Masyuk

Sabtu, 3 April 2010

Dieng Pleteu @ Yogyakarta




Hari ketiga pulak kitaorang pergi ke
dieng plateau kat blah mana pun aku tak tau
kalau tak silap area Jawa Tengah kot
nama tempat tu Dieng Pleteu
memang azab la nak kesana 4jam perjalanan sehala
pergi balik 8jam bayangkan gerak dari town jam 6pagi
sampai kat sana jam 10.30pagi
macam aku balik Bangkinang dari Dumai rasanya
dah tidor bangun tak sampai sampai rasanya
kat Dieng Pleteu ni sebenarnya ada ada telaga banyak kaler
kalau tak silap ada 3 kaler
Biru, Kuning & Hijau
tapi kat dlam pic ni tak nampak plak kaler kaler tu
tak photogenik la
pemandangan memang superb kat sana
lepas ke telaga biru kitaorang pergi Candi Arjuna
salah satu Candi kecik kat Yogyakarta tu
layanzz









Bersambung lagik lorrrr....

Candi Borobudur @ Yogyakarta





Hari kedua punya hal pulak kitaorang gerak pergi
Candi Borobudur pulak. korang layankan jer la pic ni semua
aku malas nak taip. jangan ingat Kak Ina KL jer boleh sampai kat atas tu yerk.
Dua gambar terakhir tu aku tak tau kenapa semua orang amik
pic tote rimau tu, aku pun ikut ar amik pic tu
Bersambung

Jumaat, 2 April 2010

Ramayana Ballet Dance @ Yogyakarta




Penat sangat ghasenyer nak update pasal Yogyakarta ni
dah banyak jugak la post aku untuk 1 hari perjalanan
belum hari kedua lagik tu.
malam tu kitaorang dok melayan
Dramatari Epik Ramayana dan Sita
dramatari tu ala ala teater muzikal la
Rugilah kalau dah sampai Yogyakarta tak melayan
Dramatari ni. pengalaman menarik siot.
tu dia harga ticket aku 150,000idr
comey comey siot
bawak balik KL kang baru tau
eehehehehhehe

ni la kengkawan halimunan yang nak colek sita tu

ini pulak si Ramayana nya.

kalau tak silap ni anak buah Ramayana dengan Sita

ini pulak penonton bukan pelakonnya

kengkawan perempuan aku tak sker tgk dia nih

cantik mamat ni menari

lemah gemalai si Sita menari

Ramayana nak selamatkan Sita

Rusa tak rupa rusa

loving couple la kononnya.

berjaya membunuh.

Lepas persembahan tu boleh la amik gambor ngan pelakonnyer rugiler dah sampai sana tak amik pic ngan pelakonnyer walaupun tak popular cam Krisdayanti

tapi mak cik ni menyanyi sore dia memang power tak percaya korang g sana korang tgk dia nyanyi cam mana.

Bersambung lagik

Din Beramboi Meninggal Dunia




sumber dari FB afdlin shauki

Salam takziah kepada keluarga
allahyarham Din Beramboi setelah berjuang untuk
kembali sembuh. arwah kembali kerahmatullah pada
jam 12.30 tengah malam
semoga dicucuri rahmat keatas beliau
aku pasti akan merindui lawak jenakanya
terutama ketika beliau bercakap dalam dialek
Minangkabau
kepada-Nya kita datang kepada-Nya jugalah kita kembali
al- fatihah