Masyuk

Ahad, 13 Februari 2011

Annual Dinner Glittering Stars of Astro CCC



Salam kepada semua, apa khabar ada sihat ker? aku nak cerita hari Jumaat malam sabtu yang lepas tempat kerja aku ada buat annual dinner kat Palace of the Golden Horses dengan tema Glittering Stars of Astro CCC tapi aku tak da lah nak glitter ni pun cuma nak g makan free jer.


Tengah bersiap di washroom jer orang lelaki tak perlu la nak tempah bilik bagai.


Macam nak bersiap pergi bersanding pun ada mamat ni.

Biasalah sekali sekala nak bergambar.


Lepas bersiap tu sempat lagi kitaorang pergi photoshoot kat luar kejap bila lagi nak merasa.


Sebelum bermula lepak kat luar dulu mengucah maruku dengan kacang dulu.


Mamat ni perasan Faizal Tahir....


Persembahan sebelum acara bermula.


Kalau yang perempuan mestilah bergaya lebih yang belah kiri tu adalah adik kepada Afdlin Shauki kerja dekat Astro gak.


Antara deco & makanan yang disediakan kepada tetamu, Chinese style la tekak aku ni dah la tekak melayu memang tak berapa nak makanlah makanan yang disediakan.


Just In dapat MacBook Aire siot sapa nak bagi free aku tak dapat apa-apa pun tak ada rezeki.


Kemuncak persembahan dari Faizal Tahir.






Rabu, 9 Februari 2011

Ibu Siti Pun Nak Berblog Juga




Salam semua, Korang nak tau tak Ibu Siti sekarang dah pandai berblog sekarang. Korang jangan pulak salah faham Ibu Siti yang aku ceritakan nih bukanlah ibu siti situ sana sini pekebenda tu. Ibu Siti yang aku maksudkan adalah ibu kepada Muhammad Akeef Mirza.
Layan sambil tu korang pun bleh order cupcakes yang dia buat sedap wey yang perasa blueberry tu. Layan zaasssss.....









Isnin, 7 Februari 2011

Cara Membuat Button Link Di Header



Salam semua, Hari ini aku nak kongsi macam mana hendak membuat "Button Link" di Header seperti yang tertera di gambar diatas ni dengan orang yang singgah di blog picisan aku ni. Sebelum ini aku memang tak tahu macam mana nak buat benda alah tu tapi selepas aku tanya kat Kak Ina KL dia terus bagi link cara membuat "Button Link" aku pun mencuba dan ianya berjaya tapi sekarang aku nak kongsi dengan koran cara hendak membuat "Button Link" ini.



Login blogspot macam biasa lepas tu klik dekat NEW POST macam kita nak update blog kita macam biasa.



Selepas itu clik pula Edit Pages



Dah tu clik plak dekat NEW PAGE




Lepas tu buatlah macam kita nak buat entry post
1. Masukkan Titlle macam aku buat contohnya Laman Utama, Vacation dan sebagainya.
2. Masukkan tajuk apa yang korang nak letak untuk entry post tersebut.
3. Klik kat tab Link




Akhir sekali masukkan url dari entry korang yang dah post sebelum ini.


Hasilnya adalah seperti gambar yang tertera diatas kalau korang dah buat "Button Link" tu korang boleh edit warna pulak dekat bahagian design.




p/s - betul ker aku cakap benda ni "BUTTON LINK" di Header.







Hantu Kak Limah Balik Rumah Di AstroFirst





Salam 1 Malaysia semua, Korang jangan lupa untuk subsribe AstroFirst bulan ini sebab ada filem Hantu Kak Limah Balik Rumah kalau korang nak subsribe lah. Tiada paksaan pun kalau nak tahu lebih lanjut layari http://www.astro.com.my/astrofirst/

Gunung Mat Cincang, Pulau Langkawi, Kedah






Salam dan apa khabar semua, Setelah empat hari baru hari ini aku sempat nak sambung update blog picisan aku ini. Biasalah aku kalau update pasal aku pergi jalan paling kurang pun aku update 3 entry. Sambung cerita pasal Pulau Langkawi balik yer. Hari ke-dua kat Langkawi kami cuma pergi ke tempay yang banyak kapal aku tak ingat plak nama tempatnya, lepas tu kami gerak pergi ke Gunung Mat Cincang.


Antara kapal layar yang terdapat disitu


Model tak berbayar sedang di "BOKEH"


Cable Car menuju ke Gunung Mat Cincang.


Memula semua agak gembira nak naik Cable Car.

Sebelum sampai ke Stesen terakhir.


Antara pemandangan indah yang sempat aku amik.


Amik ko kat atas ni pun aku nak melompat jugak.


Memasing kecut perut waktu nak turun dari Gunung Mat Cincang.


Sewaktu di kawasan Beras Terbakar.


Cuma ini sahaja yang tinggal.







Rabu, 2 Februari 2011

Dataran Lang, Pulau Langkawi, Kedah




Selepas habis melawat Makam Mahsuri kami semua terus bergerak ke Dataran Lang. Dataran Lang ni terletak berhampiran dengan Jeti Pulau Langkawi. Dataran Lang ini menjadi salah satu simbol bagi Pulau Langkawi kerana terdapat monumen Burung Helang yang besar sebagai burung yang begitu sinonim dengan Pulau Lagenda ini.


Ajan sewaktu menunggu hendak ke Dataran Lang.


Pintu Gerbang Dataran Lang, Kalau korang perasan ada nampak burung helang kat gambar tersebut.


Dah sampai kat Pulau Langkawi haruslah bergambar dekat monumen burung helang ni kalau tidak tak payah la ke Pulau Langkawi tu.


Selepas itu sementara menanti waktu azan Maghrib kami semua menunggu di tepi pantai sempat jugalah aku snap pic ni menarik pulak aku tengok gambar ni.




p/s - ada lagi sambungan ekkk