Masyuk

Selasa, 31 Mei 2011

Tip ke Bandung



- Jangan lambat nak g check in flight kang tak dapat nak terbang.
- Jangan sekali kan duit korang tuh asing -asingkan tempat lain
- Jangan keluarkan Passport korang yang kaler merah tuh (kalau korang nyer warna ijau xper ar) nanti kena charge lebih.
- Jangan la nak sedekah kat bebudak yang buat muka kesian kat luar FO tuh coz diaorang nyer duit lagik byk agaknya
- Jangan tinggalkan barang berharga kat hotel tuh
- Jangan la dok gatal nak bawak laptop ker (xda masanyer korang nak ber FB, Mespes, Blog)
- Jangan la pakai barang kemas bebanyak (tak pakai pun tak pa lah)
- Jangan bawak baju banyak la (beli & pakai kat sana jer)
- Jangan dok gatai makan kat tepi2 jalan tuh (takut sakit perut jerk)
- Jangan dok kompiden nak jenjalan sensorang terutamanya perempuan & yang belum ada pengalaman (dah ada pengalaman tuh mmg power ar cam si dak Lin)
- Jangan layan kalau depa mintak duit RM terutama di pasarbaru (ayat standard buk/pak bagi duit satu atau lima ringgit malaysia buat kenang-kenangan)

Jangan Lupa
-Jangan lupa beli simpack kat sana senang nak call orang mesia jangan beli kat airport beli jer kat kedai-kedai tepi jalan (kalau boleh beli Simpack XL)
- Jangan lupa bawak meggi & sewaktu dengan nya (slalu bekpes kat otel tak brapa nak sedap) tp ikut tekak memasing ar

- Jangan lupa tawar menawar kalau boleh half price (ikut suka korang ler)
- Jangan lupa bawak stroller bg yang bawak anak ticik (kalau tak mampuih En abang yang kena dukung time mak dia dok gila shopping)
- Jangan lupa beli pisang cheese lelebih untuk aku
- Jangan lupa duit airport tax kna bayar yerk kang sopping bagai nak rak duit airport tax tak da plak

- Jangan lupa sedia kan duit kecik mana tau korang nak masuk toilet kerk

tambahan dari kengkawan blogger yang lain

dari Kak Ina KL - amboi jadi duta bandunglah pulak..lagi satu jgn percaya dengan orang yang menawarkan pertolongan tepi jalan..jangan bagi wang kat pengamen..jangan jalan seorg-seorg....jangan layan peniaga di takuban ...jangan show duit RM..banyak tip kamu dah bagi..tak yahlah akak bagi..cukuplah tu..lagi satu kalau nak minum air beli ajer air dalam botol.....



Kengkawan yang ada pengalaman apa lagi sharekan la tip2 berguna korang tuh


Isnin, 30 Mei 2011

Nur Kasih The Movie - Tiket Dari Hazman






Salam semua, nak ngomel cerita dah basi dah ni 22hb May 2011 hari Ahad hari itu aku pergi tengok cerita Nur Kasih The Movie (NKTM) dekat Mid Valley dengan dibelanja oleh Hazman yang dikhabarkan akan mengantikan Nuffnang kerana sudi belanja sebanyak 14 tiket wayang kepada para Blogger's yang berminat untuk menonton wayang percuma terutamanya filem melayu kerana Nuffnang tidak menyediakan tiket pra-tonton filem melayu. Oleh yang demikian korang kalau nak dapat tiket wayang secara percuma bolehlah korang follow Hazman punya blog bolehlah suruh dia belanja tiket wayang lagi. Memang dah rancang jumpa dekat Mid Valley jam 1pm cam biasalah janji melayu aku jam 1.30pm baru nak sampai di Mid Valley.


Tah apa la yang digebangkan si Bean Moreno kat Aiensepet dengan Jejai tu.


Tukang belanja si Hazman berlagak dengan tiket yang dibelinya.


Mejah si budak lucah har har har pun nak interframe gak.



1. aku cilok gambar dari blog Cik Lily Putih dengan Hazman sebab aku datang lambat tu pasal pic aku tak ada.

2. kalau ada tiket bagi aku lagi tau.

3. NKTM = Nak Kongkek Tapi Malu --- itu shahroll yang cakap ekk....

Rabu, 25 Mei 2011

Aku Dah Mula Sibuk



Sekarang aku dah mula sibuk sebab minggu ni sebab sedara aku nak kahwin dah dekat sebulan dok sibuk ulang alik rumah dia nak siapkan bunga telur, hantaran bagailah semua buat sendiri sebab nak jimat kos katanya lagipun puas kalau kita buat sendiri. Pasal Selangorlicious pun mungkin hari Ahad baru aku boleh post itu pun kalau aku larat.


Tempat Cincin


Hantaran yang dikatakan macam Hatta Dolmat yang buat tapi nan hado. ahahhhah


Program Jemputan Umrah - Astro Oasis




Selamat hari Rabu semua. Astro Oasis akan mengadakan program Jemputan Umrah. Jika anda ingin mencuba untuk menyertai program jemputan umrah ini sila hantarkan KARANGAN berserta maklumat peribadi dengan slogan "Saya ingin menunaikan Umrah bersama Astro Oasis kerana......" tidak melebihi 150 patah perkataan.

Maklumat Peribadi yang perlu diisi adalah seperti berikut :-

  1. Nama
  2. Alamat
  3. Nombor Telefon
  4. Nombor Akaun Astro
  5. Umur

Sila hantarkan penyertaan anda ke alamat dibawah

Jemputan Umrah Astro Oasis
Astro Entertainment Sdn. Bhd.
Ground Floor, Wisma Penyayang
No. 6, Jalan Equine
Taman Equine, Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor




p/s - bila lah aku dapat pergi ke tanah suci ni.

Selasa, 24 Mei 2011

Program Kilauan Emas





Astro Prima bakal menghiburkan kita dengan program terbaru iaitu Kilauan Emas iaitu satu lagi pertandingan nyanyian dalam bentuk realiti TV tetapi pertandingan ini hanya dibuka kepada golongan yang berusia 45 tahun keatas sahaja.

Pengacara untuk pertandingan itu adalah Raja Azura yang lebih dikenali sebagai Kak Engku manakala dua orang juri tetapnya adalah penyanyi Nora dan Sohaimi Meor Hassan.


WAKTU SIARAN:

  • Zon Kilauan Emas
    Setiap Jumaat jam 7.30 malam
    Bermula 24 Jun 2011
    4 episod x 30 minit

    Ikuti sesi ujibakat para peserta yang berlangsung di empat buah pusat membeli belah (Johor Bahru, Kuantan, Shah Alam, Penang).

  • Pentas Kilauan Emas
    Setiap Jumaat jam 9.00 malam
    Bermula 24 Jun 2011
    5 episod x 90 min

    Pentas Kilauan Emas memaparkan 10 peserta terbaik yang terpilih dari sesi ujibakat yang telah diadakan di setiap zon.

  • Profil Kilauan Emas
    Setiap Jumaat jam 7.30 malam
    Bermula 22 Julai 2011
    2 episod x 30 min

    Rancangan ini memaparkan profil 8 peserta terpilih yang akan bertanding untuk peringkat separuh akhir

  • Kemuncak Kilauan Emas
    Jumaat, 29 Julai 2011 jam 9.00 malam






Isnin, 16 Mei 2011

HM Restoran - Bagan Lalang, Selangor



Salam semua hari ni nak cerita yang dah basi dan lapuk dah. 1st May yang lepas bersempena hari kelahiran aku yang ke 26 aku ngan family pergi ke Restoran HM kat Bagan Lalang tapi tak sambut pun bestday aku tapi melantak jer makanan yang aku order kami pergi lebih kurang 20 orang alhamdulillah mendapat rezeki lebih sedikit aku memang dah berniat untuk belanja keluarga aku makan-makan sikit. Makanan semua aku dengan kakak aku jer yang order antaranya adalah Ketam masak pedas, Siakap masak 3 rasa, Kerapu masak Stim, dan macam-macam lagi dekat RM1000 jugalah duit aku terbang tapi sekali sekala tak per kot bukan selalu pun aku belanja keluarga aku makan kat luar.


Cik Niza bergaya dengan Ketam Masak Pedas.


AtanTuya bersama Armen Maulana pun ada gaks.


Kerapu masak 3 rasa layan juga


Sebahagian makanan yang aku order.


Anak buah aku pun pergi juga yer


Mak cik - mak cik yang turut serta.


Adik beradik Nieza pun ada gaks



p/s - nasib baik tak kena gout hari tu walaupun aku melantak tak hengat punya
- makanan yang disediakan sekarang dah KURANG tak macam dulu lagi mungkin sebab dah malam tukang masak pun dah penat.






Bukan Filem Nur Kasih Tapi Nur Kasihan




Barisan Pelakon.

Adham Syafiq
Aisyah Hamid
Arijah Zurairah

Krew.
Photographer - Siti Norain Abd Rahman (SnapMemoria)
Pemb. Photographer (tukang menyemak jer) - Heldi Mohammad

Lokasi
Sekitar Pantai Morib

Sinopsis
Mengisahkan percintaan tiga penjuru yang saling kenal antara satu sama yang lain semenjak di zaman persekolahan lagi. Hero terpaksa berdepan untuk memilih antara salah seorang dari mereka akan tetapi untuk tidak menyakiti perasaan kedua dua heroin tersebut sang hero sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan kedua-dua heroin tersebut. Saksikan sambungan dari episod ini.


Kedua-dua heroin sangat menyayangi dan mencintai sang hero yang telah lama dikenali oleh mereka.


Kedua heroin berdoa kepada Allah s.w.t. jika itu jodoh mereka yang perlu mereka kongsi mereka sanggup berkongsi kasih dan sayang bersama insan tercinta.



Sang hero mengalami dilema salah seorang untuk dijadikan penghias rumah tangga beliau.



Kuasa ditangan sang hero untuk memilih yang kiri mahupun yang kanan.


Akhirnya hero memilih kedua-duanya sekali sebagai penghias hidupnya.


Hidup diteruskan dengan aman & damai disamping keluarga terchenta.


Kedua heroin mendapat sinar bahagia dari insan tercinta.


Adakah sinar bahagia terus menyinar dalam hidup mereka?
Nantikan sambungan Filem Nur Kasihan 2 akan datang.






p/s - rekaan semata-mata tak ada kena mengena dengan sesiapa pun.

Photoshoot Muzikal





Hari Sabtu lepas aku dengan member-member lepak dekat studio photography di Sri Kembangan memang kami selalu lepak kat situ untuk bergambar & mencari idea untuk berphotoshoot. Memandangkan alat muzik kian bertambah di studio kami pun dok gatal amik gambar sambil memperagakan alat muzik tersebut. Dalam pada itu timbul pulak idea hendak membuat outdoor photoshoot sambil bermain alat muzik tersebut di sekitar Kuala Lumpur seperti di Jalan Bukit Bintang, Pasar Seni, Taman Tasik Titiwangsa dan sewaktu dengannya. Ada sesiapa berminat untuk mengajar kami untuk bermain alat muzik tersebut sebab kami tak tau macam mana hendak menggunakan alat muzik tersebut.



Sebelum itu sempat lagi berphotoshoot dulu.



Apa nama alat muzik ini dan bagaimana hendak memainkannya.


Antara alat muzik yang kami ada ialah gitar, gendang kecil, dan Angklung.


Akan datang photoshoot muzikal bersama SnapMemoria jangan lupa like group SnapMemoria di Facebook.


Gaya jer lebih janji dapat shoot yang cantik dan menarik.


Group ini akan dikenali dengan nama "apa pun tak boleh".






Catatan Perjalanan Bali 2011 - Part 3





Salam semua dan Selamat Hari Guru kepada semua para guru di seluruh dunia. Catatan perjalanan di Bali tempoh hari diteruskan dengan hari ke tiga iaitu pada hari Jumaat perjalanan diteruskan ke Kintamani tapi banyak jugak destinasi lain yang disinggah antaranya adalah Perkampungan asal Bali, kampung yang menghasilkan industri perak/silver, Gua gajah dan macam macam lagi. Perjalanan agak jauh dan penat sangat pada hari tersebut.

Mula-mula pergi ke perkampungan asal Bali kat depan rumah depa ada bela Babi/Khinzir memang agak busuk la dekat tempat ni.Dekat sini masuk percuma tapi kita faham-faham la bagi derma sedikit kat orang disitu.


Perjalanan diteruskan ke tempat penghasilan barangan perhiasan dari silver tapi barangan yang dijual agak mahal jadi tak ada sapa pun beli.


Perjalanan diteruskan ke Gua Gajah kat sini kalau perempuan yang datang bulan tak boleh masuk tapi kalau tak bagi tau bukan dia nak check pun kan tapi takut jugakan dah lah bukan tempat kita lagi satu kat tempat ni kena tutup aurat katanya. Gua gajah ni depa cakap tempat raja depa dulu2 bertapa dan bentuknya adalah seperti gajah.


Dah penat berjalan di Gua Gajah perjalanan diteruskan ke tempat penghasilan kopi luwak. Kopi luwak ni adalah kopi yang diberikan kepada Musang luwak selepas itu najis nya diasingkan dengan biji kopi dan diproses menjadi serbuk kopi yang harganya agak mahal aku tak beli pun geli pulak aku tengok nya.


Singgah di Teres padi kat sini pemandangan memang cantik aku tak keluar pun dari kenderaan sebab dah penat.


Selepas tu perut pun dah kebulur pergi makan dekat Kintamani view memang cantik tapi kat situ makanan agak payah jugalah sebab kebanyakkan kedai menjual BABI GULING. Lagi satu kat situ kena tahan dengan peniaga barang cenderahati yang sentiasa mengekori setiap pengunjung.


Mengikut cerita pak supir kat bawah tasik tu terdapat sebuah kampung yang dipanggil desa trunyan dan disitu mereka tidak menanam mayatnya tapi diletakkan dibawah pohon taru menyan yang harum seperti kemeyan tapi cuma 11 mayat sahaja yang boleh diletakkan disitu.


Akhir sekali kami semua pergi ke Tanah Lot untuk melihat keindahan matahari terbenam disana.







p/s - last day tak ada buat apa sangat sebab sibuk nak balik ke Malaysia.