Masyuk

Sabtu, 12 November 2011

Happy Birthday Adam Akmal Yang Ke-5





Salam semua,
Cerita dah basi baru aku nak update pasal ni 26hb October yang lepas akak aku sambut bestday anak dia yang ke-5 di Wangsa Maju, tak buat besar-besaran pun cuma adik beradik dan kawan rapat dia jer. makanan pun cuma beli jer tak ada masa nak masak-masak bagai lagipun dah penat nak masak-masak nih. Kek pulak akak aku tempah kat kawan dia juga katanya Red Velvet tapi tak red pun tak masam pun maybe dia baru nak belajar buat bisness kot.  Tak pe lah benda dah jadi kasi peluang kat orang tu memperbaiki apa yang terkurangkan. 







Inilah rupa kek yang ditempah dengan harga RM100 dari kawan akak aku tu warna pun tak berapa nak red la.



Antara menu yang adalah adalah Sate, Bihun goreng, dan KFC perasa TomYam aku tak sker sangat KFC baru ni tak original la wey.







Birthday boy dengan cousinnya yang comel.




 
Masing-masing tak sabar nak merasa kek yang ditempah khas. 



 
Aku dengan anak-anak buah aku sempat jer nak bergambarkan.






Jumaat, 11 November 2011

Cek Dari Nuffnang










Salam semua, 
Selamat berhujung minggu yang indah, Semenjak aku berkecimpung dengan NuffnangMY sebanyak 3 kali aku dah dapat cek dari NuffnangMY, Memang tak rugi aku joint NuffnangMY sapa nak bagi duit wey dari aku melanguk tak tentu pasal main games ngan pesbuk lebih baik aku berblog dapat jugak sikit-sikit dari tak ada langsungkan memanglah tak banyak aku dapat cam orang lain tapi bagi aku oklah dari tak ada langsungkan.  Aku memang memang tak kejar sangat pun dengan duit tu tapi aku puas berblog lagipun blog aku ni cuma merapu pasal kehidupan aku jer tak ada ilmu pun yang korang dapat kat sinikan yang penting berblog dengan ikhlas dan menambah kenalan sahaja.



 RM189.70 jer jadilah sapa nak bagi barang sesen pun kan.



Terima Kasih NuffnangMY membuatkan aku terus "setia pada yang satu"







 

Nahas di Behrang: Seorang guru turut maut





Ingat Kemalangan 10-10-10 DISINI,

11/11/2011

BEHRANG: Tiga pelajar sekolah terbunuh apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di KM382 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Behrang, pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim berkata, bas berkenaan membawa rombongan pelajar dan guru sebuah sekolah dari Kulim, Kedah. 


Selasa, 8 November 2011

Aidiladha 2011 Kampung Puah Lembah





Salam semua,
Hari Raya Aidiladha 2011 aku sambut di Kampung Puah Lembah, tahun lepas aku sambut Aidiladha di Bangkinang, Pekanbaru, Indonesia. Kalau kat KPL ni memang sentiasa meriah kalau meyambut sebarang majlis. Pagi selepas ke Masjid untuk menunaikan solat aidiladha aku ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah untuk menziarah kubur arwah nenek dan saudara mara aku disana.  Lepas tu balik rumah tukar pakaian pergi ke Kampung Puah Lembah aku memang apa apahal memang turun ke KPL jer kat sana memang meriah kalau ada majlis ni. 5 ekor lembu dan 2 ekor kambing menjadi korban semalam.  Semua kerja dilakukan secara bergotong-royong bersama penduduk di KPL.








Sebelum dan semasa disembelih sempat lagi lembu putih tu berak buat kali terakhir dan lembu hitam pulak posing manja pulak dia.




Proses melapah sampaikan waktu kat dalm perut pun aku nak ambil gambarnya.




 Tiap-tiap tahun perut lembu memang basuh dalam Sungai Gombak jer memang meriah dulu itulah kerja aku basuh perut lembu, usus semuanya kat dalam sungai budak-budak tu setahun sekali jer mak bapak depa lepaskan mandi sungai tu.




Daging korban yang telah ditimbang lebih kurang 2kg sebungkus untuk diagih-agihkan kepada penduduk KPL. Dato Astamam juga turut hadir di KPL untuk merayakan Aidiladha bersama penduduk.




Memasak juga dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk KPL terutamanya kaum ibu. 




 
Supaya majlis dan seluruh penduduk KPL diberkati bacaan doa yang diketuai oleh imam kampung selepas solat zohor.




Kaum lelaki dah penat melapah, memotong daging korban dan kaum wanita pula dah penat memasak apalagi masa untuk makan bersama lah bukan selalu dapat jumpa macam ni walaupun kami semua satu kampung.




Sup tulang memang semua orang tunggu tapi aku tak makan pun malas tersangkut kat gigi daging tu lagipun aku dah makan kari kambing takut gak panas badan aku nanti.




Dah selesai makan semua adalah waktu untuk mengambil daging korban yang kami dapat.




Aku pun dapat jugak nama tersenarai okeh.


 


Ahad, 6 November 2011

Malam Aidiladha 2011 Di Kg Puah Lembah






Salam semua,
Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat islam di dunia. Malam tadi aku pergi ke Kampung Puah Lembah, Jln Gombak, Kuala Lumpur untuk bersama-sama menyambut Hari Raya Aidiladha. Setiap tahun Kampung Puah Lembah akan menyambut malam Aidiladha di Dewan Orang Ramai secara beramai-ramai. Malam sebelumnya semua penduduk bergotong-royong memasak dan membakar lemang untuk dihidangkan kepada penduduk malam tadi. Memang sudah menjadi tradisi untuk Kampung Puah Lembah bergotong-royong sejak dahulu lagi. Suasana Aidiladha rasanya lebih meriah disambut seperti ini selalunya apabila Hari Raya Aidiladha sambutannya agak hambar daripada Hari Raya Aidilfitri. 




Majlis bermula selepas waktu solat Isyak, orang ramai berkumpul di dewan dan dimulakan dengan takbir hari raya beramai-ramai, diikuti pula dengan bacaan doa serta ucapan pemangku ketua kampung memandangkan ketua kampung pergi menunaikan fardhu haji di Makkah.


Pelbagai makanan yang dihidangkan kepada penduduk kampung antaranya adalah Kek, Lemang, Rendang Ayam Kampung, Lontong, Kuah Lodeh, Buah-buahan dan macam-macam lagi yang kebanyakkan adalah air tangan penduduk Kampung Puah Lembah itu sendiri.




 Suasana yang agak meriah sewaktu ucapan yang disampaikan oleh pemangku ketua kampung sempat berpesan supaya kerjasama antara penduduk adalah amat penting.




 Masa untuk makan telah tiba berkerumun untuk mendapatkan makanan sementara stok masih ada.




  Kemeriah Aidiladha terasa di Kampung Puah Lembah tidak seperti di tempat lain.










p/s - esok tukang ambil gambar waktu korban pula dah itu tugas aku seperti biasa bukan nak mengelak buat kerja okeh.




Sabtu, 5 November 2011

Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com








Salam semua,
Zaman sekarang ni memang semua orang tergila-gilakan dengan Gadget yang berlambak di pasaran luar sana dan setiap orang pasti mengidamkan sekurang-kurangnya 1 gadget untuk kemudahan dan minat korang tersendiri. Macam aku memang aku idamkan untuk mendapatkan 1 gadget yang aku suka iaitu IPAD 2 untuk memudahkan untuk aku update blog picisan dan harga IPAD 2 sekarang pula boleh tahan mahal nak beli mungkin tidak rasanya kerana banyak lagi yang perlu aku selesaikan "KEPERLUAN" dahulu sebelum "KEHENDAK" yang kalau diikutkan memang belum tercapai dek akal aku. 


Memandangkan Denaihati kebetulan mengadakan Contest Gadget Impian tak salah rasanya untuk aku membuang sedikit masa untuk menyertai Contest yang beliau adakan mana tahu ada rezeki buat aku untuk mendapatkan Gadget impian yang aku idam-idamkan itu. Rezeki kita tak boleh nak duga mungkin Allah S.W.T. membuka hati Denaihati untuk memberi aku IPAD 2 nanti manalah kita tau kan. Kita cuma boleh merancang dan hanya Allah S.W.T. yang menentukannya.



“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti dan Serverfreak