Masyuk

Jumaat, 27 Februari 2009

Goodbye Malaysia yang Kucintai..... :)



Yeah yeah
Esok pagi aku akan berangkat ke Medan, Indonesia
Aku nak g jenjalan sebenor nyer haku xpernah ar g Medan
& haku pun xtau ler keadaan disana aku g sane main redah jerk
xtau ler nak duk hotel mane….heheheheh (gamble gler)
haku g sane 4 hari 3 malam aku balik ke Mesia ari selasa flight jam 10.30 waktu sana
aku kalau ke Bandung or Jakarta xda hal nyer
leh dikatekan dah khatam tempat2 kat saner
sib baik ada kak yenny yang seblum ni ada datang ke Mesia ni waktu new year arituh
aku akan jumpa ngan kak yenny on Sunday nanti aku tepon ar dier
kak yenny nih dari Acheh dier kijer kat sana
datang Medan nak g gathering waktu zaman die Kuliah on Saturday esk nyer baru aku jumpe ngan dier
kalu pasal lake toba xtau lagik la aku nak g sana ker dak
kalau ada masa n ada pitih baru ar aku g sana
kalau xdo idak ler teman g gamak nyer orang cakap kalau da ke Medam musti singgah lake toba tidak tak lengkap ghaser nyer…. JL
tapi xtau ler aku g ker dak …. Tapi yang pasti nyer aku nak g Istana Maimon (bukan kak Mon mak si Azleen tuh) ahahahaahhaaa…
dan lagi satu tempat aku nak g Masjid Raya kowt nama nyer Brastagi gak aku nak g makan bebuahan kat sana
dierorang cakap kat Brastagi banyak bebuahan segar kat sana
heheeheheheheheh
semoga aku selamat pergi & selamat pulang ke Mesia yang tercinte
amin…

Rabu, 25 Februari 2009

jodoh



Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita.
Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.


Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.


Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.


Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan
Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?


Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala
cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Sabtu, 21 Februari 2009

UJIBAKAT TEATER MAHSURI



UJIBAKAT TEATER MAHSURI

Ujibakat mencari pelakon untuk pementasan teater Mahsuri arahan Fauziah Nawi yang akan dipersembahkan di Istana Budaya pada April 2009.

Tarikh : 21 dan 22 Februari 2009
Masa : 10pg - 5 ptg
Tempat : Istana Budaya, Kuala Lumpur

Berkebolehan dalam lakonan, nyanyian dan tarian
Latihan akan dimulakan pada Mac 2009.
Maklumat lanjut sila hubungi Farah (012-6170697)

copy from ibu fauziah nawi

Sabtu, 7 Februari 2009

Art from Kartika Affandi



tadi aku sempat la singgah kat RA Fine Art, No 6 jln aman off jln tun razak, kuala lumpur untuk melihat lukisan dari Kartika Affandi seorang pelukis yang berasal dari Indonesia, menarik sekali lukisan nya kerana beliau hanya mengunakan jari sebagai berus dan tapak tangan sebagai pallete.

Selasa, 27 Januari 2009

promo sket.....



memandangkan kakak aku ni baru jer tau membega internet nih aku sajer jerk nak promote akak aku nyer andaman ni ha ..... kalau korang or korang nyer family or friends yang nak kawen / bertunang kerk korang leh belek belek kat pages akak aku nih ha..... Pn. Lina

Isnin, 26 Januari 2009

aWarD La PulloKK........



baru jer dapat award nih dari my x-staff iaitu kak has a.k.a me+him+us
apo lagi aku pon tepek jer ler benda nih kat aku nyer blog.... any way thanks ya kakak yang still hengat kat budak gemuks nih.....wakakakakakkaaaa

received this one from kak nasz sayang ibu mamaDhea and maybe ada lagik kot.. tp x jumpak lak dlm blog depa.. thankss to all okehh..

The rules of this award are:-

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda


2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda


and the award goes to..

daydeck-my ex-opis-adik

juju - the new blogger in the making
zue - ex UTM - terjumpa di dunia blog

plus sapa2 yang nak.. sila la amik.. sila sila.. tambah nasik tambah nasik...


3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya..


1)seorang yang gemuk dan xnak kurus kalau kurus nanti orang cakap aku mat pet susah nak jaga mulut orang...

2)aku mmg xberapa nak suke kat budak2 kecik terutamanya budak2 yang ngada2 rase cam nak lempang jerk....

3)sker ngusik anak2 buah aku sampai diaorang nangis gile2 .....

4)sker sangat geget bebudak yang gemuks jer...hahahhaha (cam aku gaks arrr)

5)aku ni orang nyer sker masak tapi kalau semua benda ada la kalau xcokop 1barang mmg xjadi la masakan aku tuh rela aku g makan kat kedai jerk

6)aku sker simpan key chain kat umah aku da ada dekat 100 key chain aku simpan .. saper g jenjalan je aku kirim key chain....

7)sker main badminton tapi da lama aku xmain badminton coz xder orang nak booking court badminton (sape keje DBKL tulun booking tuk aku)....

8)aku paling xsker nak g carik kasut kerna saiz kasut aku payah nak carik cam hampeh saiz kaki 11 mmg susah aku nak carik kasut xkire ksut keje ker kasut jenjalan ker senang pakai crocs jerk

9)sker g jenjalan aku sker jenjalan jenis bagpack jer ... hangkut beg pastu trus gerak bukan lari umah tau....

10)aku ngan kengkawan aku semua nyer gemuks2 belaka kerana kami semua suka g makan2 kat mana mana (tolong rekemen tempat makan yang menarik)

nah amik award ni tuk korang

JIMBOB
DEEKAZA
TEMAH LOSONG
LIN CARI.COM


yang lelain nak amik jer ler award nih yerk jgn malu n jgn segan