Masyuk

Ahad, 12 Jun 2011

Kenduri Kahwin Lagi



Salam semua, Minggu lepas aku pergi kenduri kahwin lagi dekat area rumah aku ni jer. Kenduri kali ini adalah kenduri saudara Cik Nieza kiranya sepupu Cik Nieza lah yang kahwin ni. Kenduri kali ini aku tak tolong sangat pun cuma aku tolong pasang bilik pengantin 2 hari sebelum kenduri sebab depa semua tak tau nak pasang macam mana padahal barang tirai semua tu dari kampung depa gak tak jadi masalah la sebab aku pun tak ada apa nak buat pun.


Ini adalah kumpulan Kompang dari adik Cik Nieza kalau korang nak menggunakan khidmat kompang ni bolehlah contact aku tolong promote.


Pasangan mempelai cantik diatas pelaminan.


Hantaran yang dibuat sendiri oleh pengantin perempuan.


Mak cik Jenab dengan Ibu Imur.


Kak Ipat dengan Bakso yang disediakan untuk tetamu aku cuma makan bakso ni jer memang sedap wey bakso ni sampai hari ini aku teringat bakso ni.



p/s - Semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawwaddah & warahhmah



Melepak Di Laman Santai, Istana Budaya



Salam semua, selamat berhujung minggu malam semalam aku g melepak kat Laman Santai, Istana Budaya. Setiap malam minggu pasti akan ada persembahan dari artis artis yang dijemput untuk memeriahkan malam minggu penggunjung ke Laman Santai. Seperti malam tadi artis yang dijemput adalah Uji Rashid, Latiff Ibrahim, Hail Amir & Dato Siti Nurhaliza mungkin disebabkan kehadiran Dato Siti Nurhaliza membuatkan ramai pengunjung malam tadi berbanding malam minggu yang sebelum-sebelumnya. Semakin Hari Semakin Sayang, Wajah Kesayangan Hamba, Seiring dan Sejalan dan banyak lagi lagu-lagu yang mengamit nostalgia.


Persembahan pembukaan dari penari Istana Budaya


Uji Rashid berduet dengan Hail amir


Uji Rashid & Dato Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Semakin Hari Semakin Sayang

Hail Amir berduet dengan Dato Siti Nurhaliza


Kami nak cari alat muzik tersebut apakah namanya.


Wajah ayu Dato Siti Nurhaliza


SnapMomento bergambar bersama Siti Saida yang begitu sporting dan tidak sombong.


Cam biasalah lepas abis persembahan ada joget lambak dengan lagu Joget Malaysia bersama pengunjung Laman Santai, Istana Budaya.


Depa ni pun nak tengok juga Dato Siti Nurhaliza & Uji Rashid.





Jumaat, 10 Jun 2011

Kata Kunci





Salam semua, aku sebenarnya memang kurang mood untuk berblog ni tapi disebabkab BE ada menjengah ke blog picisan aku ni aku pun rajinlah untuk berblog sikit lantak la kalau korang nak cakap aku gila duit Nuffnang bukan selalu pun BE nak menjengah kat blog aku nih. Tajuk Kata Kunci sebabnya aku tertarik dengan kata kunci yang orang cari sampaikan singgah di blog aku ni. Kalau tak silap orang cakap SEO kot aku bukan pandai sangat pun dalam berblog ni.


1. jemputan umrah astro oasis
2. astro oasis jemputan umrah 2011
3. peraduan jemputan umrah astro oasis 2011
4. jemputan umrah astro

- Sebelum ini aku ada update mengenai Program Jemputan Umrah - Astro Oasis memang menjadi aku tak sangka ramai juga yang mencari kata kunci tersebut mungkin ramai yang berkeinginan untuk menyertai Program Jemputan Umrah yang diadakan oleh pihak Astro Oasis, ini menunjukkan program tersebut memang mendapat sambutan yang agak tinggi.


5. baim wong
6. baim wong 2011

- Baim Wong adalah seorang pelakon sinetron Indonesia yang pernah aku jumpa sewaktu beliau datang ke Malaysia tempoh hari dengan tajuk Bergambar Bersama Baim Wong @baimwing


7. tips ke bandung 2011
8. gambar kain lace dibandung

- Sebab aku selalu ke Bandung tak kira untuk shopping atau bawak kawan2 pergi jalan jalan kat sana kalau nak tau cerita pasal Bandung KLIK SINI




Buffer Earning Singgah Lagi





BE ada jengah kat blog aku ni tapi macam tak da mood nak update blog korang leh tolong updatekan tak.... ahahahha

Isnin, 6 Jun 2011

Selamat Pengantin Hash Mush



Salam hari Isnin yang indah kepada semua, Dua minggu lepas aku agak sibuk jugalah dengan majlis kenduri seorang blogger's yang tak berapa nak rajin update blog dia tak lain tak bukan si HASH MUSH di Wangsa Maju. HASH MUSH ni bukanlah saudara aku tapi aku dengan family HASH MUSH ni memang rapat giler dah macam family jer. Kenduri kalau kat rumah HASH MUSH ni memang tak pernah nak pakai perkhidmatan katering semuanya masak sendiri je sama macam kenduri kat rumah mak cik Jenab. Kenduri hari Sabtu aku mula cuti dari hari Jumaat sebab dia nikah pagi Jumaat tapi disebabkan hari hujan aku tak dapat pergi dia nikah tu aku kan tak ada kereta naik motor buruk jer aku stay kat rumah tolong memasak dan sediakan apa yang patut. Hantaran & bunga telur semua pengantin dengan aku buat sendiri seminggu lebih juga aku berulang setiap malam ke rumah pengantin nak siapkan semuanya.


Malam berinai dengan warna Silver & Hitam


Hari langsung dengan tema warna Hijau Tua.

Inilah dia HASH MUSH


Mak pengantin gembira masyuk tangan aku dok gatal nak rembat angpow yang dapat.


Aku pun dapat baju tema keluarga warna pink lagi tu bak kata kawan-kawan aku jambu tu.


Sesi makan beradap apsal la muka ko cam tu Hash Mush


Mak pengantin memberikan bunga telur kepada jiran yang sedang mendendangkan lagu.


Kawan-kawan aku yang membantu di majlis tersebut.


Bangga menulis ucapan di Guestbook yang aku, pengantin & abang pengantin yang buat.





Semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah & warahmah

Jumaat, 3 Jun 2011

Teater Kenangan Mengusik Jiwa




para pelakon:
Dafi sebagai Rey (60an)
Ana Raffali sebagai Rose (60an)
Iqbal Mazlan sebagai Azizan (60an)
Latif Ibrahimsebagai Rey (2011)
Siti Saida sebagai Rose (2011)
Halil Chik sebagai Azizan (2011)

Penampilan Istimewa Artis-artis 60an :
Datuk Ahmad Jais, A Rahman Onn, L Ramlee, J Sham, A Halim, Husin Ismail, A Rozainie, Fatimah M Amin, Band The Rhythm 60’s dan Band The Wanderers


Sinopsis Teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa
Rey (Rahman) kembali ke kampung halamannya setelah sekian lama menghilangkan diri. Dengan menggunakan teknologi yang serba canggih masa kini, beliau telah ditemukan semula dengan rakan karibnya Azizan. Seperti yang telah dijanjikan, Rey dan Azizan akhirnya berjumpa kembali setelah hampir 30 tahun tidak bertemu.

Perjumpaan mereka telah banyak mengimbau sejarah terutama semasa mereka menuntut di kolej dulu. Namun begitu, Rey sebenarnya cuba untuk mencungkil berita tentang kekasihnya Rose yang dikenalinya semasa menuntut di kolej yang sama sekitar 60an, jika Azizan tahu mengenai perkembangan Rose.

Dari awal mereka masuk ke kolej, sehingga tamat pengajian pada sekitar tahun 1960an, dipaparkan bagaimana hubungan Rey dan Rose tercetus dan bagaimana terputus sehingga ianya benar-benar menghantui fikiran Rey. Itulah sebenarnya yang ingin Rey ketahui.


**********************************************************



Salam semua, Malam tadi aku berteater di Istana Budaya lagi tengok Teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa (TMKMJ). Sebenarnya aku dapat tiket percuma dari UMNO PJU terima kasih diucapkan. Malam tadi aku bawak ahli UMNO Kampung Puah Lembah yang memang teringin nak masuk ke Istana Budaya tu sudah rezeki depa aku hangkut la mak cik - mak cik Kampung Puah Lembah tu layan TMKMJ sekali memang kena la dengan usia merekakan antara yang pergi adalah aku sendiri, Cik Nieza, Shikin Ahmad, Norshafiqah Kamarudin, Pn. Rahamah Tamu, Pn. Hasiah Jantan & Pn Noni Soomoh. Bagi aku teater ni best sebab hampir kesemua lagu yang didendangkan adalah sangat evergreen dan aku yang muda ni pun layan gak rasa macam dekat kenduri kahwin di Kampung Puah Lembah jer bila tengok. J Sham pula yang popular dengan lagu surat untukmu pula memang paling bertenaga dalam membuat persembahan. Lakonan Dafi dan Ana Rafali juga tidak mengecewakan cuma penari lelaki yang ada kat situ nampak macam gedik sikit la.



Memang serasi watak Ray & Ros. Watak Ray dilakonkan oleh Dafi manakala watak Ros dilakonkan oleh Ana Rafali.


Comel jer aku tengok si Ana Rafali tu.


Latiff Ibrahim dengan Saida sebagai Ray & Ros di tahun 2011.


Antara penyanyi 60-an yang masih bertenaga dalam membuat persembahan antaranya adalah J Sham, Fatimah M Amin & A Rozaini ataupun jelmaan A Ramli memang sama suara dia.


Pengarah teater tersebut adalah Lokman Ghani yang sebelum ini pernah mengarahkan Teater Muzikal Teratak Minang


Bukan selalu dapat masuk IB ni kenalah ambil gambarkan dengan latar belakang poster TMKMJ.


Banyak motor Vespa yang dipamerkan disini.