Masyuk

Jumaat, 24 Februari 2012

Jawatan Kosong Di Astro





Salam semua,
Esok 25hb Febuari 2012 Astro akan mengadakan walk-in interview. Korang yang tak ada kerja dan masih mencari tu apa lagi mencuba nasib mana tau rezeki menyebelahi korang kalau dapat tu jangan lupa belanja aku k. ehehehehheeee



Date: 25 February 2012; Saturday
Time: 9:00 am to 6:00 pm
Venue: Level 10, Double Tree Hilton, Jalan Tun Razak

Happy Birthday Dannish Farhan



Salam semua,
20022012 yang lepas kami menyambut ulang tahun kelahiran anak buah aku kat rumah kakak aku dekat Wangsa Maju kami cuma buat kecil-kecilan jer saja jer sebab nak sambut besar sikit kat rumah akak sepupu aku esok dekat Kg Pandan bersama ahli keluarga khalijah sahaja yang hari tu cuma kami buat ala kadar jer cuma makan kek sahaja. 


Dah patern sekarang ni sikit-sikit angry bird.



Budak-budak kecik yang suka kalau ada kek bagai nih.



Macam biasalah model tak berbayar aku budak kecik nih.



Umur Dannish Farhan dah 10 tahun sebab dia lahir dulu pun 20-02-2002



Yang ini adik dia Damien Fareeq memang paling kesayangan nak kena gigit lengan dia nih.



p.s - mesti ramai yang tengah google gambar perkahwinan/pernikahan Yusri & Lisa Surihani kan

Rabu, 22 Februari 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kg Puah Lembah



Salam semua,
Selamat hari rabu semua, Petang Sabtu yang lepas penduduk Kg Puah Lembah telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 2012 Peringkat Kg Puah Lembah. Sudah menjadi tradisi di Kg Puah Lembah untuk menyambut majlis maulidur rasul ini. Majlis bermula sekitar jam 5.45 petang penduduk berkumpul dihadapan pentas budaya untuk memulakan majlis yang kurang terdapat di tempat lain zaman sekarang ini. Tidak mengira usia masing masing turut sama memeriahkan majlis sambutan maulidur rasul tersebut.



Lelaki, perempuan, tua mahupun muda semua memakai pakaian yang selari dengan aktiviti yang dijalankan.



Taklimat ringkas dan bacaan doa sebelum perarakkan dimulakan.



Comel anak-anak buah aku ni memakai tudung.




Siap dengan kain rentang tanda semangat penduduk Kg Puah Lembah dalam menyambut sesuatu program yang diadakan.




Walaupun cuma berarak disekitar kampung sahaja tapi majlis memang meriah dengan diiringi bacaan selawat dari penduduk Kg Puah Sendiri.




Alhamdulilah tahun ni dapat sikit sponsor dari ramai orang terutamanya dari penduduk Kg Puah Lembah sendiri untuk goodies bag kepada penduduk kampung antaranya gula-gula kapas, kek pisang, air kotak dll. Insyaallah tahun depan kalau korang nak menyumbang pun boleh juga.




Sementara menunggu azan magrib berkumandang semua penduduk melepak dulu dibawah khemah yang disediakan.




Berselawat keatas Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W. selepas solat magrib di Surau Aman, Kg Puah Lembah. Walaupun surau kami tidak semegah surau-surau lain tapi alhamdulillah masih ramai penduduk yang hadir berjemaah. Kemudian majlis diteruskan dengan ceramah maulidur rasul dari penceramah yang dijemput khas tak mengantuk ustaz yang menyampaikan ceramah pada malam tersebut.







Last sekali adalah mencekik beramai-ramai lah apa lagi kan.





Selasa, 21 Februari 2012

Gotong-Royong Bersama DBKL Di Kg Puah Lembah



Salam semua,
Hari Sabtu lepas penduduk Kg Puah Lembah mengadakan gotong-royong bersama DBKL bagi membersihkan kawasan di Kg Puah Lembah. Kebetulan pada sebelah petangnya penduduk KPL ingin mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Kg Puah Lembah. Semua penduduk tak kira usia semuanya bersatu membersihkan kawasan persekitaran kampung.



Kasi sapu semua sampah yer tok ketua dan anak buah pun turut sama buat kerja yer selain dapat menyihatkan badan pemandangan pun cantik.



Sompek laie buek muko tuh.




Kaum ibu pulak sibuk membuat persiapan memasak untuk majlis maulidur rasul disebelah petang pulak.




 Kuih Kaswi, Kuih sagu mata ikan, Kuih apam, dan nasi lemak menjadi santapan penduduk untuk bersarapan.

 


Dah terbiar rumah aku tu insyaallah ada rezeki aku nak repair rumah tu dan duduk disana pulak.


Pakai berdozar nak tebang pokok buluh yang dah mati tu.



Kalau tak silap ulat sagu ni kan si pendi tu sebenarnya nak ambik gambar jer tapi ada lagi sorang boleh tepuk tangan dia sampai ulat tu masuk dalam mulut dia aku pulak sempat snap gambar ulat tu dalam mulut dia. Kalau Jejai jumpa ulat sagu ni mesti dia sukakan.




Berbudi pada tanah ini hasilnya dapat juga makan ramai-ramai kan



Kuat tu orang tua ni hangkut kerusi nak dihumbankan.



Sementara mengemas tu aku ngan depa ni pun packinglah goodies bag untuk majlis maulidur rasul tu.



Dah settle dengan goodies bag keluar tgk orang ngah meratah umbut kelapa makan mentah-mentah memang sedap kami memang biasa makan umbut kelapa mentah- mentah macam ni tapi kalau buat gulai lemak putih umbut pun sedap jugak.



 
Kaum ibu tak siap lagi menyediakan barang untuk memasak asyik berborak jo kojonyo.



Biasalah kalau ada rewang-rewang mesti ada gelak ketawa cik hashim jawa kena bersanding dengan nenek sawi memang kelakar waktu ni wey.




Dedua budget hensem jer kan.



Aku pun buat kerja juga okeh bukan amik gambar jer siap kacau rendang sekawah tu.



Banyak tu jer lah rendang ayam untuk malam maulidur rasul tu tapi cukup lah untuk sekampung makan siap boleh tapau lagi.