Masyuk

Selasa, 2 Julai 2013

CCAM EXPLORACE PUTRAJAYA



Salam semua,
Cerita dah basi aku baru nak kongsi dengan korang mengenai event yang aku dengan rakan-rakan tempat aku berkerja ni telah adakan di Putrajaya pada hujung bulan May yang lalu. CCAM ni macam organisasi kepada semua "call centre" yang ada dekat Malaysia ni antaranya adalah VADS, Astro, Scicom, RHB, Syabas dan banyak lagilah kalau korang berminat nak tau mengenai CCAM ni korang bolehlah lawat ke laman web CCAM ni. Kami telah diberikan tugas untuk mengadakan explorace ni lebih kurang dalam masa sebulan setengah sahaja tapi alhamdulillah kami dapat laksanakan tugas kami dengan jayanya. Insyaallah ada rezeki lagi kami akan dilantik lagi untuk mengadakan explorace lagi sekali. 

Macam-macam aktiviti yang dijalankan kami sediakan sendiri tanpa bantuan dari pihak lain, kami juga terpaksa membuat survey di Putrajaya sehari sebelum majlis berlangsung. Sebanyak sembilan aktiviti yang kami sediakan untuk para peserta. Kalau korang nak tau aktiviti apa yang kami sediakan korang tengok kat blog cheramiche sebab kumpulan Budget Good-Good ni menang sebagai juara pada hari tersebut. 





Peserta kena berkayak kena buat satu round sapa yang pandai berkayak tu senanglah yang tak pandai tu mau berpusing-pusing



 

Antara checkpoint yang paling susah untuk dicari adalah checkpoint yang aku jaga padahal aku duduk jer kat satu tempat yang depa boleh nampak.





Sempat lagi amik gambar sewaktu sedang massage kat erl salak tinggi


Checkpoint sadis gila sebab mereka kena makan nasi goreng pedas gila, aku rasa nasi goreng tu xdalah pedas sangat tapi ada peserta tu siap meleleh air mata aku dengar.


Kena pergi balai bomba cyberjaya sebab nak kena siapkan checkpoint kat sana



Siap kena nyanyi lagi cari jodoh dekat atas pentas CCAM tu lagi wey.



Nasib baik aku jadi comitte kalau tak dah lama aku join event ni sebab aku memang suka pun join explorace ni tapi tak berapa nak pandailah.


2 comments:

Chera miche berkata...Best Blogger Tips

gambar kami dikalungkan medal je takde :P ape pun thanks. event ni best, tp kalu lagi ramai join mesti lagi best, sbb clue2 dia blh tahan. aku lah yang mengalir air mata tu, seumo idup tak penah makan nasi goreng sambal belacan weyy...

daydeck86 berkata...Best Blogger Tips

@Chera miche gambar tu ada kat fb member aku
tau xper kalau lagi ramai mesti lagi terbaek maybe lambat announce kot clue team aku yang buat sendiri
owh ko ke yang nanges tu wey
ahahhaha