Masyuk

Selasa, 18 Januari 2011

Maxis Om Nom Nom - Last



Selamat pagi Malaysia semua, Siang tadi aku tak sempat nak update blog aku ni sebab aku ada trainning lepas balik terus "membadak". Sambung balik mengenai Maxis Om Nom Nom tu lepas melantak kat Tarbus kitaorang kena terjah Restoran Sate Kajang Hj Samuri kat uptown Damansara. Memang sedap rasa sate yang disediakan orang lain boleh makan 12 cucuk sahaja team aku dengan selamba mintak lagi 1 set dasar muka tak malu si Shahroll la dengan selamba jer mintak lagi satu set kitaorang yang lain ni bedal jer la.


1st time aku makan sate Hj Samuri kat uptown selalu makan kat Kajang jer.


Sate yang disediakan adalah sate ayam, sate lembu, sate kambing & sate kijang rasanya memang superb la wey.


Dedua ni muka mintak penampar sulung agaknya. Selepas itu kami meneruskan menuju ke destinasi berikutnya di Restoran Thai Base memang agak payah mencari restoran ini. kami tak makan pun kat restoran thai base ni sebab nak kejar masa nak pergi next destination.



Destinasi seterusnya adalah Restoran Dancing Fish yang terletak di Bangsar Mall makanan yang disediakan memang best wey.


Aiskrim durian yang disediakan memang best terasa durian sebenar.


Ini pula mangga yang disalut dengan kalau tak silap aku tepung beras & digoreng aku tak sempat merasa makanan ni maybe hamzah dah makan dulu kot.


Tahu telur yang digoreng dan dicurah kuah yang sedap.


Ikan Nila goreng + Kerabu mangga, sedap garing gila ikan tu. kalau tak silap aku ikan nila ni adalah ikan talapia.


Tengok jerlah muka si Shahroll kesedapan merasa Aiskrim yang disediakan.


Hamzah pulak makan dengan tangan jer untuk menikmati makanan yang disediakan.





p/s - Shahroll kalau ada makan2 lagi jangan lupa ajak geng "Meletup Punya"
- Ayat "cute" sambil buat muka datangnya dari Restoran ni kan.


2 comments:

kak ina kl (1) berkata...Best Blogger Tips

nanti geng meletuplah ajak geng makan kat sini yer

Sharinginfoz berkata...Best Blogger Tips

memang seronok betul, rugi tak join tapi nak buat macam mana ada hal lain