Masyuk

Khamis, 1 Mac 2012

Bintang Bistro & Restaurant - Seri Kembangan



Salam semua,
Dua hari lepas aku pergi tolong member aku angkut barang dekat Seri Kembangan, Selangor. Biasalah dah penat-penat hangkut barang kompem lapor dan dahagakan member aku pun suggest makan dekat Bintang Bistro & Restaurant ni. Makanan dekat sini sedap jugaklah harga pulak boleh tahan tapi kalau hari hari makan mau lingkup wey sekali sekala ok lah makan kat luar ni.

Nama pun Bintang Bistro & Restaurant mestilah kena ada gambar bintang tapi bukan Air cap Bintang yang bersepah kat Bali tu.



Macam-macam ada western, Ala carte semuanya adalah yang penting duit kena ada.



Bandung cincau menjadi pilihan harga pun RM2.50 jer apa ada hal.



Nasi goreng bintang tapi tak nampak pulak bintang dalam makanan tu. Nasi goreng bintang tu Nasi goreng pattaya campur Ayam masak merah disertakan sekali dengan papadom. Sedap tapi kurang podeh bagi aku yang kuat makan cili.



Kalau korang berminat nak merasa makan kat sini alamatnya seperti dalam gambar diatas.


Isnin, 27 Februari 2012

Nuffnang 5th Birthday Party



Salam semua,
Semalam 26hb Febuari 2012 Nuffnang telah menyambut ulang tahunnya yang ke 5 di Neverland Club, Jln. Kia Peng, Kuala Lumpur dengan bertemakan BIRU. Aku tak buat entry pun sebab tak sempat tapi dapat juga jemputan sebab menemankan Hazman yang ajak aku pergi sebab boleh bawak kawan. Hari hujan lebat ingatkan nak rempit jer tapi takutkan aku lencun nanti aku pergi naik teksi jer tapi agak lambat jugalah aku sampai kesana. Kawan-kawan yang lain dah sampai berjimba dalam disko tu tapi aku baru nak sampai. Anyway Happy Birthday to Nuffnang.



Neverland Club, disko ni orang tak biasa masuk disko kena cop kat tangan pun aku tak tau. ado...




 Siapakah pemilik kasut Balled ini?



Inilah empunya kasut ballet tersebut.



Cik Lily Putih bersama "dear" nya yang sedondon biru.



Aktiviti MLM yang dijalankan oleh Hazman kepada Madam Mondoq dan diakui oleh adiknya Shakido.



Dua beradik kaki "try" awek-awek di Nuffnang Birthday Party tersebut.



Biasalah kalau awek-awek bertemu mesti ada gossip baek punya.



Tian Chiad dan Hafiz bergambar bersama Geng Tali Barut yang hadir.



Geng petak-petak ataupun kotak-kotak yang menjadi pilihan mereka bertiga bukan kumpulan boria.


Persembahan tarian dari penari jemputan khas.



Bos besar Nuffnang Timothy Tiah menceritakan pengalamannya mengenai sejarah Nuffnang.



Kaki Balled berlatarbelakangkan Boss besar Nuffnang berucap.



Happy Birthday to you... happy birthday to you... happy birthday to you Nuffnang... happy birthday to you.



Stickman pose aku amik gambar dari jauh jer sebab ramai sangat dengan camera mahal depa segan pulak aku wey.



Sedap wey dapat makan free apa lagi tibai jer lah rezeki orang dah bagi.



Cik Lily Putih bersama peminatnya.




Kak Red dengan baju ala 1 Malaysianya, Kak Red ckp dia nampak BamBam dalam gambar ni xper lah kak Red BamBam pun BamBam lah janji happy



Kak SumiJelly dengan gaya tersendiri membuat persembahan dengan Muffin dari Nuffnang tersebut.



Duta Belon + Carlsberg kata GTBC yang hadir.



Persembahan katanya tapi aku tau retis mana ni.



Aku tak ada pulak bergambar kat sini sebab aku sampai lambat.



Pertandingan untuk bloggers best tu grand prizenya Pulau Sipadan yang menjadi milik Justin.

Keluarga Khalijah Gathering Febuari 2012



Salam semua,
Setelah diperkenankan oleh ahli-ahli Majlis tertinggi keluarga Khalijah  telah bersetuju untuk mengadakan Majlis Hi-tea bersama ahli keluarga di Villa Murni, Kg Pandang iaitu rumah salah seorang kakak sepupu aku memang best kalau buat kat situ sebab kawasan lapang senang budak-budak nak berlari-lari. Kebetulan dalam bulan Febuari ada 2 orang yang lahir maka sambut sekali lah kan. 




Sebelum tu melepak sambil bergebang-gebang diluar rumah jer sebab konsep free and easy jerk kan.



Tu dia birthday boys dua orang sorang yang pakai baju MU dan sorang lagi yang pakai baju MY tu.



Ok nyanyi ramai-ramai keh, pastu leh menchekik.



Dak gemuk ni perasan plak birthday dia lambek laie mok.


Semua kena bawak makanan yer sebab konsep pot luck jer macam-macam menu ada antaranya adalah kek batik, pulut kuning, rendang daging, nasi lemak, ikan bakar, mee goreng, bihun goreng, sandwich, kek pintal kukus, sengkuang, nenas makan dengan sos merah tabur kacang, tembikai dan macam macam lagi lah pokoknya menggemukkan dirilah.



Apo kono dongan ekau ni mok cacat ko, waktu ni bebudak main layang-layang tapi tak naik sebab tak ada angin la.



Malam jer ada plak aktiviti yang menggembirakan iaitu main tembak-tembak guna pistol air bebudak semua lencun main air tembak-tembak ada yang pakai tupperwear yang tua pun main gak wey.



Ko tengok tu lepas jer akak aku siram aku dengan air aku pun tanpa berlengah amik kek calit kat muka dia.



Ini makan dia sapa suruh siram air kat aku amik ko krim kek kena kat muka ko cik.



Budak-budak perempuan dia lambat dapt pistol tu lepas tu depa pulak lencun kena siram.


Semangat masing masing main tembak-tembak kan sampai lencun semuanya.



Lebih kurang jam 12 malam semua beransur nak balik dah, walaupun dah nak balik pun sempat lagi nak bergebang masing-masing kan.



Dalam perjalanan nak balik lalu ikut DUKE jumpa pulak penduduk Kg Puah Lembah kayuh basikal nak balik ke rumah juga. Aku bila lagi nak join depa ni, basikal mahal la sekarang ni.