Salam Ramadhan al-mubarak kepada semua yang singgah kat sini
Puasa tahun ni macam mana?
tahun ni aku berpuasa dekat Kg Puah Lembah #KPL sebab awal bulan Jun 2014 hari tu rumah yang aku duduk hangus terbakar di Kg Chubadak Jaya, Sentul nak buat macam mana dah tak ada rezeki duduk kat rumah tu lagi, aku duduk dengan keluarga makcik aku kat situ lepas tu sekarang dapat ler rumah PPR Pinggiran Bukit Jalil memang agak jauh jugalah nak pergi kerja tapi selalunya aku tumpang tidur kat rumah makcik aku lagi sorang dekat Kg Puah Lembah, Gombak sebab dekat sikit nak pergi kerja.
Keadaan rumah yang aku diami selepas kebakaran memang tak ada apa yang tinggal semua jadi abu.
Macam mana terbakar rumah tu?
Macam mana terbakar rumah tu manalah aku nak tau sebab waktu kejadian selepas Solat Jumaat aku terus balik pejabat aku selalunya selepas Solat Jumaat aku akan singgah balik rumah untuk makan tengah hari tapi pada hari kejadian memang aku tak singgah balik rumah untuk makan tengah hari sampai kat pejabat makcik aku telefon suruh balik rumah cakap rumah dah terbakar sampai jer rumah memang dapat tengok jer lah rumah tengah terbakar dengan maraknya 24 rumah panjang terbakar, barang-barang pun tak ada apa yang dapat diselamatkan nak buat macam mana tak ada rezeki kami semua.
Bayangkan perasaan korang melihat rumah yang korang duduk terbakar depan mata macam ni. rumah dinding kuning tu ler rumah yang aku duduk sebelum terbakar hari itu.
p/s - mood blogging macam dah kembali jer ni semangat nak update blog plak rasanya.
2 comments:
sabar ye Heldi. Allah swt maha kaya, DIA tau segala. ada hikmah disebalik nie semua...
@yaty sabar jer lah yaty oii nak buat macam mana lagi pun ramai lagi yang kena musibah yang sama waktu tu.
Catat Ulasan