopus,
  6. speed light YN560 2biji,
  7. battery 2biji,
  8. strobist set,
  9. square filter.
TOTAL RM9000



Mohd Haniff Bin Abdul Latiff kalau korang ingin berjumpa dengan beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai misi ini aku boleh dealkan untuk berjumpa dengan korang.


p/s - Bro aku xdapat membantu dengan wang ringgit sekarang dengan cara ni aku dapat membantu misi suci ko tu bro.

Isnin, 26 November 2012

Pelakon Maimun Talib Kanser Payudara Tahap Empat





Salam semua,
Berita sedih buat pengiat seni tanah air Malaysia. Pelakon Maimun Talib seorang pelakon yang sangat berkaliber bagi aku telah menghidap penyakit barah payudara tahap ke empat. Aku dapat info dari Twitter Ibu Fauziah Nawi, Semoga pelakon Maimun Talib terus bersemangat untuk memperjuangkan penyakit barah yang beliau hadapi seperti seniwati Azean Irdawati. 




Khamis, 15 November 2012

Durian Crepe!!!!



salam semua,
Aku nak tanya korang semua sedap sangat ker durian crepe tu.
Aku bukan apa ramai sangat yang post mengenai durian crepe ada yang post resipi durian crepe ni lah cerita pasal durian crepe nilah da tu pulak siap post video cara membuat durian crepe ni lagi. Kat mana ada jual durian crepe ni nanti kalau ada rezeki bolehlah mencuba durian crepe ni ataupun ada yang sudi nak belanja aku makan durian crepe ni? Ehehhehhe


Mood - sedih sesangat....

Ahad, 11 November 2012

Majlis Komuniti 1Malaysia Himpunan Kasih Sayang 2012 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kampung Puah Lembah, Jalan Gombak, Wangsa Maju pada 08/11/2012



Salam semua,
Hari Khamis yang lepas Kg Puah Lembah sekali lagi menerima kunjungan dari Dato Seri Utama Rais Yatim untuk menjayakan Majlis Komuniti 1Malaysia Himpunan Kasih Sayang 2012. Kali ini kunjungan lagi menarik sebab Dato Seri Utama telah memilih 3 buah rumah penduduk untuk menyampaikan sumbangan dan salah seorangnya adalah Mak Long aku. Selain itu beliau juga turut merasmikan Dewan Serbaguna Kg Puah Lembah yang akan dijadikan "bilik gerakan" setiap kali pilihanraya berlansung. Seperti biasa penduduk Kg Puah Lembah akan bergotong royong untuk memasak juadah yang bakal dihidangkan kepada setiap tetamu. Seperti kebiasaannya penduduk akan merasa penat setiap kali bergotong royong tapi itulah yang meriahnya di Kg Puah Lembah.

 Semua masak sendiri tak ada catering bagai di Kg Puah Lembah ni.



Macam biasa mesti kena arak macam pengantin.


Mak Long ku menerima kunjungan dan sumbangan dari Dato Seri Utama Rais Yatim di Kg Puah Lembah


Siap gantung papan tanda 1Prihatin tu.


 Simbolik mengecat dewan serbaguna Kg Puah Lembah.


 
 
 Turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk Kg Puah Lembah yang uzur.



 Merasa pulut panggang yang disediakan sendiri oleh penduduk kampung. Sampai subuh jugalah kitorang berjaga untuk menyiapkan 2000 biji kuih pulut panggang yang memang disukai Dato Seri.


Servis motor secara percuma kepada pengunjung yang hadir.



Sesi ucapan dari Dato Seri Utama Rais Yatim & Dato Shafie Abdullah



Ketua Penduduk Kampung Puah Lembah Tuan Hj Kamarudin Bin Yusof.


Turut merasmikan Pentas Budaya di Kg Puah Lembah.



Artis jemputan pula adalah Black Mentor kebetulan pula Black Mentor rajin lepak di rumah bulan kat Kg Puah Lembah ni penduduk Kg Puah Lembah pun suka pulak dengan blak ni katanya seorang yang hormat kt orang tua dan tak sombong walaupun seorang artis yang terkenal.



Itulah Mr. Bulan dengan sepupunya.



Dah abis majlis macam biasalah cuci pinggan mangkuk segala mak neneklah.




p/s - kalau boleh buatlah majlis pada hujung minggu tentu lebih meriah kalau hari kerja mungkin ramai yang tak dapat join sebab sibuk bekerja.

Jumaat, 9 November 2012

Kempen Menderma Darah



Salam semua,
Selamat berhujung minggu pada kalian semua, Hari Rabu yang lepas tempat kerja aku telah mengadakan kempen derma darah. Oleh itu aku pun turut sama menjayakan kempem ini lagi pun aku rasa tak rugi kot untuk menderma darah ni insyaallah kalau tak ada aral melintang dan kesihatan yang baik aku akan terus menderma darah ni lagi pula ini bukan kali pertama aku menderma darah dah banyak kali gak lah kalau tak silap aku ini dah kali ke-7 aku menderma darah tapi aku tak simpan buku tu tah manalah aku campakkan buku aku tu kena carik balik ni.



 Semangat waja hendak menderma darah kakak-kakak tempat kerja aku ni.


Sebelum tu kenalah register dulu baru boleh nak menderma darah tu.


 Kepada yang tidak tahu jenis darah anda bolehlah membuat ujian dulu darah aku jenis O

 Periksa tekanan darah dulu kalau tekanan darah tak stabil tak boleh derma darah juga.


 
Pastu register barang-barang untuk menderma darah tu tag kena betul takut tertukar darah dengan orang lain pulak.






 Ramai juga yang sudi menderma darah.


p/s - jangan takut nak derma darah ok.




Rabu, 7 November 2012

Majlis Program Komuniti 1Malaysia Himpunan Kasih Sayang 2012 - Kg Puah Lembah



Salam semua,
Insyaallah esok 08-Nov-2012 Dato Seri Utama Rais Yatim dan isteri Darin Seri Maznah Rais bakal singgah lagi sekali ke Kampung Puah Lembah, Jalan Gombak, Kuala Lumpur untuk menjayakan Majlis Program Komuniti 1Malaysia Himpunan Kasih Sayang 2012. Rasa bangga pulak Dato Seri Utama Rais Yatim untuk singgah di kg kami lagi. Sebelum ini beliau pernah juga singgah di Kg Puah Lembah untuk menjayakan Program Merakyatkan Seni Budaya. Terima Kasih Dato Seri Utama sebab sudi menyinggah kt kampung kami. 


p/s - Boleh service motor secara percuma esok, Sapa yang berkesempatan tu silalah singgah yer. 

Selasa, 6 November 2012

Pati Delima Gulshan Murah Cuma RM15 Sebotol



Salam semua,
Promosi lagi Pati Delima Gulshan cuma RM15 sebotol kepada yang berminat untuk mendapatkan Pati Delima Gulshan dengan harga serendah RM15 anda perlulah membeli sekotak Pati Delima Gulshan tersebut dengan harga RM288 sekotak. Kalau korang rasa banyak sangat nak ambil sekotak apa salahnya korang kongsi dengan kawan-kawan korang pastu ambil sekali still dapat harga RM288 sekotak tu.  


Stok memang banyak lagi cepat kalau lambat takut dah abis permintaan memang hangat.

Isnin, 5 November 2012

Bilik Untuk Disewa - Kampung Pandan, Kuala Lumpur




Salam semua,
Ada sesiapa yang sedang mencari bilik sewa di sekitar Kuala Lumpur?
Kalau ada yang berminat cuba korang tengok kat sini akak sepupu aku baru lepas membina sebuah rumah yang mempunyai 6 bilik untuk disewa. Cuba baca details kat bawah tu ataupun korang boleh telefon kakak sepupu aku tu untuk maklumat yang lebih lanjut di talian 0129328418 


Alamat      
No 72, Jalan 2, Kg Pandan, 55100, Kuala Lumpur

Landmark 
 bersebelahan Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn, Jalan 2, Kampung Pandan Luar, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Berhampiran dengan TESCO Ampang

Sewa RM  
RM350+RM50 (Elektrik + Air)

Kemudahan Yang Disediakan
Kipas siling, Tikar Getah, Tandas disetiap bilik, Dapur dibelakang rumah, Tempat meletak Kereta yang luas.
 

 


 Kawasan yang luas dan yang warna oren tu adalah Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn.

 
 Rupa Rumah/bilik sewa tersebut.


Rumah/bilik sewa yang hampir siap.

Khamis, 1 November 2012

Happy Birthday Eqbal Zack (Giveaway)




"Selamat Hari Lahir" "Selamat Ulang Tahun Kelahiran" "Happy Birthday" dan akhir sekali "Selamat Hari Tua" semoga kehidupan EqbalZack sukses dan terus sukses dan mempunyai keluarga yang sakinah, mawaddah & warahmah hendaknya. 


Salam semua,
Bersempena dengan ulangtahun kelahiran beliau yang ke 38 (banyak nyer) pada 12 November ini EqbalZack bakal mengadakan Giveaway kepada pengikut beliau dengan hadiah giveaway yang agak menarik seperti berikut:-  


1 Wallet Alan Delon & 1 Purse Alan Delon


4 maniature dari DKNY dan Ralph Lauren



 10 orang peserta akan mendapat Eqbal Zack (EZ) Limited Editon Fridge Magnet



p/s - xdapat yang besar2 pun xpa janji dapat Eqbal Zack (EZ) Limited Editon Fridge Magnet sebab aku mmg pengumpul FM nih.

Isi Borang BR1M2.0 Secara Online




Salam semua,
Hari ini heboh semua orang mengenai borang BR1M2.0 yang telah keluar hari ini. Kepada yang berminat untuk mengisi borang BR1M2.0 ini secara online boleh dilawati di url berikut:- https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx hanya mengisi maklumat peribadi yang diminta didalam laman sesawang tersebut. Zaman dah canggih beb tak perlu untuk beratur panjang-panjang macam dulu sekarang banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan kepada rakyat.  

Contoh muka depan laman sesawang BR1M2.0 tersebut.



p/s - ado rezeki sapu jer wey sapa nak bagikan.