Masyuk

Ahad, 6 November 2011

Malam Aidiladha 2011 Di Kg Puah Lembah






Salam semua,
Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat islam di dunia. Malam tadi aku pergi ke Kampung Puah Lembah, Jln Gombak, Kuala Lumpur untuk bersama-sama menyambut Hari Raya Aidiladha. Setiap tahun Kampung Puah Lembah akan menyambut malam Aidiladha di Dewan Orang Ramai secara beramai-ramai. Malam sebelumnya semua penduduk bergotong-royong memasak dan membakar lemang untuk dihidangkan kepada penduduk malam tadi. Memang sudah menjadi tradisi untuk Kampung Puah Lembah bergotong-royong sejak dahulu lagi. Suasana Aidiladha rasanya lebih meriah disambut seperti ini selalunya apabila Hari Raya Aidiladha sambutannya agak hambar daripada Hari Raya Aidilfitri. 




Majlis bermula selepas waktu solat Isyak, orang ramai berkumpul di dewan dan dimulakan dengan takbir hari raya beramai-ramai, diikuti pula dengan bacaan doa serta ucapan pemangku ketua kampung memandangkan ketua kampung pergi menunaikan fardhu haji di Makkah.


Pelbagai makanan yang dihidangkan kepada penduduk kampung antaranya adalah Kek, Lemang, Rendang Ayam Kampung, Lontong, Kuah Lodeh, Buah-buahan dan macam-macam lagi yang kebanyakkan adalah air tangan penduduk Kampung Puah Lembah itu sendiri.




 Suasana yang agak meriah sewaktu ucapan yang disampaikan oleh pemangku ketua kampung sempat berpesan supaya kerjasama antara penduduk adalah amat penting.




 Masa untuk makan telah tiba berkerumun untuk mendapatkan makanan sementara stok masih ada.




  Kemeriah Aidiladha terasa di Kampung Puah Lembah tidak seperti di tempat lain.










p/s - esok tukang ambil gambar waktu korban pula dah itu tugas aku seperti biasa bukan nak mengelak buat kerja okeh.




0 comments: