Masyuk

Selasa, 31 Januari 2012

Bersantai Bersama Dato' Shafie Abdullah Di Kg Puah Lembah





Salam semua,
Kalau dah ada persiapan mestilah ada majlisnya kan, Majlis bersantai bersama Dato' Shafie Abdullah di Kg Puah Lembah diadakan disebelah malamnya. Majlis bermula selepas waktu Isyak sehinggalah ke tengah malam tapi aku tak ada waktu majlis ni sebab aku menghadiri annual dinner tempat aku kerja dekat Hotel Royal Chulan tapi aku sempat hantar wakil untuk mengambil gambar kalau bukan Cik Nieza.











Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari Dato' Shafie Abdullah, Ketua Kampung dan juga Ketua Pemuda Kg Puah Lembah.






Selepas itu ada penyampaian cenderamata dari penduduk Kg Puah Lembah kepada Dato' 






Suasa dah macam dekat laman santai istana budaya pulak kan.






Ucapan segala dah settle masa untuk makanlah pergi ambil sendiri tak kira pangkat ataupun usia semua ambil sendiri jer kata pun santai kan.
















 Semuanya hasil air tangan penduduk Kg Puah Lembah okeh tak ada tempah-tempah ataupun catering bagai. 





 Semuanya dimasak oleh penduduk Kg Puah Lembah makan panas-panas lagi.





 Siap ada karaoke lagi tu meriah gila wey waktu tu rugi aku xda.



Mak Long kesayangan aku pun ada gak okeh maklong aku yang "rendang" tu.




Ada guna gak gambar yang aku ambil tu ditontonkan kepada orang ramai bangga gak la aku rasa. 
ehehehehehhehee














p/s - tak kisahlah orang nak cakap pancing undi ke apa ker yang janji kami penduduk Kg Puah Lembah bahagia dan terus bahagia hendak-NYA. amin

Isnin, 30 Januari 2012

Persiapan Bersantai Bersama Dato' Shafie Abdullah Di Kg Puah Lembah



Salam semua,
Hari Isnin yang agak blues ni mmg agak kurang rajin nak bekerja. Hari Jumaat lepas Kampung Puah Lembah telah ,mengadakan majlis bersantai bersama Dato Shafie Abdullah iaitu ahli parlimen bahagian Wangsa Maju bersama penduduk di Kampung Puah Lembah dan sekitarnya. Segala persiapan disediakan sendiri oleh penduduk Kampung Puah tersebut.


Ketua wanita bahagian Kampung Puah Lembah antara orang yang paling sibuk membuat persiapan di rumah ketua kampung



Suasana bergotong-royong membersihkan padang futsall di Kampung Puah Lembah.



 
Segala kerja dilakukan bersama-sama dan menggunakan segala peralatan penduduk Kampung Puah Lembah sendiri.



 
 
Lempeng kelapa, Keropok ikan, cucur udang antara menu minum petang tersebut.



Suasana ketika persiapan dijalankan di Kg Puah Lembah.



 
Ada keraoke juga petang sampailah ke malam waktu solat berehat la.






Segala persiapan untuk aktiviti "pembakaran" terbuka di Kampung Puah Lembah telah disediakan.






Ahad, 29 Januari 2012

Sepagi Bersama PM di Kampung Puah Lembah



Salam semua,
Sekarang ni aku agak sibuk sikit nak update blog pun macam malas jer tapi keinginan tu masih ada lagi. Cerita tertunggak 20hb January 2012 yang lepas Dato' Sri Najib Bin Tun Abdul Razak iaitu Perdana Menteri Malaysia telah sudi untuk bertandang ke Kampung Puah Lembah, Jln Gombak, Kuala Lumpur untuk menyampaikan sumbangan RM500 iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada penduduk sekitar Wangsa Maju. Kampung Puah Lembah pada waktu itu dibanjiri hampir 4000 orang untuk menerima sumbangan tersebut. 






Wajah kegembiraan penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Kampung Puah Lembah tempoh hari.




Sekali sekala tukar pulak orang yang membawa bunga manggar selalunya belia yang bawa bunga manggar kali ini kita kasi mak cik-mak cik yang jalan pun dah seret kaki yang bawak bunga manggar tu.



Ketua wanita Umno dan ketua puteri Umno bahagian Kampung Puah Lembah bergambar dihadapan kumpulan caklempong dari Kg Sungai Mulia.


Ubi kayu rebus dan sambal belacan antara menu kegemaran Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak




Antara orang lama yang masih ada di Kg Puah Lembah






Pemuda terdiri dari pelbagai lapisan umur bermain kompang menyambut kehadiran PM.






Ketua Kampung selaku ketua Umno cawangan Kampung Puah Lembah mengiringi Dato' Sri Najib Bin Tun Abdul Razak kelihatan juga Dato Shafie Bin Abdullah dalam keadaan hujan renyai.






Kami semua memang mempunyai pakaian seragam dan apabila ada majlis majlis tertentu kami akan memakai pakaian tersebut.



Salah seorang nenek saudara aku yang turut mendapat BR1M tersebut.



Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak sudi menandatangi plak sempena kehadiran beliau ke Kampung Puah Lembah.



PM bergambar di pentas seni di Kampung Puah Lembah



Orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan voucer BR1M dari petugas.


1000 orang pertama yang dapat menebus voucer BR1M tersebut di Kampung Puah Lembah.




Sebahagian Wanita Kampung Puah Lembah






Pemuda berehat sambil makan dan minum selepas majlis selesai.





Lemang dan rendang yang menjadi kebanggaan penduduk Kampung Puah Lembah.




Akak sepupu aku sedang melihat gambar aktiviti di Kampung Puah Lembah kebanyakkan gambar diambil dari blog aku.