Masyuk

Rabu, 12 Januari 2011

Astro First



Selamat pagi semua, Kalau korang perasan Astro sekarang ada menawarkan pakej Astro First yang buat pertama kalinya kita boleh menonton filem terkini dirumah. Ngangkung, Aku Masih Dara & Damping Malam adalah filem pertama yang bakal ditayangkan di siaran 480 Astro First.

KINI DI PAWAGAM DAN DI RUMAH ANDA

Cara nak menepah juga adalah mudah dengan 3 langkah sahaja.

  1. Buka saluran 480 di astro anda dan pilih filem yang hendak ditonton dari menu yang disediakan.
  2. Tekan butang ok setelah memilih filem yang ingin ditonton.
  3. Anda akan mendapat code yang akan di SMS ke nombor 32999 dan sahkan tempahan anda.

Aku rasa bagus juga saluran 480 Astro First ini walaupun cuma dapat menonton 48 jam sahaja tapi rasanya berbaloi kalau ditonton seisi keluarga kalau nak dibandingkan menonton di panggung wayang. Korang pulak macam mana adakah anda rasa berbaloi dengan siaran 480 Astro First ini.



p/s - n3 ini tak ada kena mengena dengan kerja aku okeh...

4 comments:

kak ina kl berkata...Best Blogger Tips

nasib baik tak minat..kalau idak mesti jelous punya..

Myvitrd berkata...Best Blogger Tips

siaran baru ke? kenapa 48 jam je.. ni channal sementara ke atau mcm mana ni

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

Kak Ina - Nak jeles apa nyer??

Myvitrd - siaran baru cerita baru dari panggung wayang- chanel ni berterusan sebab eklusif tu pasal 48 jam jer

hazman aka species1980 berkata...Best Blogger Tips

kalau aku tak brapa sangat la rm15 tue,pada aku mahal....tapi kalau tengok satu famili memang save banyak laa....tapi kena tunggu lepas DUA MINGGU kan.... anyway suatu pilihan untuk kita sume....