Masyuk

Ahad, 5 Disember 2010

Kena Ketuk Baru Nak Bergerak






Selamat pagi semua, Dah kena ketuk baru nak bergerak itulah aku selalu slow sikit dalam membuat sesuatu kerja ni. Malam ni aku tukar setting blog aku dari 10 yang publish kepada 3 sahaja itupun selepas sifu ku si Melz menegur dibahagian komen aku. Pada mulanya aku memang perasan pengunjung terpaksa scroll kebawah yang agak jauh tapi aku terlupa nak tukar setting hari tu Melz komen ari ni baru aku sempat nak tukar. anyway terima kasih atas tunjuk ajarku sifu, dah macam program realiti MENTOR plak.



Sabtu, 4 Disember 2010

Terbang Tinggi-Tinggi






Terbang tinggi-tinggi yang aku maksudkan bukanlah blog si Hamzah Ian yang poyo lagi GAY.
Terbang tinggi-tinggi yang aku maksudkan adalah sewaktu di Bangkinang tempoh hari aku, Aniza dan 3 orang lagi sepupu pergi ke OMPANG kalau sini Empangan la tu. Kami kesana dengan menaiki motorsikal lebih kurang dalam 25 minit juga lah hendak ke sana. Modus operandi untuk ke sana adalah untuk melihat keindahan alam yang terbentang.


Cantik pemandangan disana aman dan tenteram.


Model tak berbayar aku sewaktu di Bangkinang


Ambil "feel" di kampung la ni yer.


Nampak pulak orang memancing ikan bocek ataupun ikan haruan


inilah terbang tinggi-tinggi yang di maksudkan


Aku pun nak terbang tinggi-tinggi juga.


Terbang tinggi-tinggi beramai-ramai


p/s - Hamzah ko jangan perasan yerk


Rumah - Rumah Di Bangkinang





Rumah-rumah di Bangkinang kebanyakkannya sudah moden boleh dikatakan tak banyak rumah lama disana aku mencari juga rumah lama ataupun rumah adat disana tapi tak ada aku rasa semuanya dah didirikan rumah baru yang lebih moden. Peredaran zaman dan ekonomi membuat mereka cenderung untuk membina rumah moden dan melupakan rumah tradisional mereka.


Rumah salah seorang saudara yang juga sekampung.


Rumah mak cik Aniza di Desa Tebukik, Bangkinang


Dalam 3 buah rumah sebuah rumah itu saja rumah lama tapi macam dah tak berjaga.


Gambar ini diambil sewaktu aku diatas becak nak ke pasar.


Inilah rumah Cik Nab di Bangkinang. Sayang tak ada orang duduk kat rumah 2 tingkat itu setelah hampir 15 tahun dibina hasil dari berniaga goreng pisang di Wangsa Maju.


Suasana didalam rumah salah seorang saudara.


Ole-ole buat Kak Ina KL yang gilakan pinggan mangkuk antik.



p/s - kat sana hari hari aku makan jering (kencing bau baik punya) hahahahhaaa

Keropok Jangek




Keropok Jangek tu apa ekkk?? adik beradik keropok MONI tu kerk.. ahahhahahaaa
keropok jangek adalah sejenis jajan dari kulit lembu/kerbau kalau korang nak tahu ler. Kalau korang berasal dari Indonesia terutamanya dari Sumatera mesti korang tau keropok jangek ni. Keropok Jangek ni kalau makan dengan sate padang lagi layan siot kalau korang tak percaya cuba korang try.


Aku saja buat N3 ini pasal hari Isnin lepas aku joint melepak dengan Eyriqazz, Kak Ina KL & Mat Joe kat Restoran Mali's di Danau Kota. Memandangkan stok keropok jangek aku bawa dari Bangkinang lepas masih ada saki baki aku bawak ler ke Restoran Mali's tersebut niat hati nak kasi Kak Ina KL jer sebabnya Kak Ina jer yang minat nak makan benda-benda pelik ni kepada Eyriqazz & Mat Joe sorry la yer sebenarnya aku segan nak bagi korang sebabnya benda pelik yang korang tak pernah tengok mahupun jamah sekali pun. Ini semua angkara Kak Ina yang nak "pedajal" korang semua. Memula bukak keropok jangek tu memasing dengan lahap nya selepas habis 2 paket kecil keropok jangek tu baru aku & Kak Ina bagi tau depa yang itu adalah keropok berasal dari kulit kerbau/lembu paling ketara muka Mat Joe berubah macam nak muntah pun ada aku rasa Mat Joe waktu tu.


Muka Mat Joe & Eyriqazz terkeneneng pekena keropok jangek terus pergi ambil makanan di Restoran Mali's tersebut.


Firdaus a.k.a. Mr. Manager Kak Ina yang "stim" selepas pekena keropok Jangek.


Keropok Jangek sewaktu dijemur di tengah terik mentari.


Keropok Jangek yang sudah digoreng dan dimakan.




p/s - kredit pic to Eyriqazz

Enam Buffered Earning - Terima Kasih Nuffnang



Buffered Earning (BE) paling banyak yang pernah aku dapat sebab sebelum ini tak banyak pun BE yang singgah kat blog picisan aku ini. Blogger lain mungkin pernah merasa lebih dari apa yang aku dapat ini tapi blog picisan aku ini mana ada banyak yang singgah dan blog aku ini dah lah tah hape-hape tapi alhamdulillah dapat BE jugak aku tetap bersyukur dan berterima kasih kepada Nuffnang kerana sudi bagi BE kat blog picisan aku ini. Niat hati bukan hendak membangga tapi cuma nak berkongsi kegembiraan bersama teman-teman sekalian.



p/s - Uncle seekers kena saman dengan Mantan Permaisuri Siti Aishah kerk.

Jumaat, 3 Disember 2010

Lagu Kalau Berpacaran



Salam 1 Malaysia semua, Malam ni aku nak update pasal lagu Kalau Berpacaran nyanyian Ana Rafali, Sohaimi Mior Hassan & Ultimate (bukan ultimate fighter la) member aku kerja memang suka lagu ni jadi kami pun dah terjebak dengan lagu ni sampaikan kami tukar liriknya sesuka hati. Alhan ko kan peminat setia lagu ni kan jangan tak ngaku plak ekk...



Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x