Masyuk

Isnin, 30 September 2013

Gout Menyerang Lagi




Salam semua,
Malam ni aku diserang penyakit gout lagi. memang berdenyut gila kaki kiri aku ni rasa macam tak boleh memijak jer kaki aku ni. nak kata salah makan rasanya semalam aku makan meggi dengan nasi goreng ayam jer tapi aku rasa penyakit gout ni cuma datang setahun sekali jer buat masa sekaranglah akan datang belum tentu lagi tapi mintak dijauhkanlah. tahun lepas aku kena dal bulan puasa tahun ni pulak lambat sikit penyakit ni menyerang aku. nak pergi klinika malam-malam buta ni memang taklah tapi memang sakit wey berdenyut-denyut rasanya. mintak+mintak aku bertahan sampao hari esok. 


Sent from Samsung Mobile

Harga Rokok Naik




Salam semua, 
dengar khabar harga rokok naik lagi. Naik berapa sen ye kengkawan. tak per lah lepas ni hisap rokok gulung ataupun rokok tembakau jer la. ada bran lepak starbuck sambil isap rokok gulung. ehehehehhee

Sent from Samsung Mobile

Khamis, 19 September 2013

Wearaphy & CintaAleesyaCollections



Salam semua,
Apa khabar semua sihat ker korang semua, hari ni aku nak promote sikit anak buah aku dengan adik aku berniaga kecil-kecilan kalau korang berminat bolehlah terjah dekat Instagram mereka iaitu wearaphy dengan cintaaleesyacollections ataupun boleh whatsapp mereka.


Wearaphy
Menjual pakaian dan eksesori wanita terutamanya kepada remaja. Aku sebenarnya tak tau sangat baju apa yang dijualnya tak silap aku Tiara Kimono Cardi in Fuchsia dengan harga yang berpatutan iaitu sehelai RM35 manakala 2 helai dengan harga RM60 sahaja. Anak buah aku sebenarnya tengah belajar fashion designer lagi skang kiranya mencari duit poket dia lah tu. Kalau korang berminat nak tengok bolehlah pergi lawat instagram dia ataupun whatsapp di nombor 0123805737.

 Murahkan banyak juga warna yang ada ataupun korang boleh request warna apa korang nak lepas tu anak buah aku akan jahitkan untuk korang.



 Design baru ada corak kat tepi lengan harga pulak korang tanya terus dari dia, no telefon tu untuk beli barang jer yer bukan nak mengatal ngaco anak buah aku yer.


CintaAleesyaCollections
Ini pulak adik aku pun baru nak mula berniaga tapi berniaga secara online jer lah buat orang-orang yang bekerja ni kiranya minum air sambil menyelam dapat gak tambah pendapatan sampingan. Adik aku ni pulak berniaga Telekung Lycra harganya aku tak tau pulak korang boleh tanya terus melalui instagram ataupun whatsapp dia di nombor 0172412447.


 Macam-macamlah dijualnya biskut raya akak aku jual pun ada gak dia jual kat dalam instagram dia.



stok warna pulak aku tak kompem korang kena tanya dia sendiri harga telekung lycra ni korang tanya terus tak silap aku RM115 tak termasuk charge penghantaran itu korang kena tanya dia terus.

Khamis, 5 September 2013

Cerita Bulan Lepas



Salam semua,
Dah lama aku tak mengomel dalam blog picisan aku ni wey, rasa rindu pulak nak berblog dan ber"event" dengan korang semua. Last aku update bulan Julai lepas mood malas dan sibuk membuatkan aku malas untuk berblog ni wey macam-macam cerita aku nak ngomelkan tapi tak berkesempatan jer gamaknya. 

Bulan ramadhan lepas macam biasalah aktiviti aku menolong jiran aku buat biskut raya macam-macam biskut yang kitaorang buat antaranya biskut sarang semut, biskut mazola dan macam-macam lagilah tapi tak banyak gambar yang diambil ini jerlah yang sempat aku ambil gambarnya.



 Seminggu sebelum umat islam menyambut lebaran keluarga aku mendapat panggilan dari Mersing mengatakan mama aku sakit masuk hospital terpaksalah aku dan keluarga balik ke Mersing untuk menjenguk mama aku kat Hospital Mersing lebih kurang seminggu aku berkampung kat Mersing tu.


 6hb Ogos 2013 jam 11 malam mama aku dijemput kerahmatullah. Segala urusan di Mersing diuruskan oleh abang aku manakala aku menguruskan urusan di Kuala Lumpur kerana kami ingin mengebumikan mama aku di Tanah Perkuburan Kg Puah, Gombak sebab ahli keluarga aku semuanya berada di Kuala Lumpur mana ada ahli keluarga aku di Mersing tu. Al-Fatihah



 Jenazah mama aku selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Puah pada hari Rabu bersamaan 7hb Ogos 2013 segala urusan selesai lebih kurang jam 4petang dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja kerana ramai yang sibuk menyediakan juadah untuk menyambut lebaran.



 Yang pergi tetap pergi yang hidup perlu diteruskan walaupun sedih tapi aku sambut juga lebaran macam biasa masak ketupat dalam 30 biji itupun ketupat sate itu jer yang aku pandai anyam puas belajar nak buat ketupat bawang tapi tak menjadi.


 Hari raya aku cuma duduk rumah bulan kat Kg Puah Lembah jer tak pergi mana-mana langsung sebab malas nak pergi beraya pagi raya ziarah kubur lepas tu lepak duduk rumah jer.

oklah nanti ada masa aku ngomel lagi kat sini yer.