Masyuk

Ahad, 10 Oktober 2010

Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)



Contest kali ini dianjurkan oleh ketua "tali Barut" iaitu Kak Ina KL yang very the sporting mak.
Contest ini dianjurkan bersempena ulang tahun "teratak" beliau yang ke dua pada bulan November ini disamping tuan tanah telah mendapat pendapatan yang agak lumayan dari Nuffnang.

Dan caranya untuk joint contest ini adalah

Memasukkan gambar sewaktu open house dan memberi sedikit penerangan tentang gambar tersebut.

Gambar ini adalah sewaktu open house dirumah buruk aku sendiri dan gambar ini diambil oleh tuan yang menganjurkan contest aku cuma "curi" gambar ini dari "teratak" beliau. Gambar tersebut adalah makanan dan gambar aku melayan bebudak yang datang ke rumah dan gambar aku tu dicandid oleh tuan tanah kedaung yang aku tak perasan. Semua makanan yang disediakan dimasak oleh aku dengan orang dirumah aku ni ler, tak mainlah catering2 ni.


1. Buat entry pasal blog Kak Ina KL

a. Aku kenal kak ina KL dah dekat 2 tahun kalau tak silap. Kali pertama bersua muka pada 16 June 2009 sebab aku bagi set astro aku yang 1 lagi kepada beliau kalau tak percaya klik sini.
b. Sebelum berjumpa cuma say hi hoi hui jer kat "teratak" Kak Ina KL
c. Dah 2 kali datang beraya kat rumah aku katanya lemang yang aku bakar sendiri sedap (tak tau lah aku sedap ke tak)
d. Aku tak pernah pergi ke rumah Kak Ina KL walaupun katanya dari rumah aku kerumahnya cuma tak sampai 15minit kerana tak pernah dipelawa oleh beliau.
e. Seorang yang sporting, kelakar dan tegas jugak la aku tgk Kak Ina KL ni
f. Selain dari blog Kak Ina KL, beliau juga mempunyai sebuah blog yang diberi nama Khazanah Warisan Orang Lama tetapi tak berapa aktif sangat lah.
g. aku dah pernah merasa masakan Kak Ina KL antaranya adalah kek lapis, kek coklat, Kuih tart memang sedap air tangan Kak Ina KL ni
h. Selalu joint event yang dianjurkan oleh Nuffnang.
i. Bagi aku apa yang ditulis oleh Kak Ina KL tulus dari hatinya maksud aku Kak Ina KL ni tak stereotype la.
j. Link Kak Ina KL ni adalah http://www.kakinakl.com
k. Kalau nak ikutkan banyak lagi yang aku nak huraikan pasal Kak Ina KL ni tapi tak cukup nanti.

2. Masukkan link Kak Ina kl kat entry
- Sudah dimasukkan dah tu siap back link pun ada gak.

3. Tinggalkan komen di entry kontest yang kak ina KL buat.
- mestilah kena masukkan kalau tak membazir jer aku buat entry ni

4. Tarikh tutup contest ini pada atau 22hb Oktober 2010.
- Nasib baik sempat aku buat entry contest ni.


5. Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) adalah anjuran bersama eyriqazz , beautifulnara dan nurazzah, chearmster & Cometcloth dan ramai lagi rugi kalau korang semua tak joint contest dari Kak Ina Kl ni.




p/s- dapat kuih tart dari Kak Ina KL pun jadilah.

Hari Raya Ziarah - Bangkinang






Bangkinang adalah sebuah daerah yang terletak di Kampar, Pekanbaru, Indonesia. Hari Raya Puasa Enam atau lebih popular dengan nama Hari Raya Ziarah (Hari Raya Zorah). Kebiasaannya Hari Raya Puasa Enam ini disambut setelah selesai menunaikan puasa sunat selama enam hari dan selalunya disambut seminggu selepas hari raya Aidilfitri.

Acara dimulakan seawal jam 7 pagi lagi dimana kaum keluarga akan bersama-sama ke kubur ahli keluarga yang telah pergi terlebih dahulu untuk membaca Surah Yassin dan berdoa beramai-ramai. Setelah itu kaum lelaki pula akan berarak dari satu kubur ke kubur yang lain untuk berdoa secara beramai-ramai dengan diketuai oleh imam. Sepanjang perjalanan ke kawasan perkuburan ramai orang akan bersedekah selalunya air kotak dan buah-buahan untuk diminum sepanjang perjalanan. Kaum ibu pula akan sibuk dirumah untuk menyediakan makanan yang akan dibawa ke lapangan ataupun padang untuk dimakan bersama-sama. Setelah selesai berarak dari satu kubur ke kubur yang lain dan makan berjambau di lapangan orang ramai akan ke rumah kaum keluarga untuk menziarah antara satu sama yang lain.


Suasana ditanah perkuburan setelah selesai berdoa.



Berarak dari satu kampung ke kampung lain.



Kaum ibu menyediakan makanan dan menghantar makanan ke lapangan untuk dimakan bersama dengan cara menjunjung jambau.



p/s - Jambau adalah dulang
- dah 3 tahun aku tak merasa berhari raya ziarah ni
- adakah raya haji ni aku balik ke Bangkinang dah rindu dengan Kampung tapi kalau duit tak mencukupi nak buat cam manakan.




Khamis, 7 Oktober 2010

Ya Thoybah - Sulis






Video diambil dari sini



Salam 1 Malaysia, Pagi ni aku nak update pasal lagu Ya Thoybah yang dinyanyikan oleh kalau korang masih ingat suatu masa dulu Sulis.


Sulis ni pernah bernyanyi dengan Hadad Alwi dan lagu paling top waktu itu bertajuk waktu tu UmmiSulis ni masih kecil tapi sekarang Sulis ni dah besar panjang dan bertambah cantik sekarang ni.
Ya Thoybah ni lagu baru Sulis tiap-tiap hari sekarang ni aku dok melayan lagu ni bagi aku lagu ni best tu pasal la aku dok melayan lagu ni jer kat HP aku pun aku masukkan lagu ni kalau dok bosan aku akan layan lagu ni tenteram sket hati dengar lagu-lagu berunsur keislaman.


lirik lagu Ya Thoybah


Yaa thoybah, yaa thoybah
yaa dawal 'ayaana
isytaqnaalik
wal hawa nadaana
wal hawa nadaana

Yaa Ali ya bna Abi Thalib
minkumu mashdarul mawaahib
Yaa turo hal uro lii haajib
indakum
afdholul ghilmaana
afdholul ghilmaana

Asyaadil Hasan wal Husaini
ilannaibiyyi qurrot-'aini

Yaa syabaabal jannataini
jaddukum
shoohibul qur'ana
shoohibul qur'ana



Rabu, 6 Oktober 2010

Sambutan Hari Raya 2010




Salam 1 Malaysia semua kengkawan, Hampir terlupa untuk aku menghapdet mengenai Majlis Sambutan Hari Raya 2010 yang diadakan di tempat kerja aku. Memang setiap tahun tempat kerja aku membuat sambutan sebegini rupa tapi tahun ni agak kurang meriah kerana tak ramai yang memakai baju raya. Tak sporting la bebudak baru ni orang lama kebanyakkannya memakai baju raya mengikut tema. Aku pula tak bawaka camera malas pulak aku nak ambil gambar bebanyak kerana cam tak da mood jer. Terima Kasih Alhan sebab sms pagi2 suruh pakai baju melayu kalau tak aku pun tak pakai baju melayu agaknya.


Sebelum Majlis bermula kerja dibuat seperti biasa


Suasana diMajlis hari raya tempat aku bekerja


Aku dengan Alhan memakai baju melayu sepasang.


aku dengan Liana nampak muka jer aku plak buat muka sengal





p/s - hari ini aku MC coz aku kena serangan Gaut.... hampeh tul muda2 dah kena Gaut si penyakit orang "kaya" ni


Jamuan Hari Raya 2010





Hari Ahad yang lepas 03hb Oktober 2010 aku dengan family Cik Nieza ada buat Jamuan Hari Raya dirumah mak cik Jenab di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul, Kuala Lumpur. Memang tetiap tahun aku akan buat kat sini jer sebabnya tak kan aku nak buat kat Seremban, Kalau aku buat kat Seremban siapa yang nak datang sebabnya kawan-kawan aku semuanya kat KL jer aku mana ada kawan yang tinggal kat Seremban tu yang ada pun saudara mara aku jer.

kalau hendak diikutkan Majlis bermula selepas waktu Zohor akan tetapi seawal jam 12 tengah hari tetamu dah mula datang pada mulanya agak kelam kabut juga la kitaorang nak menyediakan makanan tapi berkat kesabaran dan kerjasama kami semua segalanya berjalan dengan lancar.

Menu untu hari tersebut adalah Lemang (bakar sendiri tu), Rendang Daging + Kentang kecil (baby potato), Nasi Putih, Gulai Nenas + Ikan Masin, Ayam Masak Merah, Sayur Campur, Sambal Belacan, Selain itu kami juga menyediakan bihun Sup dan air pula adalah air sirap serta Agar-agar sebagai pencuci mulut. Semua makanan tersebut kami sekeluarga masak secara rewang (macamlah buat besar-besaran).

Antara rakan-rakan Blogger yang hadir adalah Chearmster, Kak Tasha dan Kak Ina KL sahaja yang lain tak nampak batang hidung pun mungkin mereka semua ada komitmen yang lebih penting lain yang harus mereka lakukan. Terima Kasih kerana sudi datang ke teratak buruk den yo.


Antara menu yang disediakan



Antara tetamu yang terawal datang adalah family aku dari Seremban.


Dah petang sket baru kengkawan aku datang antaranya adalah Mya, Ajan, Alhan, Wan, Amoy dan ramai lagi aku tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak coz sibuk buat kerja jer.





p/s - sorry kengkawan yang tidak mendapat jemputan kerana aku tak sempat untuk berbuat demikian yang mana sempat je aku jemput.
- Terima Kasih kepada semua yang sudi hadir.




Selasa, 5 Oktober 2010

Tetek Diana Danielle?




Salam 1 Malaysia, Aku terpanggil nak buat n3 hari ini kerana tengok analitik Keyword dari Nuffnang tadi.

Datin Rosnani Jamil
Sebabnya aku selalu tengok teater yang dilakonkan oleh beliau antaranya Teater Muzikal Teratak Minang dan Teater Muzikal Uda & Dara.

Majlis Hari Jadi
Sambutan Hari Jadi kaum keluarga dan teman teman yang selalu aku wish dalam blog picisan aku ni.

Susu Tetek
Aku ada update sewaktu aku sakit mata tempoh hari.

Mari Menari
Aku update di blog aku dikala member aku ingin mencari calon Mari Menari yang dihostkan oleh Lisa Surihani & Awal Ashaari.

Satay Station Kg Pandan
Aku pernah makan dan pernah post kan n3 mengenai Satay Station ni kalau tak silap tahun lepas kot.

Urut Best
Aku tak tau urut best tu kat mana yang aku tau urut orang buta kat Brickfields

125zr yang hendak dijual
Saudara aku yang dalam kesusahan nak jual motor beliau sampai sekarang masih tak jual lagi.

Aku setia yg satu
Memang aku setia yang satu jer iaitu Cik Nieza aku ler.

Tetek Diana Danielle
Tetek Diana Danielle kalau aku ada gambar tersebut pun mungkin aku tak postkan kat blog aku ni kot.

Laman Chat Lucah Malaysia
ada ker wey kongsi la dengan aku wey...




p/s - Laju jer korang masuk ke blog picisan aku ni setelah melihat tajuknya yang agak menarik.