Masyuk

Sabtu, 9 Julai 2011

Majlis Pelancaran Album Dewa - Ning Baizura @NingDalton






Selamat berhujung minggu semua, Malam semalam aku mendapat jemputan Majlis Pelancaran Album Dewa dari Ning Baizura bertempat di kelab Zouk, Jln P. Ramlee, Kuala Lumpur. Ramai blogger's yang mendapat jemputan dari Ning Baizura sebagai media antaranya adalah Kak Ina KL, Hilal Azmi, Jejai, Mohd Zaid, Red Mummy, Dd Sentap dan ramai lagi memang best pergi event yang dianjurkan oleh pihak Ning Baizura kerana mereka boleh dikatakan memang "jaga baik" kepada semua para tetamu yang hadir. Kadang kala event yang menjemput bloggers seolah-olah menjadi "anak tiri" di event tersebut tapi tidak bagi kami yang mendapat jemputan dari Ning Baizura.



Persembahan dimulakan oleh Ning Baizura dengan lagu Raksasa sambil Ning Baizura ditandu oleh "RAKSASA"


Persembahan diteruskan dengan nyanyian Ning Baizura dari album terbarunya antaranya adalah lagu Mama Papa, Bila, Pencarian, Alhamdulillah dan Aku Bukan Dewa lagu lagu tersebut adalah antara 8 buah lagu yang dimuatkan didalam album Dewa yang membawa maksud CAHAYA didalam bahasa sanskrit.


Dua orang "penyanyi jemputan" merupakan memang peminat setia Ning Baizura.


Kak Ina KL dengan Mr. Manager gembira mendapat album Dewa percuma harga album Dewa ini dijual dengan harga RM29 dan mempunyai 8 buah lagu didalamnya.


Red Mummy yang turut ingin bergambar dengan Ning Baizura.


Kak Ina KL yang dok sibuk mempromosikan blognya kepada Ning Baizura sewaktu diatas pentas.


Jejai yang agak malu-malu kucing untuk bergambar dengan Ning Baizura senyuman Jejai menampakkan beliau amat geram pada waktu itu.



Inilah orang yang paling bengang dengan aku pada malam itu iaitu Dd Sentap


Pada mulanya aku agak malas untuk naik kepentas untuk bergambar macam biasalah aku memang tak berapa nak suka bergambar ni tapi disebabkan Ning telah panggil "daydeck" banyak kali bukan nama aku jer dia panggil tapi hampir semua blogger's yang dia panggil aku naik jugalah itupun naik beramai-ramai ini menunjukkan Ning juga peka dengan para jemputannya.


Rizal dan Ray dari radio Era.FM yang menjadi pengacara pada malam tersebut memang sempoi mereka berdua.


Pada malam itu juga jemputan juga dipertontonkan dengan klip video lagu Bila dari Ning Baizura dan untuk pengetahuan semua pakaian yang dipakai oleh Ning untuk klip video dan pakaian pada malam itu adalah tajaan dari Rizman Ruzaini.


Sempat juga aku ambil gambar candid Ning Baizura ketika bergambar untuk promosi album tersebut.


Isaac Tan, Mohd Zaid, Alice, Red Mummy, Kak Ina KL dan Jejai bergambar bersama diluar kelab malam Zouk macam biasalah kalau sekali sekala bertemu di majlis sebegini rupa.


Seperti biasa bila berjumpa artis mahupun selebriti Mr. Manager mesti nak bergambar lepas tu pulak Ray juga memang sempoi giler walaupun sebelum ni aku pernah jumpa ditempat kerja tapi tak bertegur sapa.





p/s - memang layan lagu Ning Baizura yang terbaru ni.






Jumaat, 8 Julai 2011

Dapat Fridge Magnet Lagi



Salam semua, Selamat berhujung minggu diharap korang selamat dan tak kuar rumah sempena dengan perhimpunan BERSIH. Aku memang takkan la nak buang masa pergi perhimpunan cam tu sebab aku memang tak berapa nak suka bersesak dengan orang ramai ni silap hari bulan boleh masuk I.S.A. berbalik kepada cerita aku dapat Fridge Magnet dari rakan blogger yang baru balik dari Thailand terima kasih kepada blogger yang sudi memberi dan memahami aku yang memang suka kumpul Fridge Magnet ni.


Dari negara gajah putih mana lagi kalau bukan Thailand.


Antara koleksi Fridge Magnet yang aku kumpul tak banyak lagi tu.








Sony Ericson W8 Walkman Smartphone Dari Digi




Salam semua, hari Selasa malam Rabu yang lepas aku mendapat jemputan dari DIGI & NuffnangMY untuk menghadiri majlis pelancaran handphone Sony Ericson W8 di Mist Club, Bangsar. Tidak ramai blogger's yang dapat hadir pada hari tersebut kerana mereka ada event lain pada hari tersebut kalau tidak mungkin ramai lagi yang akan hadir.


Mist Club, Bangsar aku tak pernah pergi sebelum ni.


Macam biasa bila blogger's berjumpa pasti nak bergambar sakan.


Penerangan dari pihak DIGI menyampaikan maklumat tentang Sony Ericson W8 tersebut.


Persembahan dari Wakaka Dance yang memang menjadi kesukaan DIGI manakala Anak Perak juga seronok dan ingin menari bersama mereka.


Cayalah dengan brader dua orang ni buat persembahan.


Aku tengok Mr. Manager menari sambil bermain games Slasher Fruits aku tgk dia cam berpoco-poco jer nasib baik dia dapat untuk review handphone Sony Ericson W8 tersebut.


Kugiran D Tepi Pantai membuat persembahan yang menarik memang best layan lagu depa ni kebetulan Afif Af9 ni kawan sekelas aku tapi dulu aku panggil dia Aliff jer sebab nama dia Mohd Aliff Afif.


Antara blogger's yang hadir Mohd Zaid, Afra Yuri, Anak Perak dan yang seorang lagi tu aku tak kenal.


Handphone Sony Ericson W8 Walkman bergaya disertakan dengan portable stereo speaker M5450 yang memang sepadan dengan handphone tersebut untuk sebarang maklumat mengenai handphone Sony Ericson W8 tersebut sila KLIK SINI




How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!



How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Rabu, 6 Julai 2011

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2011




Jadual Waktu Imsak dan berbuka puasa tahun 1432h/2011m bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya



Jadual Waktu Imsak dan berbuka puasa tahun 1432h/2011m bagi Wilayah Persekutuan Labuan

Selasa, 5 Julai 2011

Tempahan Biskut Raya






Salam semua, korang tengok tajuk mesti cakap awalnya aku dah mula membuat tempahan biskut raya. Sebenarnya bukan aku yang dah mula mengambil tempahan biskut raya ni. Aku tengok kat opis aku dah mula orang bawak contoh biskut raya ni tapi cam aku ni jenis malas sedikit tiap-tiap tahun akulah orang terakhir yang bawak contoh biskut raya ni . Setiap tahun memang aku jual biskut ShortBread, Tart Nenas, London Almond, Biskut Bijan, Biskut Nestum, Candy kelapa & Biskut Kelapa sahaja memang ini sahaja yang aku jual dari dulu sampai sekarang selalunya agak memberangsangkan jugalah income yang aku dapat dari jual biskut raya ni. Kalau dari segi rasa pun bukan nak membangga tapi ramai yang cakap biskut yang aku jual ni sedap sampai ada 1 tahun tu aku tak nak jual pun depa buat permintaan nak tak nak dapat jugalah aku bagi duit raya kat budak-budak yang datang kat umah aku.


ShortBread permintaan paling tinggi setiap tahun memang sedap sebab biskut dia buat pakai kacang almond bukan tepung semata.




Sebahagian biskut raya yang aku jual tahun lepas jer kau dapat jual dekat 8 kotak besar.



P/s - Puasa pun belum lagi dah sibuk dengan raya.