Selasa, 10 Mei 2011
DiGi Live FB Party
Dalam pada memasing sibuk pergi event Hypp Tv hari tu aku pulak pergi ke One Utama sebab ada event DiGi Live FB Party. Serius memang event hari tu cam hampeh tak ramai orang yang datang. Lepas tu tak ada makanan yang disediakan untuk kami yang ada cuma air revive untuk orang yang minum arak ok la boleh minum free kat situ.
Janji event start jam 8.30malam tapi tak ada orang pun ada kat sini.
Nasib baik ada booth air revive untuk melegakan tekak yang kering ni.


Lepas tu tengok plak breakdance yang dipersembahkan oleh kumpulan Wakaka.

Nasib baik aku jumpa si Ruby & Zaid ada gak member aku kat situ.
Lepas tu ada pula sesi membida Smartphone Blackberry tapi harga yang dibuka RM60 last skali harga dekat RM1500 lebih baik beli kat kedai jer.
D' Wall ni tulislah macam kita update status kat fb kita.
Ruby dengan pemenang mencari orang.
Dd dengan semangat naik kerbau liar ni.
Aizat Hamdan yang nyanyi lagu Sungai Lui pun layan gak naik benda alah ni.
Bagus lah mamat ni walaupun OKU tapi still ada semangat nak naik kerbau liar ni.

Dua gambar terakhir ni bagi aku agak kurang ajar mereka ini boleh pulak letak 1 replika masjid kat tempat orang minum arak tak jaga sensitiviti orang islam langsung tak ada decoration lain ke mereka nak letak selain replika masjid kat situ bukan aku sorang jer perasan ramai lagi yang perasan dengan replika tu.
Labels:
kuala lumpur,
Malaysia,
nuffnang
Isnin, 9 Mei 2011
Pakej Perkhidmatan Jurugambar 2011
Salam Semua, Selamat hari Selasa semua kengkawan. Korang ada masalah untuk mencari jurugambar untuk semua majlis yang bakal diadakan?
kat sini aku nak bagi tau dan mempromote member aku yang menyediakan perkhidmatan jurugambar untuk anda semua. Berikut adalah senarai pakej yang disediakan untuk melihat gambar ataupun hasil tangan member aku korang boleh like group di facebook SNAP MEMORIA.
Pakej Studio

1. Pakej SSJD = RM550
- 1 sticky album (20 pages)
- 3 hour shoot
- 1 CD gambar
2. Pakej Ekin = RM750
- 1 custom album 8 x 12 (10 pages)
- 3 hour shoot
- 1 CD gambar
Turut menyediakan penyewaan studio photography berharga RM75 sejam, sewa untuk 3 jam anda akan dapat 1 jam tambahan secara percuma, Lokasi studio terletak di Taman Equine, Seri Kembangan.
Pakej Outdoor Session

1. Pakej Wangsa = RM400
- 3 hour shoot
-1 sticky album (20 pages)
- 1 CD gambar
2. Pakej Maju = RM600
- 3 hour shoot
- 1 custom album (10 pages)
- 1 CD gambar
Lokasi adalah mengikut permintaan anda dan kos pengankutan (Luar dari Kuala Lumpur) ditanggung oleh anda.
Pakej Pertunangan

1. Pakej Ranisa = RM450
- 1 sticky album (20 pages)
- 1 CD gambar
2. Pakej Rania = RM650
- 1 custom album (10 pages)
- 1 CD gambar
Pakej Perkahwinan

1. Pakej Nud = RM1150
- 1 custom album 8 x 12 (10 pages) @ 2 sticky album (20 pages)
- 1 CD gambar
2. Pakej Pza = RM1350
- 1 custom album 8 x 12 (10 pages)
- 1 sticky album (20 pages)
- 1 CD gambar
3. Pakej Azlin = RM1650
- 2 custom album 8 x 12 (10 pages)
- 1 bingkai gambar
- 1 CD gambar
4. Pakej Ain = RM1850
- 1 custom album 10 x 12 (10 pages)
- 1 custom album 8 x 12 (10 pages)
- 1 bingkai gambar
- 1 CD gambar
5. Pakej SNAP = RM2100
- 1 custom album 10 x 12 (10 pages)
- 1 custom album 8 x 12 (10 pages)
- 1 sticky album (20 pages)
- Pre @ Post wedding session
- 2 bingkai gambar
- 1 CD gambar
Jurugambar profesional wanita disediakan jika pengantin perempuan segan-segan nak ambil gambar sewaktu diandam, untuk sebarang pertanyaan sila email terus ke fiona_nyet@yahoo.com
Labels:
kuala lumpur,
Malaysia,
photography,
wangsa maju
Sabtu, 7 Mei 2011
Catatan Perjalanan Bali 2011 - Part 2
Hari kedua di Bali pagi pagi kami semua sewa motor harga lebih kurang RM17 sehari tapi kami cuma menggunakan setengah hari sahaja. Pagi tu perut aku dah kebulur terus mencari Rumah Makan Padang sebab makanan lain tekak aku ni tak boleh masuk sangat.
p/s - memang malas nak update blog. sekian
Labels:
Bali,
Indonesia,
jalan,
kebudayaan,
makan makan
Jumaat, 6 Mei 2011
Catatan Perjalanan Bali 2011 - Part 1
Selamat pagi semua, jangan tak percaya aku update blog pepagi buta cam ni. Sebenarnya aku nak cerita pasal aku kat Bali minggu lepas. Rombongan kali ini seramai 9 orang kitaorang gerak hari Khamis naik pesawat Airasia dengan harga tiket RM100 pergi balik itupun setelah menunggu hampir setahun tapi okeh lah boleh buat budget perjalanankan. Kitaorang sampai di Lapangan Terbang Ngurah Rai,Bali lebih kurang jam 7 malam waktu Bali dengan Malaysia sama jer tapi kat sana jam 6 petang dah gelap macam waktu maghrib kat sini. 1st day sampai tu memang tak banyak yang dapat dibuat sebab dah kesuntukkan masa. Kitaorang stay dekat Tune Hotel di Jln Legian agak jauh sikit dengan Kuta. Harga hotel pula adalah lebih kurang RM100 untuk 4 hari 3 malam.
p/s - banyak sambungan ni.....
Labels:
Bali,
Indonesia,
jalan,
makan makan
Langgan:
Catatan (Atom)