Masyuk

Sabtu, 29 Jun 2013

Tilawah Al-Quran - Piala FA - Masterchef Final



Salam semua,
Malam ni macam rajin nak update blog picisan aku ni pulak, satu malam tengok tiga siaran sekaligus.

Tilawah Al-Quran
- aku tengok sambil mendengar bacaan yang sungguh indah dari peserta, bg aku sekarang dah ramai peserta pandai mengaji dengan teknik berlagu kalau tak tu bacaan mereka selalunya terus je tanpa lagu. Pasal mengaji ni aku tak nak komen lebih-lebih sebab aku pun bukan pandai mana pun mengaji. Peserta wanita dari Negara Bangladesh pun mengaji pun boleh tahan berlagunya sekarang.


Masterchef Final
- baru berkesempatan untuk menonton masterchef final ni, Syura menang, kenapa tak boleh ke kalau Syura yang menang? Bagi aku itu dah rezeki dia mana kita taukan pada mulanya aku pun fikir macam tu juga boleh ke si Syura tu menang asyik masak masakkan kampung je, asyik ayam masak merah je last skali aku terpikir kenapa tak boleh ke martabatkan masakkan melayu, kalau bukan orang melayu sapa lagi nak memartabatkan masakkan melayu ni betul tak, lepas tu korang fikir masterchef Australia tu ada ke diaorang masak masakkan melayu atau masak makanan dari negara lain? Ada ke depa masak gulai pucuk ubi dengan sambal belacan? Orang kita je terhegeh-hegeh nak masak spegeti bagai tak boleh ke masak mee rebus muar. Ada tu sibuk nak buat pavlova, apa salah nya korang buat lempeng pisang ke tapi guna kreativiti sket untuk komersilkan sajian korang tu maybe boleh buat lempeng pisang pastu tambah buah beri yang memang bersepah dlam pantry tu atau apa saja yang korang sesuai utk dihidangkan. Ngomel panjang pulak aku wey padahal tak pandai masak pun walau apapun tahniah buat Syura sebab menjadi juara masterchef selebriti malaysia yang kedua.

Piala FA
-Keputusan 1-0 lagi, aku tak minat tgk bola ni tapi aku sokong JDT tapi tak taulah sapa menang sebab bola tu kan bulat.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Khamis, 27 Jun 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia



Salam semua,
Tajuk post aku kali ini pun sama juga dengan tajuk drama yang aku tonton setiap minggu tapi ada kalanya aku tak sempat nak tengok kat tv aku download jer kat laman web yang sedia ada. Cerita macam ni aku minat la sket tak meleret sangat cerita ini macam sinetron indonesia sebab mereka "kejar tayang" macam cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia ni memang aku layan jer cerita lain aku tak tengok sangat. Selalunya aku akan download drama ni hari isnin tapi sejak dua minggu ni payah sangat nak download drama ni mungkin ramai kot yang dok akses laman web ni nak download drama ni lepas tu ada pulak member aku pun dok layan drama ni nak senang kerja kitaorang share je drama ni.


Amik ko semua episod aku download

Tutorial Menukar Domain Dot Com Ke Blogspot Kembali



Salam semua,
Memandangkan aku tak renew domain yang aku beli dari DataKL dulu diatas sebab-sebab tertentu aku mengambil keputusan untuk menukar domain aku ke Blogspot kembali kerana apabila aku tak tukar domain bermakna blog aku tak boleh masuk dan Earning Nuffnang aku pun tak bergerak langsung walau tak banyak tapi boleh juga menambah-nambahkan. 

Caranya adalah seperti berikut:-
  • Lepas login ke akaun blogspot klik setting.
  • Klik di button basic lepas tu klik kat publishing.
  • Dekat hujung blog address anda akan dapat nampak tanda pangkah (X) just klik pangkah tu.
  • Last sekali just klik OK untuk remove custom domain yang ada lepas itu blog anda boleh dimasuk seperti biasa. 











p/s - yang wordpress aku tak tau cam mana nak remove domain.

 

Rabu, 26 Jun 2013

Topeng Jerebu




Salam semua,
Musim-musim jerebu ni macam-macam jenis topenglah yang aku dapat tapi yang tinggal kat aku cuma dua bijik ni jer ada tu siap ada charcoal bagailah fungsinya pun aku tak tau yang aku tau cuma pakai waktu naik motor jer. Topeng jerebu aku yang lain masing-masing lalu kat tempat aku kena paw tak sampai hati bagi jer lah janji semua orang sihat jer hendak-Nya. Alhamdulillah hari ini hujan turun lagi masalah jerebu bertambah kurang sedikit minta-mintalah keadaan jerebu di negara kita dan negara jiran akna dapat diatasi dengan cepat. 


Kerja Sambilan Di Rumah



Salam semua,
Korang tau tak mana nak cari kerja sambilan dari rumah? Aku try google tapi banyak macam tak betul jer aku pun tak tau macam mana nak cari, bukan apa selalu aku bosan tak ada kerja nak buat dari melepak buat benda tak menentu lebih baik aku cari kerja part time dirumah ker, kalau nak kerja part time kat 7e atau mekdi malas pulak sebab aku takut tak leh commit nanti. korang ada cadangan tak?

Selasa, 25 Jun 2013

Al-Fatihah



Salam semua,
Hari tu aku ada update mengenai Uwo di Bangkinang Sudah Dahului Kita - Al-Fatihah, selepas dari itu dua orang lagi uwo kami di sana pergi dahului kita di dunia yang fana ini. Selepas uwo di meninggal 2 orang uwo pula pergi iaitu uwo Tukia dan dua minggu selepas itu uwo Hjh Bariah pula pergi dijemput oleh yang Maha Esa.


Uwo Tukia meninggal setelah diberi tahu oleh seorang saudara di Bangkinang melalui BBM


Uwo Hjh Bariah meninggal dunia pada hari rabu awal bulan aritu 

 Ada juga gambar allmarhumah uwo bariah  sewaktu aku balik kampung dulu. Uwo ni seorang bidan dulu tu ramai yang sayang kat dia.


Rasa aku uwo isah sorang jerlah yang masih ada di kampung tu yang lain dah pergi dulu menemui sang penciptanya. semoga uwo terus sihat hendaknya amin



walaupun aku cuma keluarga angkat mereka tapi mereka memang sangat baik dengan aku yer sampai sekarang aku masih berhubung dengan mereka disana.

Jerebu oh Jerebu



Salam semua,
Apa khabar semua, sihat ker? dimusim-musim jerebu mungkin ramai yang kurang sihatkan. Semoga kita semua dilindungi oleh-NYA amin. Kalau rasa antibodi tak berapa nak kuat tu tak payahlah sibuk-sibuk nak berjoging ke hape nanti lain pulak jadinya daripada boleh la bernafas dengan selesa terus "padam" jer sat lagi sapa yang susah. mereka dan keluarga mereka jugak yang susah. Sekarang ni nak pergi kerja pun agak malas la sebab cuaca yang tak berapa nak sihat ni. semoga masalah jerebu ni dapat diselesaikan dengan cepat tak selesa umat manusia nak melakukan segala aktiviti yang sihat sebab cuaca yang tak sihat ni. Masalah jerebu ni katanya berpunca dari pembakaran hutan di Riau, Sumatera, Indonesia. Bagi aku tak ada masalah pun sekiranya masalah jerebu ni berpunca dari mana tak payahlah saling salah menyalahkan antara satu sama yang lain lebih baik fikirkan cara terbaik untuk memperbetulkan keadaan dulu dah selesai semua masalah baru lah bawak berbincang langkah yang selanjutnya. PEACE no WAR 

Rabu, 19 Jun 2013

Aku Kembali Ke Blogspot



Salam semua,
dah lama aku tak update blog picisan aku ni mungkin sebab kesibukkan agaknya.
mungkin lepas ni aku nak berblog balik seperti dulu supaya hidup dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah. Sebenarnya banyak lagi cerita ceriti yang hendak aku sampaikan tapi malam ni rasa macam tak sempat jer nak mengomel lagipun waktu macam ni aku masih kat tempat kerja sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan.