Masyuk

Khamis, 27 Januari 2011

Al- Fatihah Kepada Allahyarhamah Azizah Binti Sulaiman - Mak





Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Azizah Binti Sulaiman pejam celik - pejam celik hari ini 27hb Januari 2011 genab 3 tahun pemergian mak ke rahmatullah kerana menghidap penyakit kanser hati arwah mak menginggal dunia di Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Seremban, N. Sembilan semoga dicucuri rahmat keatas allahyarhamah.. :-(


Gambar yang sentiasa berada didalam dompet aku menitik air mata melihat gambar ini, Tak boleh nak bayangkan perasaan aku sewaktu detik-detik akhir pemergian mak menemui Yang Maha Esa.



Dekat mak lah tempat aku bercerita walaupun dulu aku agak jarang balik ke Seremban tapi bila sesekali berjumpa pasti segalanya aku cerita kepada mak pernah satu hari waktu tu Hari Raya Haji beberapa bulan sebelum mak meninggal aku baring disebelah mak sambil bercerita sampaikan aku lupa yang awek aku dok perhatikan aku dari luar, Balik jer KL awek aku terus sound aku "Anak Mak Lah Dikatakan Sampai Tidur Pun Dengan Mak". Sumpah sampai sekarang aku masih RINDUKAN MAK hanya kenangan dan Al-Fatihah sebagai HADIAH kepada mak.
Semoga Allahyarhamah Azizah Binti Sulaiman ditempatkan disisi para soleh dan solehah.
AMIN



5 comments:

BeaN MorENo berkata...Best Blogger Tips

takziah deq...semoga arwah mak ko aman kat 'sana'

Ayuni berkata...Best Blogger Tips

Al Fatihah.....

muhd alhan salwan berkata...Best Blogger Tips

Al-Fatihah... Semoga roh nya dicucuri rahmat.. Amin...

Shahrul Hairy Shaharuddin berkata...Best Blogger Tips

Al-Fatehah...
Sabar Deq, kalau kau sedih, aku turut tumpang sedih.. Semoga ibumu berada di kalangan orang2 yg solehah.. aminn.. =)

CikLilyPutih berkata...Best Blogger Tips

al-fatihah utk arwah mak ko..