Masyuk

Rabu, 5 Mei 2010

Selamat Tinggal Blogspotku Sayang





Salam semua memandangkan bulan ni ada rezeki lebih sket
dan kengkawan semua dah beli domain aku dengan slumber nyer
membeli domain setelah diracun oleh salah seorang member aku kat opis ni
dia menyuruh aku membeli di datakl.com sebab dia pun beli domain kat
datakl.com ni. aku pun tak tau berapa payah nak memindahkan dari
blogspot ke dot com dengan menggunakan domain dari datakl.com ni
nasib baik ada akak aku sorang nih yang membantu aku menukarkan domain aku.
akak aku tu adalah Kak Tasha tapi masalah nyer kenapa apabila aku bukak
page aku menjadi seperti kat atas tu tapi pabila aku bukak kat
Berry Hitam aku nih ok jer apa masalah nyer yerk
maybe setting kat pc ni ada prob nanti lah aku try godek godek
benda alah nih balik nak online kat umah plak
network problem abis jahanam business aku tak leh online
kat umah sapa nak bayar ganti rugi ni.
Celcom sila jawab.

Isnin, 3 Mei 2010

Double Trouble Concert





Yer betul 1st May hari tu genablah aku berumur 24 tahun
walaupun tak da la tua sangat tapi si Aus tetap mengatakan aku tua
ada aku pedulik. ahahahhahahaa
memandangkan aku tak da project baik ke apa walaupun memotong sepotong
kek pada hari tu cuma melepak kat umah menternak lemak jer.
Sedang asyik dan enak menternak lemak Kak Pura member aku
dari Kampung Puah Lembah ajak layan
Konsert Double Trouble kat Bukit Kiara aku pun terus on jerk
coz xda benda nak buat hari tu.
Konser DT ni memang layan la tpi venue nyer agak kureng coz tempat
yang terlalu sempit dah lah aku ni rimas bersesak sesak
nasib baik aku duduk kat tepi stage tak da lah bersesak sangat kalau tak
mau berlendir ketiak dengan orang ramai
Lagu lagu nya plak tak yah cakap la semua lagu evergreen jerk
cam lagu Issabella, Taman Rashidah Utama, dll
tapi lagu Pawana jer tak da.
Layan jer la pic yang tak seberapa kat bawah nih.



Teater Muzikal Teratak Minang (TMTM)




Malam semalam aku berkesempatan menonton Teater Muzikal Teratak Minang (TMTM) dekat Istana Budaya, Kuala LumpurAku pergi seramai 5 orang Aku, Anieza, Pak Cik Abu, Mak Cik Jenab & Amak Iru.Kali ni aku kasi change kat depa aku belanja ticket RM50 duk kat depan sekali.


TMTM ni best aku rasa kalau bagi bintang 9/10 cuma sound system IB tu agak kureng aku rasa. orang lain aku tak tau la bagi berapa markah sebabnya depatak faham bahasa minangkabau cam aku & family memang faham bahasa Minang walaupun asal usul dari Bangkinang, Kampar, Indonesia bukan Kampar Perak tu.


Oleh sebab Amak Iru last minute nak g terpaksalah aku beli ticket semalam nasib baik ada rezeki dia dapatlah amak Iru joint walaupun aku terpaksa duk berasingan dari depa xkan la nak biarkan amak iru terkontang kanting duk sorang sorang.
Aku dengan Nieza pergi rempit jer coz keter dah penuh tapi memang aku nak g naik motor jercoz leh lepak kat IB lama sket nak tangkap gambor dengan artis kat situ.

Sesampai jer aku terus snap pic penari yang cantik & segak berbusana Minangkabau.kebetulan hari last tu ada dif Terhormat seperti Dato Seri Utama Rais Yatim & isteri sertaBapak & Ibu Gubenor dari Sumatera Barat (SUMBAR).

Nieza dengan penari yang siap berpakaian adat Minangkabau, Putih melepak make up depa nih.

Tarian Serawa memulakan persembahan memang menarik sebelum ni pun aku dah pernah tengokdekat Padang Dewan Sultan Sulaiman Kampung Baru dulu.

Diakhir persembahan aku apa lagik terus kuarkan Kamera aku le nak snap pic tapi agak sakit hati lah gak coz camera aku tuh dah abis bateri (sebenarnya salah bawak bateri) aku terus sms adik Nieza suruh bawak camera coz dia jemput Pak Cik Abu, Mak Cik Jenab & Amak Iru balik.

Waktu persembahan tu banyak lagu dinyanyikan antaranya Ayam Den Lapeh, Bugih Lamo, Tak Tontong,Ubekkan Denai, Bunga Tanjung, Kaparinyo, Badinding, Anak Bocek, Apo Kono Eh Jang, DLL.

Antara barisan pelakon dan penyanyi yang telah menjayakan TMTM adalahElly Kassim, Eddy Silitongga, Ally Noor, Mastura (artis IKMAL), Sazali Hussin, Razali Buyung,Datin Rosnani Jamil, Ebby Yus, Hengky Zubir, Putri Nadia Rosadi, Leez AF, dan ramai lagi

Antara Dif Dit Terhormat yang hadir sewaktu persembahan Puan Seri Utama Masnah Rais turut mendendangkan lagu Ubekkan Denai

Elly Kassim, Datin Rosnani Jamil & Anieza poyo jerk ko ek nak berphoto dengan diaorang ni.

Pastu jumpa plak dengan Kak Rok Terjah memang sempoi abih dia nih sporting plak tuh lakonan dia pun Superb klakor tambah plak gelak mengilai dia tu




ni plak si Hengky Zubir tu tapi tak sempat nak amik pic dengan diacoz dia nak cepat la pulok


Cik Anieza selaku model aku hari tu, Orang tak pernah pergi IB jadi batak sket ar



cam dah tak sabar jer nak naik pelamin Cik Anieza, jangan lupa jemput ekk


Anieza dengan Eddy Silitongga kalau tak silap lagu lanchang kuning ni dia yang nyanyi

Aku dengan Elly Kassim


Anieza bersama Putri Nadia Rosadi dari Padang, Indonesia

Putri Nadia Rosadi dengan aku....

Aku dengan Mak Nani a.k.a. Datin Rosnani Jamil

Tak pasal pasal disebabkan mamat 3 orang dari kumpulan Trio Ganto Rio ni menyebabkan aku menunggu coz Anieza nak bergambar dengan diaorang ni. Trio Ganto Rio ni dari SUMBAR.

Aku pun dapat apa yang dia orang dapat, ehehehhee.... Sebenarnya aku tolong Mak Nani angkat barang barang dia ke kereta kesian kat Mak Nani takda orang tolong angkat barang bawak ke kereta dia kesian nasib Seniwati & Seniman Malaysia.

Kesimpulannya - teater ni best dengan set & costum yang menarik paling besh waktu tarian randai & tarian serawa.

nyanyian pulak masing masing mantop & superb

p/s aku sudah pulang untuk memblogkan diri aku