Masyuk

Sabtu, 1 Januari 2011

Faizal Yusof Meninggal Dunia




Al-fatihah
Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya jualah kita kembali.
Hari ini Industri Seni kita telah kehilangan seorang insan seni yang cukup berbakat. Beliau adalah Mohd Faizal Mohd Yusup iaitu bekas suami kepada Siti Nurdiana. Sebenarnya keluarga mak cik Jenab memang kenal dengan family Faizal Yusof ini sejak dulu lagi kerana family Allahyarham pernah menetap dia area rumah mak cik jenab ni waktu tu aku belum duduk dengan mak cik jenab lagi tapi esok pagi mak cik jenab ajak aku pergi melawat allahyarham. anak makcik jenab cakap baru hari selasa beliau bermain bola sepak dengan allahyarham di padang Taman Dato Senu. Allahyarham yang popular dengan watak Dani didalam drama Adamaya meninggal kerana serangan jantung dan disahkan meninggal dunia pada jam 2.35 petang tadi dan akan dikebumikan ditanah perkuburan islam Kampung Batu Muda, Batu Caves pada jam 10 pagi.




p/s - mati tak kenal usia sekarang ni.

2 comments:

JMR berkata...Best Blogger Tips

ALFATIHAH..

Sharinginfoz berkata...Best Blogger Tips

semoga roh arwah ditempatkan bersama2 org beriman